BAB 2

20 2 14
                                    

Selamat membaca semua!

BANGG!!!(tak pasti bunyi macam mana) Bunyi telefon dibaling ke dinding lalu terhempas ke lantai mengejutkan Taehyung yang sedang berehat sambil menonton televisyen. Berkerut dahinya memandang Jungkook yang tampak lain macam apabila sedang menahan marah.

Kepala digeleng melihat tindakan Jungkook menjahanamkan telefon sendiri. Daripada rosakkan telefon sendiri, baik pergi hempas saja kepala perempuan yang dah buat kau naik angin, bebelnya dalam hati.

Taehyung kembali mengalih pandangan ke arah televisyen, bukan tidak mahu mengambil berat tapi dia nak biarkan Jungkook tenang sedikit. Lagipun, salah satu tabiat Jungkook melepaskan perasaan adalah menghempas barang. Lantaklah barang mahal atau murah, Jungkook rembat saja. Sebagai contoh hari ini, telefonnya sendiri.

Beberapa minit kemudian, Jungkook lalu di hadapan Taehyung lalu duduk bersandar seraya mengeluh kasar.

"Aku tahu kau tu banyak duit, tapi tak payahlah sampai nak hempas telefon segala. Perempuan tu yang cari pasal tak nak jawab call kau kenapa kau nak kena rosakkan telefon tu?" tanpa menoleh Taehyung bersuara.

Jungkook gulingkan mata ke atas.

"Aku angin kau tahu tak? Si Yeonjin ni dia memang dah melampau. Bercinta apa kalau boyfriend call pun tak boleh nak jawab. Sibuk sangat ke dia tu? Setahu aku dia duduk rumah je tak ke mana-mana." Luah Jungkook.

Taehyung jongket bahu.

"Aku memang tak faham cara kau bercinta dengan perempuan tu. Dia tu, ya, aku mengaku dulu dia memang tak ada masalah. Tapi sekarang bukan main lain lagi perangai dia. Aku tak ada niat nak burukkan dia ke apa, tapi kau tak fikir ke kenapa dia berubah macam sekarang ni? Apa yang dia sibukkan? Macam kau cakap, dia duduk rumah maknanya dia tak bekerja, jadi takkan buat kerja rumah sampai tak sempat nak angkat call kau?" persoal Taehyung.

Sejujurnya dia memang tidak pernah sekali pun sukakan seorang perempuan nama Yeonjin tu. Bayangkan perempuan tu pernah datang mengurat dia sedangkan dia baru mula berhubungan dengan Jungkook. Tapi lepas dia sound sekali terus perempuan tu tak pandang dia lagi dan setia pada Jungkook, tapi sekarang dia tak tahulah apa perempuan tu buat belakang Jungkook. Nak bercerita pada Jungkook dia malas, sebab nanti Jungkook akan fikir bukan-bukan.

"Eh kau nak ke mana pulak ni?" saat melihat Jungkook berdiri, Taehyung menyoal.

"Aku nak pergi kedai telefon,"

"Buat apa?"

"Baiki telefonlah. Kau ingat aku banyak duit nak beli telefon baru?" Jungkook angkat kening.

"Eh? Bukan kau memang banyak duit ke? Tu sebab kau boleh main hentak, hempas benda mahal sesuka hati." Perli Taehyung seraya mengerling sekali ke arah Jungkook.

"Tak payahlah nak perli aku, aku geram sangat tadi."

Taehyung tunding jari ke arah telefon yang sudah berkecai. "Kau ingat telefon kau tu boleh di selamatkan lagi ke?" mereka berpandangan. "Memang taklah. Silap hari bulan orang kedai tu bukan boleh tolong selamatkan telefon kau, tapi dia tolong buangkan bagi pihak kau. Yalah, mana tahu kau tak sanggup nak buang sendiri, kan." Sempat lagi Taehyung memerli Jungkook.

"Dah tu?"

"Ambik simkad kau. Telefon tu simpan atau buanglah mana-mana, kejap lagi aku bagi kau telefon lain." Senang Taehyung membuat keputusan bagi pihak Jungkook.

