P2

38 4 0
                                    

Nazwa memarkirkan Peugeot 207  merahnya di ruang parkir yang tersedia di rumahnya. Kereta itu merupakan hadiah pertama yang dihadiahkan kepadanya oleh papanya sempena mendapat kerja di syarikat perguaman terkenal.

Beg bimbit hitam berserta beg tangan yang berada di sebelah tempat duduk pemandu dicapai sebelum dibawa keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup dan dikunci sebelum melangkah masuk ke rumah . Melihat beberepa buah kereta yang ada di luar rumah, pasti abang-abangnya ada di rumah.

"Assalamualaikum papa mama" Nazwa memberi salam sebelum menggamit kedua ibu bapanya yang duduk di ruang tamu.

"Waalaikumsalam" jawab Dato Imran dan Datin Juita tanda menyambut kepulangan anak daranya. Nazwa merupakan satu-satunya anak perempuan mereka . Yang lain semua lelaki.

Nazwa menghulur tangan untuk menyalam ibu bapanya. Tempat duduk sebelah Datin Juita diambil. Lengan mamanya dipeluk sambil melabuhkan kepala yang berlapik tudung itu di bahu mamanya. Tenang. Segala penat lelahnya hilang begitu sahaja.

"So, baby. Macam mana trial hari ni? Okay?" soal Dato Imran sambil mata tidak lekang dengan iPad di tangannya . Mungkin sedang menyemak kerja-kerjanya.

"Okay papa. Baby menang untuk  perbicaraan harini" jawabnya berserta senyuman.

Oh ya, baby ? Seluruh ahli keluarganya abang-abang mama papa memanggil Nazwa dengan gelaran "baby". Yelah kan anak perempuan satu-satunya dalam keluarga tambah-tambah lagi bongsu.

Kalau diikutkan keluarganya boleh dilabel keluarga berada. Ibu bapanya bukan calang-calang orang. Dato Imran merupakan pemilik syarikat automotif yang terkemuka di negara ini. Kadang-kadang kedua-dua ibu bapanya ke luar negara untuk menguruskan hal-hal berkaitan bisnes mereka.

" Alhamdulillah. Rezeki baby lah menang kan?" Datin Juita mengusap lembut kepala anak daranya. Dato Imran hanya tersenyum senang dengan kejayaan anak perempuannya. Dia bukannya jenis menyekat minat dan kerjaya idaman anak-anaknya. Biarlah anak-anaknya menentukan impian mereka sendiri.

Mujurlah anak sulungnya Nufail Ikhwan menawarkan dirinya untuk menyambung legasi yang didirikannya dengan titik peluhnya sendiri. Anak keduanya pula Nazran Iskandar pula seorang doktor dan anak ketiganya Naufal Imtiyaz merupakan pensyarah di sebuah universiti. Dato Imran bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Dia juga tidak lupa untuk mendermakan sebahagian hasil untung syarikatnya ke rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim .

Kalau kita bantu orang, sedekah dekat orang lagi banyak rezeki yang kita dapat. Keluarganya berpegang pada kata-kata itu. Alhamdulillah. Hasilnya boleh dilihat sehingga kini dengan balasan kehidupan mereka menjadi lebih senang.

"Baby naik atas rehat eh sayang .Jangan lupa solat dulu baru rehat" pesan Datin Juita kepada Nazwa. Nazwa

"Btw ma, along, angah and abang Naufal mana?" soal Nazwa tentang keberadaan abang-abangnya. Bayang pun  tak nampak. Selalunya ada je mereka bertiga mengganggu kehidupan Nazwa yang aman dan damai ini tiba-tiba kelibat pun takde.

"Mungkin dekat pool kot sayang. Mama dengar diorang nak swimming" jawab Datin Juita.

"Ohh. Baby nak jumpa abangsss kejap lah" pantas kedua-dua kakinya melangkah laju ke swimming pool rumah itu.

Datin Juita hanya menggelengkan kepala . Macam-macam.

"Janganlah anak-anak awak tu buat perangai eh bang. Senyap semacam je" kata Datin Juita kepada suaminya yang ralit membaca sesuatu di dalam iPad miliknya.

"Harapnya macamtulah. Nayalah saya nak pujuk anak dara awak sorang tu" jawab Dato Imran kembali . Jarinya ralit menggesek objek tipis itu. Sesekali pun matanya tidak beralih dari objek tersebut.

