Encounter | 1

78 11 12
                                        

AKU selalu terfikir macam mana orang jatuh cinta sebenarnya? Sudahlah jatuh cinta, mengabdikan diri kepada orang yang kita 'cintai' pula tu. Tak rasa pelik ke macam mana seorang manusia memang tercipta untuk seseorang? Ataupun... jodoh. Adakah itu sesuatu benda yang benar?

Aku pun tiada jawapannya.

Tapi benda ni dah memang lama dah berlegar dalam kepala otak aku yang tak berapa besar dan tinggi IQ ini. Memang betul, ini benda yang rahsia dan hanya DIA ada jawapannya. But I just can't help it.

Sepanjang aku hidup pun, aku tak pernah nampak betapa magisnya cinta itu. Aku tak pernah nampak dengan mata kepala aku sendiri bagaimana perasaan yang pelik ini boleh mengubah seseorang menjadi lebih baik. Jahat ada, lah.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ibu ayah aku sendiri. Mereka selalu sangat bergaduh. Bergaduh bagai nak rak. Ayah pun kaki pukul, selalu buat ibu sakit dan menangis. Aku terfikir, itu ke cinta? Haha. Betapa naifnya aku masa tu. Tapi, kalau ibu menangis, ayah akan keluar dari rumah buat beberapa hari. Ibu pula akan sentiasa tunggu ayah di depan pintu. Masak pun akan ada lebih untuk suaminya yang hilang itu.

Tapi bila ayah balik, ayah mesti akan bawa balik coklat dan aiskrim untuk ibu. Ibu gembira tak terkata. Lepastu baik sekejap dan mereka bergaduh semula. Berdasarkan apa yang aku dengar dan hasil daripada mesyuarat dengan adik beradik aku, ibu dan ayah selalu bergaduh tentang duit. Duit yang tak pernah cukup, sebab ayah memang boros berbelanja.

Padahal kami bukan orang yang kaya pun sampai nak ada kereta dua biji. Ibu mana reti bawa kereta. Ayah aje. Ayah yang kerja sebagai pemandu lori itu selalu tak ada di rumah. Bila balik, selalu bawa masalah kerja dia ke rumah, lepaskan kepada kami anak beranak. Aku tak pernah faham yang ayah sebenarnya ada anger issues. Macam mana aku yang baru berumur 10 tahun ketika itu tahu?

Kakak sulung aku yang berumur 19 tahun yang belajar jurusan akauntasi yang cakap. Aku? Percaya bulat-bulat.

Lama-kelamaan, semua adik beradik aku beransur keluar daripada rumah, membiarkan aku sendirian kerana aku anak bongsu. Ibu makin tertekan dengan perangai ayah yang tak pernah berubah.

Akhirnya nak tahu apa jadi? Ibu ambil nyawanya sendiri. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana strugglenya ibu nak mencuri nafas apabila dia menyepak kerusi yang menyokong badannya di kipas itu. Ibu tersedak dan dalam sekelip mata, ibu yang aku kenal dan sayang hanya tinggal sekujur jasad yang sedang tergantung di hadapan aku. Aku yang baru berumur 12 tahun.

A freaking 12 year old.

Ayah? Dia buat biasa. Dia kebumikan mayat ibu macam biasa dan langsung tak ada rasa bersalah terconteng di wajahnya. Muka dia biasa aje. Tak sampai 2 hari ibu meninggal dunia, ayah sudah ambil job baru dan perlu ke Perlis.

Tinggallah aku seorang dengan kakak sulung aku yang ketika itu sudah berumur 21 tahun. Adik-beradik lain sibuk kerja. Kakak sulung aku aje yang sudah berkahwin. Untung badan kakak aku sebab dapat kahwin dengan anak orang kaya.

Sehingga kini, bila umur aku 17 pun aku masih lagi duduk di rumah kakak aku dengan dua anak sedara aku. Hidup aku makin baik. Bila aku nampak hubungan kakak sulung aku dan abang ipar aku, aku boleh nampak betapa tulus dan bersih cinta itu.

Aku tersekat dalam dua pandangan. Aku sendiri pun tak boleh nak lebihkan pandangan mana.

Mungkin aku perlu merasainya sendiri?

"KAU dah ready dah ke nak exam esok?" soal satu suara.

Aku menjongket bahu. Aku sendiri tak ada jawapan. Sejak akhir-akhir ni aku malas sangat nak studi apa semua. Bising juga kakak aku dengan kelakuan aku akhir-akhir ni. Sudahlah aku banyak lagi benda nak dikejar di sekolah. Tapi aku boleh pula lepak kafe milik kawan aku, mengambil kerja part time sebagai barista.

EncounterWhere stories live. Discover now