# 10

150 40 32
                                    

Rumah agam Yedam aku pandang lama. Butang di tepi itu, ragu-ragu aku mahu menekannya. Air mata yang tersisa tadi aku kesat dengan menggunakan bajuku. Lambat-lambat keluhan lemah laju meluncur keluar.

"Tekan jelah.", tegurnya. Suara tu. Aku kenal sangat dengan suara tu. Suara yang dulu aku suka tapi sekarang aku benci. Aku memusingkan badanku menghadap si pemilik suara itu. Dia tersenyum sinis.

"Kenapa kau tak tekan je butang tu? Bukannya ada hantu pun.", ujarnya sembari maju menuju ke pagar kecil yang terletak ditepi pagar besar. Aku hanya memerhatikannya saja. Sungguh aku marah. Marah sangat kerana dia hanya mempergunakanku saja.

Dia membalas pandangan denganku. Senyuman manis akhirnya terukir, "Jom la masuk. Kat luar sejuk la. Dengar ramalan tadi petang ni akan turun salji yang lebat.", pelawanya.

"Tch-- berhenti berlakon Bang Yedam. Aku benci dengan lakonan tu."

Mendengar itu, jelas sekali dia agak terkejut dengan kata-kataku, "Lakonan apa, Sihyeon-ssi?", tanyanya polos. Aku mencebik bibir lagi-lagi. Langkahku mula maju kehadapan sedikit untuk berdekat dengannya. Mataku mula berkaca.

Yedam yang menlihat itu mula resah. Aku tergelak kecil menlihat reaksinya. Dan akhirnya, satu tangisan mula terhasil dengan senyuman palsu...

"Kau dengan Hyunsuk buat deal kan? Kau fikir aku tak tahu ke rancangan korang? Aku tolak Hyunsuk sebab aku tak suka dia dan dia marah. Lepas tu, dia rancang untuk balas dendam dekat aku dengan menggunakan kau.

Dalam masa 1 bulan, kau kena jadi boyfriend aku kemudian kalau kau berjaya, kau akan diberikan ganjaran."

Permainan budak-budak. Siapa saja tidak tahu? Mereka bodoh kerana menggunakan rancangan sebegini. Terlalu cliche.

Riak wajahnya yang memang betul-betul terkejut habis itu membuatkanku puas. Tapi, air mataku tidak terus berhenti daripada jatuh. Aku tersenyum kemenangan. Sepertinya, dia akan menunduk dan mintak maaf.

Tapi..

"Bagus la kalau kau dah tahu.", ujarnya singkat dan dingin. Dari tersenyum terus pudar senyuman itu. Dia mengelap air mataku. Kemudian, tangannya naik di atas bahuku. Dia menunduk sedikit untuk menyamakan paras tinggi kami.

"Kau jangan terima orang sesuka hati je. Kadangkala, mereka datang untuk meninggalkan. Bukan datang untuk menemani. Ini pun salah kau sebab kau terima je aku. Padahal, kau dah tahu aku ni memang jenis pakai buang."

"Maaf."

Ucapnya. Aku tergamam dengan kata-katanya itu. Aku menlihat kearah wajahnya. Jelas terlihat riak wajah kecewa terlentang di wajah tampannya itu.

Nampaknya, bukan aku saja yang kecewa tapi dia juga.

Dia kecewa dengan sikap cepat terimaku ini, terlalu baik dengan semua orang sampai orang pijak pun tidak kisah dan terlalu cepat percaya dengan orang yang baru kenal. Air mataku makin deras ia jatuh. Aku terduduk tidak percaya.

Sungguh aku sakit apabila mencintai seseorang yang mencintai aku dengan cara ini. Bukan itu saja, malahan dia juga turut kecewa dengan sikapku ini.

"Aku pun kecewa sebab kau terlalu cepat menerima. Bukan nak soal selidik dahulu. Jujur aku kata aku benci dengan diri aku juga sebab ikut rancangan Hyunsuk. Kalau aku tahu, dah lama aku tak ikut. Aku fikir, dengan cara ini aku akan dekat dengan kau

tapi..

ia terbalik. Kita makin berjauhan. Ya, aku suka kau la, Baek Sihyeon. Bodoh. Kau tak perasan ke? Dan inilah antara sebabnya aku kecewa dengan kau. Kau lembap. Lembap nak detect yang orang suka kau. Aku.. kecewa gila dengan kau.."

THE END

...

/this story was created when i was young and not mature yet so ignore the cliche things happened on this story/

...

⌗ upcoming story 𓂅 🧺.

Stuck With Youtreasure - hamada asahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stuck With You
treasure - hamada asahi

❛❛ Stuck with you in same house is my dream, darling. ❜❜

©lofiasahi

deal // yedamWhere stories live. Discover now