"MAMA!" Nazwa menjerit sekuat hati. Rasa geram yang terbuku di dalam hati dilepaskan dengan memanggil mamanya. Kalau dia tahu dia takkan gatal-gatal nak ke sini tadi .

Datin Juita dan Dato Imran bergegas menuju ke swimming pool rumah mereka kerana terkejut dengan suara anak perempuan mereka. Baru sahaja mereka berdua berharap tiada apa-apa gangguan. Tak sampai lima minit kedengaran bunyi Nazwa menjerit. 

"Kenapa ni baby?" soal Dato Imran. Matanya memandang keletah anak-anak lelakinya ralit bergelak ketawa di lantai . Wajah anak daranya yang basah kuyup serta suit kerjanya yang lencun dengan air dipandang sekilas.

Dato Imran mengeluh dan menggeleng kepala perlahan. Agak dah.  Nak dimarahi anak lelakinya pun tiada guna. Suka sangat menyakat adiknya.

"Mama papa tengok angah dia simbah baby." Nazwa mencebir bibir tanda merajuk . Mengadu kepada mamanya pun sudah cukup. Dia tahu mamanya akan  berpihak dengannya.

"Nazran Iskandar" seru Datin Juita. Nama anak keduanya diseru dengan nada geram. Melihat anak daranya basah kuyup cukup membuatnya geram. Tak pasal-pasal kawasan tepi kolam basah dengan air . Kan dah menyusahkan walaupun rumah mereka mempunyai pembantu rumah. Dia tahu pembantu rumah juga penat membersihkan rumah sebesar ini.

"Yes ma" Nazran Iskandar atau lebih lagi dikenali sebagai anak kedua dalam keluarga ini pantas naik ke tebing kolam setelah mendengar mamanya diseru oleh mamanya. Dato Imran sekadar memerhati . Malas mahu masuk campur.

Nazran memandang sekilas muka abang dan adik lelakinya yang seakan mengejek. Penumbuk dikepal kuat.

"Tak payah nak genggam sangat tangan tu. Mama gigit kang . Kenapa simbah baby ? Basah dah ni haa kang menitik air masuk dalam rumah macam mana?" bebel Datin Juita.

"Angah gurau je ma hehehe" jawabnya perlahan berserta sengihan yang menghiasi bibirnya. Tangan Nazwa dicapai.

"Angah minta maaf eh baby?" kemaafan dipinta dari adik bongsunya. Kain tuala yang terlilit di lehernya dililit di badan langsing Nazwa.

Datin Juita menjeling anak keduanya.

"Masuk dalam baby nanti mama suruh angah lapkan air-air menitis tu sampai kering. Dengar tak Nazran Iskandar ?" katanya memberi arahan. Nazran hanya mengangguk tanda faham.

"Nufail, Darwisy mana ? Rasanya dah balik sekarang" Datin Juita mengerling anak sulungnya namun dibalas dengan sengihan di bibir. Terlupa pula dengan anaknya yang berada di taska.

"Along nak pergi ambil la ni ma. Sekali nak bawak Hannah and Darwisy keluar" Nufail pantas memajat tangga yang terletak di sebelah kanannya untuk naik ke darat. Badan di lap sehingga kering sebelum kaki melangkah masuk ke rumah untuk bersiap. Merajuk pulak anaknya nanti jika dibiarkan lama menunggu.

"Dah besar panjang dah jadi bapak budak dah pun perangai macam budak" rengus Datin Juita. Datin Juita melangkah masuk ke rumah diikuti Dato Imran.

Naufal Imtiyaz hanya memerhati adegan yang terlayar  di depan mata . Tanda "thumbs up" ditayang di hadapan Nufail Ikhwan dan Nazran Iskandar.

"Padan muka angah" kata Naufal sambil tersenyum suka melihat abangnya dimarahi kerana mengejutkan adik bongsunya.

"Diamlah kau Fal . Ada masa kau pulak eh" balasnya sambil melangkah masuk untuk mengelap titisan air yang menitis daripada baju Nazwa. Kain tuala baru dicapai untuk mengelap satu persatu titisan air itu sehingga kering. Kalau gadis-gadis di luar sana tahu apa yang dia buat sekarang, jatuhlah saham dia nanti.

TENGKU ADAM HAZZAR [ON-GOING] Where stories live. Discover now