"Saya dah nak balik." Safiya sekadar menghulur senyum tipis. Sedar kehadiran dia disitu buat Naufal sedikit tidak senang.

"Haih.." Naufal garu leher.

"Jangan risau, Safiya tak akan beritahu Uncle dan Aunty." Ya dia tahu, Naufal berusaha menyembunyikan aktivitinya daripada diketahui Dato' Raihan ataupun Datin Syamimi.

"Safiya janji?" Serius wajah Naufal menatap adik ipar abangnya itu.

"Ya saya janji. Saya balik dulu." Sekilas Safiya memandang Auni tidak lepas memandang ke arah mereka berdua.

"Safiya balik dengan.."

"Driver Safiya datang ambil. Tahniah Naufal atas winner winner chicker dinner." Safiya sengih menayang barisan gigi tersusun cantik.

"Oh.. Thank you."

" welcome! Bye!" Safiya turut melambai ke arah rakan-rakan Naufal yang dia kenali. Perkenalan yang singkat tapi cukup buat dia ingat satu persatu wajah-wajah itu.

Maka kisah Naufal dan Safiya sudah berakhir?

Tidak, ia masih belum berakhir..

Safiya melangkah tenang keluar dari dewan tournament. Rambut paras dada dilibas kebelakang, ada senyum sinis terukir dibibir.

•••

*snap*

Safa senyum puas hati melihat gambar baru ditangkapnya di dalam skrin kamera. Sekarang mereka berada di bandar Fira, berjalan santai menikmati pemandangan Pulau Santorini itu.

Segalanya cantik. Langit Santorini yang cerah lagi menaikkan semangat Safa untuk terus meneroka permukaan bumi yang dulu pernah dilanda letupan gunung berapi terdahsyat itu. Sudahnya hasil dari letupan itu, Pulau Santorini terbentuk cantik dan sekarang menjadi salah satu destinasi percutian terkenal.

"Thaqif.." Safa berpaling menghampiri Thaqif yang lebih banyak diam membontoti segala langkahnya dari tadi.

"Ya?" Thaqif keluarkan tisu lantas menyapu keringat isterinya di dahi. Wajah Safa kelihatan membahang menahan terik mentari tapi teruja wanita itu tak memudar dari tadi.

Boleh disimpulkan Safa seperti anak kecil yang baru ingin meneroka kcantikkan bumi. Segala bentuk teruja buat dia yang memerhati turut tersenyum.

"Cuba tengok gambar ni. Tak cantik. Tolong tangkap gambar, kau ambil lagi cantik." Safa tanggal tali kamera bergantung di lehernya lantas menghulur kamera itu kepada Thaqif.

"Okay." Thaqif akur menurut.

Saat Thaqif meletak matanya pada viewfinder kamera, saat itu juga susuk seseorang melintasi dihadapannya buat dia tersentak. Tudung bewarna biru laut, dan baju blouse putih dikenakan dengan jeans biru. Mata Thaqif sedikit membesar tergamam. Melihat wanita itu sudah melangkah kehadapan melintasi pelancong-pelancong yang lain buat dia tidak senang hati.

"Safa sekejap." Thaqif kembali menghulur kamera kearah Safa.

"Huh?" Safa terkebil-kebil menilik wajah lelaki itu. Thaqif tidak lepas memandang kehadapan seperti matanya sedang terpaku pada seseorang dan tidak mahu melepas sedetik pandang agar susuk itu tidak hilang dari pandangan mata.

Tempat SempurnaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin