"Awak pemandu Abang Thaqif ke?"

"Saya Naufal! Adik Thaqif." Naufal hela nafas berat menggeleng perlahan kepalanya.

"Ohh.."

"Oh? Itu je respon awak? Safiya awak tahu tak sikap awak main bedal masuk kereta lelaki yang tak dikenali tu membahayakan diri awak? Kalau saya orang lain yang cuba ambil kesempatan macam mana?"

"Sebelum  masuk dalam kereta orang yang tak dikenal, at least tanya dulu siapa orang tu, kalau rasa curiga jangan masuk."

"Apa nak takut, papa banyak duit nak tebus saya kalau saya diculik." Balas Safiya selamba, sengaja dia balas begitu mahu mematikan bebelan tak berbayar lelaki itu.

"Sekaya manapun papa awak, nyawa awak tak boleh dibeli! Awak ingat penculik sekarang nak guna perempuan sebagai tebusan je ke?"

"Dia orang boleh guna awak untuk aset pelacuran, dijual, perdagangan manusia. Awak nak ke macam tu?"

"Okay." Mata Safiya menjenggil sambil dia lempar pandangan keluar tingkap. Kenapa bukan abang Thaqif yang datang ambil dia? Kenapa mamat mak mak ni datang ambil?

"Lepasni hati-hati." Naufal geleng kepala dan sempat dia toleh memandang Safiya sudah menayang wajah bosan. Tak berminat dengan kata-katanya.

"Umur awak berapa?" Safiya sandar kepala lantas memeluk tubuhnya.

"23 tahun. Muda 6 tahun dari Abang Thaqif. Awak?"

23 tahun? Patutlah mulut serupa mulut itik memekak macam orang tak matang. Perangai jauh betul dari abang Thaqif.

"17, muda 10 tahun dari Kak Safa.."

"Jauhnya gap, tapi Kak Safa awak nampak muda dari usia dia. Saya baru jumpa dia minggu lepas masa meeting persiapan majlis resepsi." Puji Naufal ikhlas buat Safiya senyum tipis lantas mengangguk kepalanya.

"Kak Safa saya cantik sangat." Sambung Safiya perlahan. Dia cuma seorang adik yang mengidolakan seorang kakak yang hebat.

"Ada apa awak nak jumpa Abang Thaqif?" Soalan Naufal mengembalikan Safiya ke dunia nyata.

"Err, saya ada urusan dan perkara nak ceritakan pada Abang Thaqif." Balas Safiya mendatar.

"pesanan terakhir sebelum dia jadi suami kakak awak, I guess?" Naufal tergelak kecil.

"Lebih kurang macam tu lah.." Safiya hulur senyum tipis

•••

Ktok ktok!

Bunyi ketukan pintu buat Thaqif yang sibuk menilik isi dokumen segera menoleh. "Masuk!" arahnya lantas menutup dokumen itu.

"Aku dah ambil budak ni." Naufal buka pintu untuk Safiya masuk ke ruang pejabat Thaqif.

"Thank you." Thaqif bangun melipat lengan baju.

"Masuk Safiya." Thaqif mempelawa lembut, sudah ada tiga gelas plastik berjenama Starbucks di atas meja mungkin dipesan Thaqif untuknya.

"Macam mana sekolah harini?" Thaqif tak terburu-buru bertanya tujuan gadis ingin menemuinya.

"Good." Selamba Safiya membelek mug Starbucks sebelum dia capai Caramel Frappuccino untuk mengisi tekak yang kering.

"I see." Thaqif pandang Naufal yang masih tegak memandang ke arah mereka.

"Safiya selesa nak berborak dengan abang kalau Naufal ada kat sini?" Soal Thaqif lagi.

Safiya berpaling sambil dia menyedut air memandamg Naufal tenang membalas tatapannya.

"Selesa kalau dia boleh mulut dia." Selamba Safa respon buat Thaqif menghamburkan tawa kecil

Tempat SempurnaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora