Misteri Taring Terkutuk

1K 234 21
                                    

Saja preview. Dont ask for update.
Saja saja je ni.

Buat yang pernah baca ACE tahun 2021/2022, MTT sepatutnya jadi spin off. Tapi saya malas sambung.

***

Jam menunjukkan pukul dua pagi. Dalam yang lain masih lena diulik mimpi, hanya Faizal berseorangan ingin pulang ke rumahnya. Sebatang rokok yang berada di jarinya itu dibawa ke bibir. Langsung menyedut asap kelabu berisi karbon monoksida itu.

Seolah-olah makanan yang menenangkan fikiran, walhal membunuh dalam diam.

Tiba-tiba kedengaran semak samun bergerak. Umpama ada sesuatu yang bersembunyi disebaliknya. Pantas Faizal menoleh ke belakang.

Dia tidak tahu semak yang mana mengusik jiwanya tadi, dia tidak dapat mengenalpasti apakah ada sesuatu yang memerhati.

"Musang aje kot," gumamnya sendiri. Sememangnya di Kampung Tanahan itu, penuh dengan pokok dan semak samun. Maka, haiwan buas pun kadangkala munculkan diri. Persis kampung di tengah hutan pun ada.

Faizal buat tak endah, tubuhnya rasa penat dan dia ingin pulang berehat. Biasalah, pembawa masalah di kampung semestinya Faizal dan rakan-rakannya. Kuat melepak di tengah malam dan adakalanya mengganggu anak-anak gadis. Tiba-tiba, Faizal terdengar suara seorang perempuan sedang menangis. Lagi, langkahnya terhenti.

Kepalanya ditoleh ke arah belakang, ke kiri dan kanan. Tiada apa melainkan tangisan itu sahaja yang mendayu-dayu. Faizal telan liur, sebelum dia mula membuka langkah seribu. Cuba mengabaikan bulu roma yang merinding, dan jantung berdetak umpama dikejar entiti.

***

Pukul enam pagi yang kebiasaannya sunyi bagi penduduk Kampung Tanahan, hari ini riuh dengan jeritan dalam ketakutan. Di laluan bersemak itu, ada sekujur tubuh seorang lelaki terbaring kaku, bersama wajah yang memucat. Bahkan tubuh badannya juga begitu, pucat tanpa darah. Sehinggakan urat biru hijau itu jelas kelihatan disebalik kulitnya.

"Apa jadi?"

"Weh kenapa ni?"

"Ada orang kena bunuh?"

"Hah siapa?"

"Faizal,"

"Weh jiran aku?"

Bisikan demi bisikan kedengaran, Pak Mail hanya mampu menutup mayat Faizal yang kaku itu menggunakan kain dan dia menggelengkan kepalanya perlahan. Berkali-kali dia mengucap, terkejut dengan keadaan Si Mati itu.

Dalam pada itu, Naz Aiman yang baru sahaja tiba di kampung itu, terus meluru ke arah orang ramai itu. Beg pakaiannya diletakkan di atas tanah dan dia mula ingin mendekati mangsa.

"Maaf bertanya, saya Naz Aiman dari Singapura. Apa jadi sebenarnya?"

Pak Mail menoleh ke arah lelaki muda itu. Wajarlah tidak pernah nampak, orang luar rupanya.

"Faizal meninggal tiba-tiba," balas Pak Mail perlahan. Dia pun tak tahu macam mana nak jelaskan dekat lelaki muda itu tentang keadaan Faizal.

Tak berpuas hati dengan jawapan pakcik itu, tangan Naz Aiman laju menyelak kain yang menutupi mangsa. Terus matanya terbeliak. Keadaan Faizal pucat lesi tanpa darah, kurus menampakkan tulang dan langsung tiada luka yang terserlah. Yang ada cuma, dua lubang kecil di leher seperti kesan gigitan dalam.

"Tiada tikaman, tiada jerutan. Kita perlu telefon polis dan pihak hospital tentang kejadian ni,"

"Jangan!"

Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki tua, menghalang cadangan Naz Aiman itu. Habis penduduk kampung menoleh ke arahnya. Lelaki tua tidak berbaju dan hanya berkain pelikat. Rambutnya beruban dan hampir botak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Misteri Taring TerkutukWhere stories live. Discover now