Jungkook muncungkan sedikit bibirnya lalu mengangguk perlahan, tanda dia mendengar arahan Taehyung itu. Seperti diarah, simkad dikeluarkan dari telefon tersebut. Dia kembali duduk di tempatnya tadi.

 
"SAMPAI hati awak buat saya macam ni, kan? Apa kurangnya saya sampaikan awak pilih lelaki lain?" tuturnya penuh dengan perasaan kecewa.

Yeonjin bersilang tangan dan menjawab pertanyaan Jungkook itu. 

"Senang, cinta saya pada awak dah berkurang! Opss, bukan berkurang tapi memang dah tak ada langsung. Lagipun awak tak ada apa-apa. Setakat kerja jadi pelayan tu berapalah sangat gaji yang awak dapat. Huh!" dia mengipas mukanya dengan tangan.

"Eh, dahlah saya tak ada masa nak layan awak ni, tapi jangan lupa yang kita dah break up! Jangan ganggu hidup saya lagi!" tanpa menunggu lama gadis bernama Yeonjin itu meninggalkan Jungkook sendiri dan pergi kepada seorang lelaki yang setia menunggunya.

Jungkook terduduk di tepi pokok rendang saat melihat gadis kesayangannya pergi bersama lelaki lain, malah lelaki itu lebih hebat daripadanya. Dia apalah yang ada, kereta pun atas kebaikan Taehyung kepadanya. Jika tidak nak ke tempat kerja pun naik kenderaan awam lah.

Hilang kereta yang di pandu 'pengganti' nya dari pandangan mata. Dia melepaskan nafas berat. Gadis kesayangannya sudah pergi, entah macam manalah hidupnya selepas ini tanpa kehadiran Yeonjin. Sudahlah hampir 2 tahun mereka bercinta, tapi senang-senang diputuskan begitu sahaja hanya kerana lelaki lain yang lebih hebat daripadanya.

Tapi dia sedar diri siapa dirinya selama ini. Kerjanya hanya menjadi pelayan dia sebuah restoran biasa sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan.
  
   
   
MATA mengerling ke arah Jungkook yang sekadar diam tanpa menjamah sedikitpun makanannya. Dia sudah nak habis makan tapi makanan Jungkook baru sedikit luak. Taehyung menghabiskan makanannya lalu bangun mencuci tangan.

"Kau ada masalah apa pulak ni?" sambil mencuci tangan Taehyung membuka bicara.

Jungkook diam.

Dia tidak pasti sama ada Jungkook ni dengar atau tidak. Tapi, kalau tengok pada gaya macam tak dengar apa langsung. Agaknya letak bom sebelah pun takkan terkejut kut.

Kepala di geleng sekali. Dia yakin ini semua ada kaitan dengan Yeonjin. Entah apa pula perempuan seorang itu lakukan pada kawan baiknya ini sampai hilang terus selera makannya.

"Aku bercakap dengan kau ni!" bahu Jungkook ditepuknya perlahan.

Tersentak Jungkook dibuatnya. Terkebil-kebil matanya memandang Taehyung.

"Kau dah kenapa? Yeonjin tu buat apa lagi kat kau ni?"

"Kita orang dah putus..." perlahan saja kedengaran suara Jungkook memberitahu.

"Dah dia tak nak kau sudahlah. Ramai lagi perempuan yang lebih baik daripada si Yeonjin tu."

"Tapi aku sayangkan dia..."

"Masalahnya sekarang, dia tak sayang pun kau! Cukuplah buang masa dengan perempuan tu, jujur aku lagi gembira bila kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia tu." Jujur Taehyung meluahkan rasa.

Jungkook tidak memberi balasan. Dia terus bangun meninggalkan Taehyung sendirian di meja makan.

Sekali lagi Taehyung menggeleng. Tidak faham langsung dia dengan Jungkook. Entah apalah sangat menariknya Yeonjin pada pandangan Jungkook, dia tengok biasa-biasa saja. Nak kata cantik sangat, ramai lagi perempuan lain yang dia kenal lagi cantik dari si Yeonjin tu.

Akhirnya Taehyung jongket bahu. Makanan yang tidak habis disimpannya.

DESTINY Where stories live. Discover now