"abang jahat" omel Aisyah perlahan. Matanya memandang ke luar tingkap kereta. Keadaan di luar gelap. Dah malam takkan lah cerah pula.

Tiba-tiba ingatannya memikir si kawan baiknya itu. Sudah 2 bulan usia perkawinan Irish. Dan baru sekarang mereka berbulan madu dek Afif yang sibuk dengan kerjanya. Dia tersenyum sendiri memikirkan Irish.

"senyum-senyum kenapa?" sampuk Luth Zafran mematikan lamunan Aisyah. Pertanyaan itu tidak di jawab malah di jeling tajam wajah Luth Zafran.










🌹🌹🌹🌹🌹












"kat mana ni?" tanya Aisyah tatkala kereta Luth Zafran berhenti di tempat yang sangat gelap. Luth Zafran keluar dari kereta. Pintu di tempat Aisyah do buka. Terpinga-pinga Aisyah melihat huluran tangan suaminya.

"jomlah keluar.. Dah sampai ni" ajak Luth Zafran. Aisyah mendongak.

"kita buat apa kat sini abang? " tanyanya lagi separuh berbisik

"kena lah masuk baru tau kita buat apa!" sengaja Luth Zafran bermain tarik tali dengan Aisyah. Membiarkan isterinya itu kebingungan sendiri.

"tak apa ke Aisyah pakai macam ni? Nanti ada orang macam mana?" polos saja Aisyah bertanya sambil matanya merenung wajah Luth Zafran. Tanpa banyak kata Luth Zafran menarik Aisyah dengan hanya sekali tarikan saja tubuh Aisyah kini sudah terkeluar dari kereta. Aisyah merapatkan dirinya dengan Luth Zafran. Tangan kecilnya mengenggam erat baju Luth Zafran.

"jangan risaulah. Abang takkan sesekali bagi orang tengo sayang macam ni. Abang waras lagi. Bodohlah abang kalau biarkan isteri cantik abang ni keluar macam ni." pujuk Luth Zafran. Dia tahu isterinya itu dalam ketakutan.

"abang.. " terjerit Aisyah bila matanya di tutup mengunkan kain. Sudahlah tempat mereka ini gelap di tambah dengan matanya di tutup lagi bertambah gelaplah jawabnya.

"sshh... Abang ada ni sayang. Just ikut abang" bisiknya perlahan sebelum mengucup sekilas cuping telinga Aisyah.

"jangan tinggalkan Aisyah tau.. Aisyah takut" rengeknya. Terasa pipinya pula di kucup. Tidak perlulah dia mahu risau kerana dia tahu siapa yang mengucup pipinya. Dengan langkah berhati-hati dia berjalan di bawa pertolong suaminya sendiri.

"lama lagi ke abang?" tangannya erat memegang tangan Luth Zafran. Erat seerat-eratnya.

"dah nak sampai pun" balas Luth Zafran tenang. Akhirnya setelah berjalan dengan mata yang tertutup mereka sampai juga ke destinasi.

"are you ready sayang?" soal Luth Zafran berbisik di telinga Aisyah. Dalam perasan berdebar-debar Aisyah mengangguk. Kain yang menutup matanya di buka perlahan. Saat matanya melihat pemandangan di hadapannya dia terkedu sendiri.

Dengan hiasan bunga ros di tabur di lantai menjadi jalan untuk menuju ke meja makan yang di hiasi cantik. Di sekelilingnya pula terdapat beberapa belon. Lilin-lilin yang menerangi malam. Sangatlah cantik hingga tidak terucap dengan kata.

"cantik tak?" tanya Luth Zafran memeluk erat tubuh Aisyah dari belakang. Aisyah mengangguk.

"kita makan dulu.. " ujarnya sebelum menarik tangan Aisyah duduk di meja makan.

"jemput makan tuan putri" pelawanya. Perlahan-lahan Aisyah memotong kepingan daging ke mulutnya. Hingga terpejam matanya menikmati kelazatan makanan itu.

