dua

24 0 0
                                    

4 minggu kemudian

Semua pelajar Tingkatan 3 disorak gembira setelah selesai dengan peperiksaan mereka. Ada yang gembira, ada yang redha, ada yang risau dengan usaha mereka. Akan tetapi, apa mereka kisah? Janji sudah habis. Walaupun sudah habis peperiksaan, pelajar perlu juga hadir ke sekolah.. memandangkan peperiksaan mereka hanya berjalan dalam masa 3 minggu sahaja.

Kelas-kelas di Tingkat 2 itu hening, tiada buat sebarang bunyi. Musykil.

"EYYYY TAK FAHAM LA. Kenapa dah habis exam  pun kena datang siot. Aku tak tau nak buat apa ni!" kata Nayla kepada kawan-kawan di dalam kelasnya itu.

"Eh kau ni, nak buat macam mana. Alah kalau kau duduk rumah pun kau buat apa je doh.. kita spend  time la together." Kata Lea sambil makan keropok yang di bawaknya.

"Eh tapi kan, aku dengar nanti kita semua kena pergi bilik serbaguna tau. Budak kelas sebelah bagitau" terang Lea lagi.

"Aduh nak buat apa, ceramah? Malas betul la aku.." Kata Nayla sambil membetulkan tudungnya itu.

Kelas kembali bising. Nayla dan kawan-kawannya decide untuk main satu permainan, untuk hilang bosan katanya.

"Okay macam ni main dia, faham tak? Korang pernah tengok running man kan?" Kata Nayla lagi.

"Hahhhh cepat la cepat! Kita main je siapa kalah kena sepak!" Kata Lea. Mereka hanya menurut saja dan sambung bermain.

Berapa minit kemudian, mata Nayla tertumpu kepada pintu belakang. Dia melihat seorang lelaki yang tidak dikenali. Handsome-

"Wei, wei Lea-" sambil menepuk bahu Lea berkali-kali.

"Sakit bodoh, apa hal kau ni ish.. HAH KAU KALAH !" Kata Lea tapi tidak beberapa fokus kepada Nayla.

"Eh sini kejap" Nayla menarik lengan Lea kepadanya. "Tu siapa ? Kenapa aku tak pernah nampak pun budak tu. Budak kelas sebelah.. hah hah kau kenal ke?"

"Oh budak tu. Nama dia Hadi. Alah budak tu takde la baru.. dia dulu sekolah rendah sama dengan kitaorang so everyone know him except you" 

Mata Nayla masih tertumpu dengan Hadi. "Handsome siot, lain macam eh handsome dia macam-- cina pun ada.. Korea pun ada"

"Kau nak try  ke ? Pergi la usha-usha mana tau kan-" Tidak sempat Lea habiskan katanya Nayla terus berdiri dari situ dan pergi ke arah pintu belakang.

Memandangkan di situ terdapat beberapa pelajar lain sedang berbual-bual, Nayla cuba untuk menyelit join  perbualan mereka itu, tapi mata tetap fokus dekat Hadi.

"Eh Nayla, budak kelas tau dah kan nanti pergi bilik serbaguna kejap lagi" Kata Aiman.

'Oh ye, tau dah Lea bagitau tadi." Mereka sambung berbual tapi pada masa yang sama matanya tetap meninjau terhdap Hadi.

"hmm- wey nak tanya. Budak baru ke tu ? Asal aku tak pernah nampak eh.." Tanya Nayla.

"Oh dia ni, wey Hadi sini kejap!" Aiman memanggil Hadi sambil Nayla tersipu malu.

Aiman terus memeluk Hadi di sebelahnya. "Hah.. ni Hadi. Budak baru juga la tapi kitaorang semua kenal dia. Kau tak kenal kan? Hah Hadi ni Nayla." kata Aiman.

"Hi Nayla-" kata Hadi sambil menunjukkan senyuman. Tapi sekejap sahaja, Hadi terus beredar dari situ kerana dipanggil oleh kawannya yang lain.

"Oh.. begitu. Thanks Aiman. Eh, aku masuk dulu tau" Aiman mengangguk tanda faham.

He greeting me, oh my god he smiled at me!  Handsome teruk doh Nayla.. what to do what to do!

"Woi Nayla! Pekak ke.." Jerit Lea setelah melihat Nayla mengelamun di belakang kelas itu sorang-sorang. Nayla terus menjerit kepada Lea dengan excited-nya.

"LEAAAAA, dia senyum kat aku dohhh tadi! Lea handsome doh dia, sumpah ye malu gila aku tadi ya Allah"

Kata Nayla sambil melompat kepada Lea. Mana tidaknya, sudah la crush diambil orang yang sudah lama dia suka. Tiba-tiba datang satu manusia ni punyalah good looking, memang tak sah kalau tak suka.

"dia dah ada girlfriend" kata Lea tiba-tiba. Nayla berhenti melompat dan terdiam.

"Lupa nak cakap, aku kan friends dengan dia kat wechat, he got someone. Musnah je la harapan kau tu" sambung Lea.

Nayla terus pergi ke arah Lea-- Pap!

" YOU SHOULD TELL MEE SOONER !!" Jerit Nayla

"Mana aku tau gila! Sakit bodoh-" Lea cuba untuk berhentikan tepukan benci itu. "Eyy aku mula-mula ingat girlfriend dia tu adik dia lah. Tapi budak-budak ni tadi cakap tu girlfriend dia. So, THIS IS NOT MY FAULT.. STOP!" Nayla terus berhentikan keganasan itu.

"Thank god aku tak have crush on him teruk tau.. Kalau tak.. NI NAMPAK NI" Nayla keluarkan penumbuknya.

"WOI DUDUK WOI CIKGU DISIPLIN NAK MASUK KEJAP LAGI GENG"

Kelas kembali hening setelah mendengar jeritan itu. Hari-hari mereka berjalan seperti biasa walaupun ada sedikit keganasan yang berlaku, tapi itulah students life.



BoundariesWhere stories live. Discover now