Extra for @minfisya03

73 2 53
                                    

Special HaliSol chapter for minfisya03.

Once upon a time,

There's a budak name Runi is sitting  on a sofa. All elemental are doing their own works like Mama Gempa is reading, Halilintar is sitting at his bed, Solar are playing telephone, TTM are pranking orang awam dan Ice is sleeping. (Ya Allah, English ku kelaut. QwQ)

Runi sedang sibuk bergelek diatas sofa. Bosan dek kerana tiada kerja ingin dilakukan. Dia mengscroll komen-komen yang bersepah di fanficnya.

Secara tidak langsung,dia terpandang satu perjanjian yang masih tidak dilaksanakan lagi. Dia menggeleletar segera dia berlari pergi ke bilik Halilintar.

"HALI!!!"

Pintu bilik ditendang membuatkan pintu Halilintar menjadi sedikit rosak. Halilintar yang sedang membaca manga terbalingkan manganya sendiri.

"Hei engkau ni! Masuk bilik orang main terjah je! Jangan sampai aku sumbat kau dalam loji!" Halilintar menggerutu. Nasib baik manganya tak rosak.

"Yelah...=3= Aku ada tugas penting untuk kau ni!" Runi melabuhkan punggung disebelah Halilintar diatas katilnya.

"Tugas apa lagi dah....( "=_=)"

"Mueheheheh....tugasnya ialah..." Runi membuat Halilintar suspen.

Runi lalu membisikkan sesuatu ke telinga Halilintar. (Mohon jangan kecam saya ya peminat Hali...QWQ)

"Kau kena ajak Solar jalan-jalan untuk beberapa jam."

Mata Halilintar terbeliak besar seperti nak terkeluar. Dia menghempuk tilamnya.

"Kau serius?! Siapa yang bagi tugas tu?!!"

"Adalah orang tu..." Runi menggaru tengkuknya. Habislah kalau Hali tahu siapa yang kasi tugas ni!

"Tak hingin aku nak dating ngan si panel solar tu!" Halilintar menyilangkan tangannya.

"Aip tak kira! Kau kena buat jugak! Ataupun..." Runi mengeluarkan sesuatu dari poketnya untuk mengugut Halilintar.

"Ataupun apa-Mana kau dapat gambar ni??!!!!" Halilintar terpekik saat melihat beberapa keping gambar yang dipegang oleh Runi. Semua gambar itu diambil oleh Runi secara senyap-senyap dari buku 'Different World' karya minfisya03.

Sambil-sambil tu korang singgahlah buku Kak Ries tu. Best tau buku dia! XD Ehekk promote buku jap. =w=

Semua gambar itu merupakan momen dia dan Solar bersama. Gambar dimana dia sedang menyuap Solar malah ada juga gambar dimana mereka sedang tidur bersama. (jangan fikir benda lain lak..=w=)

"Fufufu...kalau kau taknak buat, aku akan sebarkan semua gambar ni kat satu dunia. Nak???" Runi mengugut Halilintar yang sudah berpeluh-peluh.

"Ei..yelah! Aku buat!" Halikintar mendengus dan memalingkan mukanya daripada melihat Runi.

"Okay cantik! Mula buat esok yer?? Tataaa!!! XD" Runi bersorak kecil. Dia keluar dari bilik Halilintar menuju ke bilik yang lain pula.

"Kak Ries!! Saya ada berita hangat nih!!"

Runi secara tak sedar telah mengejutkan Kak Ries yang sedang seronok melayan HaliSol di Wattpad dan Instagram. XD

:::::::::::::

TOK TOK!!!

"Masuklah!! Pintu tak kunci pun!"

Halilintar lalu memulas tombol pintu. Apabila pintu dibuka, terlihat Solar sedang berbaring diatas katilnya dan melayan telefon.

Shio-chan's RandomnessWhere stories live. Discover now