BAB 63 ( SPECIAL PART )

Start from the beginning
                                    

Luth Zafran mengemaskan pelukan di pinggang Aisyah manakala satu lagi menjadi alas dan memegang telefon bagi memudahkan Aisyah menonton.

" hurmm.. " seperti biasa ibu jari Luth Zafran akan menjadi puting susu Aisyah. Selamba saja isterinya itu menghisap jarinya. Luth Zafran pula hanya mendiamkan diri. Sudah terbiasa dengan perangai manja isterinya. Hampir setiap malam beginilah rutin hariannya.

Hidungnya di dekatkan di belakang leher Aisyah. Menghidu bauan dari tubuh itu. Ibu jarinya yang berada di mulut Aisyah sengaja di tarik-tarik menganggu ketenangan si isteri.

"abang.. " bentak Aisyah. Semakin kuat dia memegang tangan Luth Zafran supaya tidak bergerak dan memudahkan untuk dia meneruskan hisapan di jari suaminya.

Dalam tak sedar hampir 2 jam Luth Zafran menemani Aisyah menonton wayang itu. Ibu jarinya pula sudah terasa kebas akibat terlalu lama berada dalam mulut Aisyah. Jam di kerling sudah menunjukkan pukul 1 malam.

"sayang.. Kita tidur okey" ujarnya. Aisyah yang masih setia menonton itu pantas mengeleng. Luth Zafran tersenyum kecil. Telefon tadi terus di matikan membuatkan Aisyah merengek.

"abang... Aisyah belum habis tengo lagi" omel Aisyah sambil menghentak kakinya di tilam. Luth Zafran tidak menghiraukan. Telefon tadi di letakkan di sisinya.

"kita tidur.. Tak baik tidur malam-malam macam ni" arahnya tegas. Kepala Aisyah di tarik mendekati dadanya. Di kucup sekilas dahi isterinya

"tapi... "

"kita sambung esok ye sayang.. Dengar cakap abang okey" Potongny tanpa sempat Aisyah bersuara. Aisyah mencebil sebelum mengangguk kecil.

"macam tulah isteri abang.. " di kucup lagi pipi isterinya.

"nak jari.. " pinta Aisyah. Luth Zafran menyuakan ibu jari kanannya kepada Aisyah pantas saja Aisyah menghisap semula jarinya. Matanya perlahan-lahan tertutup.

"dah mengantuk tapi tak nak tidur" tergeleng kepala Luth Zafran. Bukan dia tidak tahu isteri kesayangannya itu mengantuk tapi di tahan matanya.

"love you.." bisik Luth Zafran perlahan sebelum turut memejam matanya.











🌹🌹🌹🌹🌹











"siapa datang abang?" tanya Aisyah yang elok saja makan sarapan itu tapi yang menyuap adalah suaminya. Luth Zafran mengangkat bahu.

"siapa tu ma?" tanyanya lagi kepada kadijah yang menyambut ke datangan tetamu itu. Baru saja dia mahu bertanya lebih lanjut tubuh yang baru masuk itu membuatkan dia tersenyum lebar.

"ibu!" jeritnya teruja. Laju dia bangun tapi di halang oleh Luth Zafran.

"ingat sikit perut tu.. " omel Luth Zafran dengan bibir di muncungkan ke perut Aisyah. Lengan Aisyah di pegang kuat membantu isterinya bangun sebelum mendekati Datin intan.

"ya allah comelnya menantu ibu ni" ujar Datin intan. Pipi Aisyah menjadi mangsa kucupannya. Luth Zafran mengucup lembut tangan ibunya sebelum membiarkan mereka berdua melepaskan rindu.

"Luth jaga Aisyah baik-baik tak?" tanya Datin intan. Aisyah mengangguk.

"hi.." sapa Irish. Terus saja di peluk tubuh Aisyah. Begitu juga Aisyah yang membalas pelukan sahabatnya itu.

"besarnya perut.. " omel Irish sambil mengusap lembut perut Aisyah.

"memanglah.. Tinggal tunggu hari je lagi nak bersalin." balas Aisyah. Tangannya turut mengusap perutnya yang sememangnya sangat besar.

"perut kau pun besar sangat dah.. " kali ini Aisyah pula mengusap perut Irish yang sudah mula membasar itu. Siapa sangkah kawan baiknya itu turut mengandung namun usia kandungannya baru menginjak 5 bulan.

"dah... 2 orang mak buyung tu mari sini duduk" panggil Daut. Aisyah dan Irish serentak berpaling sebelum turut menyertai keluarga mereka yang sudah berada di ruang tamu itu.

"dua-dua dah nak jadi ibu tapi manja macam baby" omel Luth Zafran sambil melihat kedua ibu mengandung itu datang ke arah mereka. Semua tertawa.

"mengada je abang ni" bebel Aisyah. Punggung di labuhkan di sebelah Luth Zafran. Irish pula duduk di sebelah Afif.

"makin merialah keluarga kita nanti" sampuk Luth Zaruddin yang sudah tidak sabar-sabar mahu meyambut kedua cucu pertamanya begitu juga kadijah dan Daut.

"Aisyah tak lama lagi nak beranak kan.. " ujar Datin intan. Aisyah pantas mengangguk. Baru saja dia mahu meyandarkan diri namun terasa kakinya sedikit berair. Dia menunduk ke bawah. Terlihat banyak air. Seluar palazonya juga turut basah.

"abang.. Air apa ni?" tanya Aisyah menunjukam air di lantai itu. Luth Zafran turut menunduk melihat air yang jelas mengalir di lantai.

"air apa ni? " sama macam Aisyah Luth Zafran juga turut kebinggungan. Semua mereka menumpukan prihatin kepada mereka berdua sebelum kadijah dan Datin intan menjerit.

"ya allah Aisyah dah nak bersalin" jerit kadijah dan Datin intan serentak.

"tapi tak sak..... Auw" tiba-tiba Aisyah mencengkam lengan Luth Zafran dengan dahi berkerut. Dadanya berombak ganas.

"a....bang.. Sakit.. " rintihnya. Hampir saja air matanya keluar. Pinggangnya terasa seperti di patahkan dengan ari-arinya lagi yang mencucuk sakit.

"Luth bawa Aisyah pergi hospital sekarang.. " arah Luth zaruddin. Semua kalut. Ada yang menjerit. Ada yang berputar-putar panik.

"bismillah.. " dengan lafaz bismillah Luth Zafran mengangkat tubuh Aisyah. Bibirnya di ketap. Beratnya hanya allah saja yang tahu. Tapi di kuatkan juga semangat demi isteri dan anaknya yang bakal lahir.













Nampaknya Aisyah dah nak bersalin 😱
Jangan lupa tekan vote 😘



My PrincessWhere stories live. Discover now