"Baiklah." Leona berdiri dan meninggalkan tempat itu. Diana duduk situ sambil senyum atas kejayaannya sendiri.

    "Mission completed." Diana juga berdiri dari pergi dari situ.

______________________________________

    "Kau dah bersedia, Leona?"

    "Dah." Diana, Leona, Lewis dan Leo memasuki bilik menunggu itu sambil mencari Arissa Smith. Arissa Smith tersenyum memandang anak-anaknya yang setuju ingin berjumpa dengan dia. Arissa Smith memandang Diana yang juga memandang ke arahnya. 

    Diana lah yang datang ke rumah itu mengatakan Leona dan Lewis sudah mengetahui kebenarannya. Walaupun Leona dan Lewis tidak mengucapkannnya tapi Diana tahu mereka merindui ibunya. Arissa Smith meminta pertolongan daripada Diana untuk memujuk mereka berjumpa dengannya. Diana berjaya membawa mereka ke rumah agam itu. 

    "Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan ibu." Arissa Smith memandang Leona yang tidak mahu memandang dirinya.

    "Kenapa ibu buat macam tu dekat ayah? Apa kesalahan ayah sampaikan ibu curang terhadap ayah? Ayah ada buat salah dekat ibu ke? Kenapa ibu tak nak jaga kami semua? Adakah sebab kami tidak berharga bagi ibu?" Leona terus menyoalkan semua perkara itu kepada Arissa Smith. Arissa Smith terdiam mendengarnya, Diana tahu Arissa Smith tahan air matanya dari mengalir.

    "Kami berkhawin bukan atas dasar cinta tapi kerana perjanjian keluarga. Kami perlu bercerai bila ibu melahirkan anak ketiga kalau kami tidak bercerai kami akan disumpah. Ayah dengan ibu saling menyanyi antara satu sama lain tapi apakan daya sumpah itu akan kekal hingga 10 keturunan. Ibu kenal Alex Smith dan dia terima ibu walaupun ibu janda. Ibu perlu berkhawin lain kerana ibu tidak mahu jadi anak yang derhaka." Terang Arissa Smith.

    Leona, Leo dan Lewis terkejut mendengarnya. "Tapi kenapa ibu cakap dekat Leo yang ibu ada hubungan sulit dengan Alex Smith sejak ibu masih bergelar isteri lagi?" Soal Leo.

    "Sebab ibu tidak bersedia ingin terangkan benda yang betul. Maaf kan ibu. Waktu kami bercerai dan kami masih berjumpa, ibu memang sangat bahagia bila bersama dengan ayah tapi kami bukan lagi suami isteri dan ibu juga ialah Arissa Smith."

    "Ibu, apa sumpahan tu?" Lewis pula menyoalkan soalan.

    "10 keturunan kita semuanya akan tidak berjaya, banyak masalah, kesedihan berlebihan dan sebagainya. Atau orang pakai bad luck." 

    Leona mendiamkan diri, cebisan memorinya itu bukanlah menipu. Ibu bahagia bersama dengan ayah cuma saat itu dia perlu melepaskan kekasih pertamanya untuk bersama dengan kekasih abadinya.

    "Ibu bahagia bersama dengan Alex Smith?" Leona diam kini bersuara. Arissa Smith senyum.

    "Ibu bahagia, sayang. Ibu sangat-sangat bahagia. Tapi sekuat mana pun kasih sayang itu, dia tidak setanding kasih sayang ayah terhadap ibu dan kasih sayang ibu terhadap ayah." Leona tersenyum mendengarnya. 

    People said right person, wrong time. But to me right person, but not enough time.

    Ibu dan ayah mereka ialah salah satu contoh daripada ayat itu. Diana dan Xavier juga salah satu contoh. 

     Kenapa kita selalu salahkan masa? Kerana kita tahu kia akan salahkan diri kita sekiranya kita tidak menyalahkan masa. Masa itu sangat terhad, hargailah masa. Masa ini seperti orang yang kita sayang, kita tidak tahu bila dia akan pergi. Bila masa kita sudah hampir tamat, percayalah kita akan mula hargainya. 

    Leona memeluk ibunya secara tiba-tiba membuatkan Arissa Smith agak terkejut, tapi dia membalas perlukan itu. Diana menoleh sedikit melihat Aaron yang memerhati dari jauh memandang ahli keluarganya. Aaron sapu air mata yang jatuh membasahi pipinya. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now