RATAPAN SABRINA

17 2 1
                                    

"Gedebuff!" Satu bunyi hentakan yang sangat kuat memecahi kesunyian malam. Naqie melihat keadaan sekelilingnya. Tangannya terasa sakit sekali. Naqie mengalihkan pandangannya ke arah sebelah kiri. Ara. Darah memenuhi bahagian hidung dan bibir kawan yang sangat disayanginya. Kemudian keadaan menjadi gelap gelita.

Naqie tersedar dari koma. Dia melihat keadaan sekililing dan badannya yang dipenuhi wayar. Naqie mencabut saluran oksigen dan kesemua wayar dibadannya kecuali wayar yang mengalirkan air masuk ke tubuhnya. Ketika dia bangun, tangan kirinya terasa sakit sekali. Tangan kirinya berbalut. Naqie berjalan lemah. Sehingga sampai di depan kaunter, seorang nurse meminta Naqie untuk balik ke katilnya semula.

"Jangan paksa saya, saya kata taknak, saya nak tengok kawan saya" Naqie cuba menahan amarah.
"Siapa nama kawan cik?"
"Ara"
"Err yang bersama cik masa kemalangan ya?"
"Ya..." kata Naqie mengangguk.
"Er Farah yer?"
"Ya nama dia farah, mana dia?"
"7B katil 1 ditingkat ini, hujung sekali"
"Terima kasih" katanya sambil berlalu pergi.

Sebaik sampai di katil Ara dalam keadaan kepala dan tangan masih berbalut, Naqie melihat Ara sedang tido. Kakinya berbalut.

"Maafkan aku, semua salah aku, kalau aku tak memandu laju la..." bicaranya terhenti disitu dengan linangan air mata, jarang sekali dia itu menangis seperti itu. Naqie bingung memikirkan punca kemalangan itu. Adakah dia bawa pada kelajuan tidak sepatutnya? Adakah dia mabuk? Tidak mungkin dia mabuk. Pelbagai soalan mula menerpa minda Arnaqie. Tiba tiba dia berasakan ada 'seseorang' berdiri di belakangnya. Bulu romanya tegak. Apabila dia berpaling, maka terlihatlah sesusuk tubuh. Pocong. Ya itu pocong. Mukanya hitam seperti hangus, cengkung bagai tiada isi. Mata hitamnya kecil. Mata putihnya merah. Semuanya menjadi gelap semula. Ara tersedar dari tidur.

Jam sudah menunjukkan 5.30 minit pagi, semua lampu di hospital itu telah dibuka dan cukup menyilaukan matanya. Selang beberapa jam. Nurse bertugas menghantar makanan ke katil Ara. Ara makan sambil menahan kesakitan kakinya yang tertusuk besi waktu kemalangan berlaku. Tiba tiba Naqie datang. Mengusung kerusi roda. Ara tersenyum melihat tingkah laku sahabatnya itu dan menghabiskan sisa makananya itu. Tidak lama selepas mereka berborak, Ara memberitahu hasratnya ingin membuang air kecil, namun dia tidak dapat berjalan. Naqie memapah Ara ke kerusi roda dan mengusung kerusi roda itu dengan sebelah tangan. Selesai semuanya mereka pun pulang dan jalankan hari mereka dengan bersiar siar di kawasan hospital. Naqie sedikit pun tidak bercerita mengenai apa yang dilihatnya sebelum dia rebah semalam.

"Siapakah dia? , kenapa kacau aku?" Dan bermacam soalan menerjah fikirannya semula pada malam itu. Dia termenung sendirian. Lamunannya terhenti apabila bau kapur barus menusuk hidung. Dari bau kapur barus bertukar menjadi bau hanyir dan teramat busuk. Naqie menarik selimutnya ke atas tiba tiba. Satu suara wanita kedengaran sayup. "Aku benci kau", bunyi itu mendebarkannya . Tiba tiba pula katilnya digoncang kuat berselang seli dengan bunyi tangisan yang sayu sekali. "Huuuu, huuuu, sakit Naqie" bunyi itu dan goncangan katil tiba tiba hilang serta merta. Datang seorang 'nurse' yang ditugaskan memberi ubat penenang apabila pesakit mula mengganas. (Akibat goncangan tersebut, 'nurse' menyangka Naqie mengamuk.)

Sebaik sahaja 'nurse' itu sampai di hadapan katil, ubat di tangannya terlepas apabila dia memandang ke sebelah katil Naqie. Naqie yang kehairanan berpaling ke arah sebelahnya yang kedengaran seperti dengusan yang marah sekali. Pocong itu. Kini jaraknya dengan muka Naqie hanya satu inci. Pocong itu berdiri di sebelah katil Naqie dan membongkok mendekatkan mukanya ke arah Naqie. Bila dilihat dalam jarak yang dekat, ouh sungguh menyeramkan. Naqie pitam buat kali ketiga sejak kemalangan. Keadaannya yang lemah tidak mengizinkannya berinteraksi dengan makhluk tersebut.

Selepas beberapa minggu di hospital dan Naqie mengalami gangguan demi gangguan, maka mereka berdua pun mengambil keputusan pulang ke rumah mereka. Mereka menaiki teksi dan pulang ke rumah. Mujurlah Ara ada menyimpan kunci pendua di bawah pasu bunga rumah mereka. Ara meletakkan tongkatnya di tepi sofa sebaik sahaja merebahkan badannya diatas sofa. Naqie yang sedang baring di bilik pula hanya termenung memikirkan entiti yang mengganggunya selepas dia kemalangan. Punca kemalangan masih belum diketahui. Selepas 2 hari berada di rumah mereka pergi kerja seperti biasa. Menaiki sebuah motorsikal yang dipandu Naqie dan dibonceng Ara. Memandangkan tangannya hanya luka ringan di sebelah kiri Naqie lah yang membawa motorsikal tersebut. Semasa sibuk membelek 'file' kerjanya Ara ternampak sesusuk tubuh berbalut rapi dengan kain kafan berdiri di penjuru ofisnya. Dia menyiapkan kerjanya secepat mungkin dan berjalan secepat yang boleh kerana kakinya masih sakit. Dia pulang dengan Naqie yang menunggunya hampir setengah jam.

Scary Bedtime StoriesWhere stories live. Discover now