Aku dan along aku pun bertolak pergi ke sekolah. Sunyi sepi suasana dalam kereta sehinggalah aku membuka bicara.

"Along... Along dah tahu ke Along mengajar kelas mana?"

"Tahu... Kelas kau lah," balas Fahrin kemudian dia menunggu riaksi satu-satu adiknya itu.

Aku yang masih memproses perkataan yang keluar dari mulut Along terdiam seketika. Setelah menangkap ucapan Along aku tadi... Aku menjerit terkejut.

"Apa!" Aku menoleh melihat Along aku yang terjungkit bahunya mendengar jeritan aku. Mana tak terkejut tiba-tiba menjerit, dah lah duduk bersebelahan.

"Jangan menjeritlah! Pekak telinga Along nanti," marah Along aku yang terkejut dengan jeritan aku.

"Kenapa Along mengajar kelas adik?"

"Nak buat macam mana dah pengetua suruh. Lagi satu waktu Along mengajar, panggil Along... Cikgu Fahrin. Jangan panggil Along pulak... Faham?"

"Baiklah Cikgu Fahrin" Aku memandang ke luar tingkap. Lebih baik tengok pemandangan kat luar daripada bersembang dengan Along... Buat sakit hati je nanti. 

Setelah sampai ke sekolah aku turun dari kereta menuju ke kelas aku. Along aku pulak pergi berjumpa dengan pengetua untuk uruskan kelas aku... Apalah nasib aku...

.

.

.

DI KELAS 5 PERMATA

.

.

.

Aku memasuki kelas aku yang seperti kelab malam itu...Ya Allah bising sangat-sangat... macam manalah ini yang dikatakan kelas nombor 1... ishh kutuk kelas sendiri pulak... Tanpa berlengah aku pergi ke tempat duduk aku.

"Selamat pagi Una... Kenapa moody pagi-pagi ni?" Tanya Lya.

Lya ni kawan baik aku sejak aku tadika lagi tapi kami terpisah waktu kami menjejakkan kaki ke sekolah rendah... Kemudian kami berjumpa semula tapi situasi ketika kami berjumpa semula memang dasyat. Nanti... nanti aku cerita macam mana kitorang boleh berjumpa semula. Dia rapat sangat dengan aku, boleh dikatakan dia tahu semuanya tentang aku termasuklah 'kisah silam' aku.

"Assalamualaikum Lya." Aku duduk ditempat aku di belakang Lya.

"Waalaikumussalam... Hehehe." 

"Una... Kau apasal pagi-pagi dah monyok ni?" Tanya Airine yang berdiri depan meja aku.

Haa, Ni Airine. Aku panggil dia Rine. Dia pun kawan baik aku. Kami ni satu geng. Masing-masing ada personaliti berlainan... Rine ni kasar sikit.... Lya pula lemah lembut orangnyaDiorang berdualah yang sentiasa ceriakan hidup aku selain 'dia'Diorang je yang pernah nampak aku senyum... orang lain tak pernah, sampai-sampai aku digelar sebagai Ratu Ais. Aku rapat dengan diorang berdua sahaja

The Secret Police Agent (Hiatus)Where stories live. Discover now