"sedap tak?"

"sedap sangat abang.. " jujur dia berkata dengan wajah teruja. Luth Zafran tersenyum kecil.

"tapi kenapa abang buat semua ni? Ada apa-apa ke?" tanya Aisyah pelik.

"sayang tak ingat ke?" dengan rasa bersalah Aisyah mengeleng kepala. Bibirnya di gigit cuba memerah otaknya mengingati tapi tetap juga dia tidak tahu.

"tak apa.. Habiskan dulu makan tu. Lepas ni abang bagitau" arah Luth Zafran.

"sorry.. " maafnya perlahan.

Makan malam mereka berjalan lancar. Habis licin pinggan Aisyah. Kini dia memandang pula wajah Luth Zafran yang juga turut sama habis makan.

"jomm.. " sekali lagi tangannya di tarik. Luth Zafran menarik tangan Aisyah ke tengah-tengah bulatan lilin dan bunga ros itu. Tangannya melingkari di pinggang isterinya. Tangan Aisyah pula di bawa melingkari di leher. Tiba-tiba terdengar alunan muzik entah datang dari mana. Perlahan-lahan tubuh mereka bergerak ke kiri kanan. Seolah-olah menari. Aisyah sekadar mengikut rentak suaminya matanya sedari tadi tidak lepas dari merenung anak mata Luth Zafran.

"happy anniversary sayang.. " bisik Luth Zafran. Terus ternganga mulut Aisyah. Dia menepuk dahinya.

"ya allah Aisyah lupa.." rungutnya.

"abang Aisyah minta maaf. Aisyah tak ingat langsung" beria-ria dia meminta maaf. Terasa bersalah sangat.

"tak apa.. Abang lagi suka sayang tak ingat senang abang nak buat suprise. Suprise tak sayang?" laju Aisyah mengangguk. Tanganya kembali memeluk erat leher Luth Zafran. Kaki di jengket sedikit sebelum mengucup bibir Luth Zafran sekilas.

"terima kasih abang.. "

"sama-sama kasih sayang.. " balas Luth Zafran. Bibir isterinya itu kembali di ragut. Di kucup lama bibir yang mengodanya sejak tadi lagi. Lama. Aisyah menepuk dada Luth Zafran bila terasa dia sudah hilang oksigen dek di kucup lama begitu.

Tercunggap-cunggap dia mencari nafas. Luth Zafran tergelak kecil. Tangannya melepaskan pelukan di pinggan Aisyah sebelum menarik sesuatu dari poket bajunya. Di sarung rantai itu ke leher Aisyah.

Mata Aisyah mula berair. Dia meraba rantai di lehernya. Terlihat di rantai itu tertulis ' Luth's ' bermaksud dia milik Luth Zafran. Tanpa dapat di tahan air matanya jatuh jua.

"abang minta maaf sepanjang perkawinan kita. Dah 4 tahun kita kawin tapi baru tahun ni kita sambut. Abang minta maaf sangat" ujarnya.

"rantai ni simpai tau. Jangan pernah buka. Cincin yang abang bagi pun jangan buka. Biar orang tau Putri Aisyah milik Luth Zafran forever.. " bisiknya romantik. Terus Aisyah memeluk tubuh Luth Zafran.

"i love you so muchh abang.. "

"love you too.. " balas Luth Zafran. Bibir isterinya Sekali lagi di ragut. Aisyah juga turut membalas. Tangannya melingkari semula di leher Luth Zafran dengan kaki di jengket sedikit. Biasalah orang pendekkan:)











Siapa nak bab special??

Komen tau.. Kalau ada yang nak author akan buat petang ni!! Insya allah kalau tangan ni memberi kerja sama. Doa2 kan author tak malas nak menaip 😅😌
B

ye.... 🌟

My PrincessWhere stories live. Discover now