tiga

18 0 0
                                    

Hari semakin bertambah, sama juga dengan kebosanan pelajar yang bermimpi untuk meluangkan masa lebih di rumah instead di kelas. Mereka bosan, tidak tahu mahu membuat apa. Pelik juga ye kenapa mereka kena hadir juga.. untuk full-kan kehadiran mereka tahun ini mungkin ?

"Wey geng, serious cakap kalau hari ni kena pergi bilik serbaguna tu lagi dengar borak kosong.. aku lari" kata Lea sambil mukanya ditutup oleh kedua tangannya.

"Dah la bilik tu ramai lepastu duduk bawah, sakit siot pinggang aku. Baik aku tidur kat rumah! Nasib minggu ni last tau-" sambungnya lagi.

Nayla yang mendengar keluhan Lea itu terus melihat jam tangannya. Sudah pukul 1 petang, bermaksud mereka kena bergerak.

"Dah la, jom gerak nanti satu hal ada spotcheck la, denda la malas aku" Nayla terus berdiri dan menarik lengan Lea memaksanya bangun. Lalu mereka semua bergerak ke bilik serbaguna dengan relanya.

.-Bilik serbaguna-.

Terdapat pelajar lain yang sudah tiba dahulu di dalam bilik itu. Sudah pasti kelas yang pertama atau lebih dikenali as kelas budak pandai yang tiba dahulu. Lea dan Nayla mengambil tempat untuk duduk secara berkumpulan pada mulanya tetapi salah satu pelajar menyuruh mereka duduk di dalam barisan dan menunggu semua pelajar Tingkatan 3 semua tiba.

"Okay semua hari ni aku ambil alih since aku dah minta kebenaran cikgu. Untuk hilang bosan hari ni kita-" Semua pelajar dalam itu diam sambil menunggu jawapan. Ingat ni cerita suspense ke nak stop stop buat orang tertanya.

"Kita tengok Movie !!! Best kan best kan!" sambungnya lagi. Semua pelajar terus sorak gembira, ada yang malas nak layan, ada yang redha je tapi nak buat macam mana. Go with the flow orang bilang.

"Okay harini kita tengok cerita hantu tau sampai la balik. Wait eh nak setup-"

Nayla hanya ketawa kecil selepas melihat gelagat masing-masing. At least, masanya tidak sia-sia.. movie pun movie la.

"Alahhh wey cerita hantu ke! Aku takut laa cerita lain la!" suara ini  terdengar dari sebelah Nayla. Dekat, mana tidaknya duduk di sebelah saja. Nayla memandangnya atas bawah "oh anak cikgu ni."

"Okay kita tengok Insidious tau!" Sahutan diterima dengan berkata setuju. Nayla memandang belakang terlihat Lea menongkat tangannya ke dagu, bosan mungkin.

"Woi, cerita ni aku dah khatam je rasa. Hm kau okay tak ni?" tanya Nayla. Lea mengangguk dan menyandarkan kepalanya ke belakang badan Nayla. Mengantuk mungkin.

"Aduh macam takde cerita lain, cerita hantu juga nak bukak" terdengar lagi suara daripada orang di sebelahnya itu. Untuk menyedapkan hati, Nayla menyapa..

"Ish tak takut la cerita ni serious, dah tengok banyak kali hehe" Lelaki itu terus memandang Nayla dan memberikan senyuman.

"Serious-la? Tak suka la tengok nanti terkejut la, jumpscare la" Kata lelaki itu. Nayla hanya ketawa kecil dan terus movie sudah bermula.

30 minit sudah berlalu turut juga dengan kejeritan, ketawaan semasa melihat filem ini. Terasa bosan Nayla saja melihat reaksi masing-masing di dalam bilik itu. Ada yang tutup muka, yang terbaring, yang tak fokus pun ada juga.

Mata Lea terus melihat tangan miliki sesorang, jarinya cantik betul.

Gila, pandai jaga dia ni jari dia lagi helok dari aku. Pergi Manicure ke dia ni?

Lea terus melihat dan bandingkan jarinya dengan jari orang itu. Berbeza. Nayla terus menyapa sekali lagi..

"Cantik gila jari, look at mine. You are a guy but wow I'm impressed" kata Nayla. Lelaki itu terus tersedar kerana dia sibuk menutup matanya dari melihat scene yang menakutkan itu.

"eh mana ada jaga. Memang dah macam ni la-" kata lelaki itu.

"You guess so ? Sumpah lawa hmm" Kata Nayla sambil melihat jari-jemarinya itu.

"Thank you for the compliment I guess, btw aku kurang kenal la kau ni. Kau kelas mana eh ?" tanya lelaki itu.

"Ouh aku kelas C, hmm you didn't know me ? but I know you. Bapak la-" jawab Nayla.

"NOOOO, I meant.. familiar je tapi lupa nama. I guess you know me sebab my dad. May I know your name then"

"Nayla, panggil je Nayla" 

"I know you know but call me Adam, nice to meet you"

ARRRGHHHHHHHHHHHHHH

"Adam! kau terlepas scene ni kalau tak mesti dah terkejut siot HAAHAHA" Kata Nayla sambil menunjukkan screen yang penuh dengan muka hantu yang menakutkan itu.

"Ohh pandai eh! Eleh tak takutlah mana ada takut-" kata Adam

Mereka sambung menonton sehingga balik.

"Terima kasih semua, you guys know kita dah nak start cuti kan? Harap korang baik-baik je nak keluar bercuti tau!"

Semua menyahut "OKAYYYYYY."

Sebelum mahu keluar dari bilik serbaguna itu, mata Nayla sempat melingkar mencari Adam. Setelah bertemu Nayla melambai tangannya "-bye!"

Adam membalas dengan reaksi yang sama. Maka bermula cuti untuk mereka.


BoundariesWhere stories live. Discover now