"Akak tahu-tahu je saya dah lama teringin nak makan.."

"Kalau nak, inform je akak. Nanti akak boleh bawa balik untuk awak dan Thaqif."

"Terima kasih." Safa senyum lebar. Cepat sahaja dia selesa berbual dengan wanita itu. Mungkin perilaku Indah yang lemah lembut dan ramah orangnya.

"Oh! Akak baru dengar awak baru bertudung. Cantik."

"Oh ni.." Safa senyum kekok, takkan dia nak pecah rahsia yang suami dia yang memaksa atas rancangan kemunafikan mereka.

"Tahniah, dan semoga terus istiqomah. Awak makin manis bertudung. Sejuk hati akak yang tengok." Ikhlas pujian wanita itu kedengaran buat Safa turut tersenyum. Entah kenapa ada satu rasa menyerap ke dalam hati buat dia bangga dengan tindakannya sendiri. Memang semuanya di bawah paksaan Thaqif tapi lama-kelamaan bertdudung seperti satu kewajipan untuknya, malah keluar ke laman rumah tanpa bertudungpun buat dia janggal.

"Malam ni kat masjid ada buat ceramah. Kamu nak ikut?" Soalan Indah mematikan lamunan Safa.

"Ceramah?" soal Safa kembali.

"Ya, ceramah. Memang AJK masjid kat kawasan kita ni aktif sikit. Kalau kamu berminat nak pergi sekali. Lepas maghrib atau sebelum maghrib boleh kita pergi masjid." Safa mati kata. Macam mana dia nak kemasjid? Kali terakhir dia pergi kemasjid 10 tahun yang lalu! Itupun dia dipaksa oleh mamanya kerana pernikahan sepupunya.

"Bo-boleh. Kak Indah AJK masjid ke?" Tengok dari rupa mengajak orang ke masjid, macam dia AJK masjid.

"Eh tak!" Indah tergelak kecil.

"Suami akak AJK masjid." sambung Indah.

"Oh, okay nanti saya inform Thaqif."

"Okay kalau macam tu Kak Indah balik dulu. Kalau ada apa-apa carilah akak. Rumah akak kat sebelah ni je."

"Baik akak."

"Bye Aunty.." suara comel Hana dengan lambaian anak itu buat Safa tersenyum.

"Bye Hanna."

SAFA sandar diri ke dinding sebaik masuk ke dalam rumahnya. Mata membukat tidak percaya dengan responnya pada Indah tadi. Sepatutnya dia menolak dengan alasan uzur ke apa! Sekarang macam mana dia nak buat? Bukan dia tak tahu solat tapi, dia tak pernah solat dengan orang ramai. Nanti dia gugup kan terbuat benda lain.

"Arghhh!" Safa raup rambut.

"Thaqif!" Mata Safa membesar seperti ada idea yang tiba-tiba muncul dibalik otak cerdasnya. Cepat-cepat dia merangkak menarik beg tangan yang dilempar ke lantai tadi. Nombor telefon suaminya didail.

"THAQIF tolong aku..." Rengekan Safa ditalian buat kening Thaqif bercantum serius.

"Safa? Kenapa ni?!" gusar Thaqif menyoal.

"Aaaa!! Kak Indah.."

"Ha? Kenapa dengan Kak Indah?" Wajah tegang Thaqif mengendur.

"Dia ajak kita pergi masjid malam ni ada ceramah!!" Pekik Safa buat Thaqif terkenyit mata menahan bingit.

"Laa.. pergi jelah. Kau kenapa? Pergi masjid jadi hangus ke apa?" sempat lelaki itu mengusik buat Safa merengus.

"Masalahnya aku tak tahu solat.. Bukan tak tahu. Tahu. Cuma aku kena buat rehearsal dulu." Thaqif diam sejenak, jangan dikatakan Safa, dia sendiri pun sudah lama meninggal kewajipan yang satu itu.

"Kau balik pukul berapa ni?"

"Dah nak sampai rumah.." Thaqif memusing stereng memasuki simpang menggunakan sebelah tangan, sambil sebelah lagi melekap telefon bimbit ke telinga.

"Baliklah cepat!! Tolong aku buat rehearsal solat isyak. Kita dah tak ada masa ni." Safa membentak.

"Ya ya, aku on the way Safa. Kau dah mandi belum?" Thaqif menyoal.

"Belum." Safa cebik bibir.

"Okay, pergi mandi. Sekali mandi wajib." Kalau solat pun buat acuh tak acuh. Mandi wajib mestilah sekali terabai.

"Hah mandi wajib?"

"Kau jangan cakap benda tu pun kau tak tahu Safa!"

"Ish tahu lah! Kau balik cepat sikit!" Safa merengus sebelum mematikan panggilan secara kasar. Satu nafas berat terhembus.

"Pertama kau kena cari mana kau letak telekung solat!" Safa bingkas bangun mendaki tangga menuju ke biliknya dan Thaqif.

____

"Safa tengok sini, kat sini dia cakap, niat untuk solat berjemaah lain-lain. Kalau kita solat jemaah kena tambah 'Makmuman' dalam niat." Thaqif tunjuk artikel panduan solat dari tabletnya. Safa yang lengkao bertelekung solat mengangguk-ngangguk kepala.

Sudah 30 minit mereka berraptai solat, dari sujud, rukuk, duduk antara dua sujud segala benda dibuat dan dibaca mengikut panduan solat yang mereka baca di internet.

"Kiranya nanti dalam niat maghrib tu jadi Ussolli fardhol maghribi Thalatha roka'atin ada'an makmuman LILLAHI TAALA." Sebutan Thaqif agak pelat mungkin lelaki itu sama seperti Safa sudah lama meninggal kewajipan mereka sebagai muslim.

"Okay okay.." Safa kelihatan diam sejenak terkumat kamit mulut menghafal niat solat dibaca Thaqif tadi.

"Fuh kita memang pandai study last minute ni." Safa bersandar kelegaan. Keyakinan untuk dia solat berjemaah tadi sedikit menaik dari tadi.

"Mulai sekarang, kita kena start belajar benda-benda macam ni. Alang-alang sama nak jadi munafik sangat kan?" Safa jeling Thaqif tenang memandangnya tanpa riak.

"Rasa seronok pula ya?" Thaqif senyum memandang isterinya.

"Apa yang seronok?" Safa kembali menyoal.

"Entahlah." Tawa kecil Thaqif terletus buat Safa turut menyungging senyum tipis.

____
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ❤️

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now