"Oh yeke." Ujar Shiro.

Mirae hanya mengangguk.

"Mirae, kau taknak balik kelas kau ke?" Tanya Rin.

"Kenapa? Kau dah nak balik?"

"Ha arh."

"Oh kalau macam tu kita gerak sekali lah."

"Okay jom."

Mirae berdiri.

"Kitaorang balik kelas dulu ." Ujar Mirae.

Mereka hanya mengangguk.

Rin dan Mirae pun keluar dari dewan itu dan kini hanya Shiro, Asyura serta Raizo yang masih berada di sana.

"Ergg bosan nyaa!!" Rungut Asyura.

"Hm tula, dah lah kelas kita ada 6 orang jer, lepastu 3 lagi tak datang." Balas Shiro.

"Nak buat macam mana, korang tahu sendiri kan apa masalah diorang."

"Ye tahu, tapi bila kelas kita nak jadi macam dulu balik." Ujar Asyura.

"Betul juga, tapi aku yakin semua akan okay nanti." Balas Raizo.

"Hmm..iye." ujar Shiro

"Tapi korang tahu tak, hari ni hari terakhir Yuhiko Sensei jadi guru kelas kita." Kata Raizo.

"Hah? Betul ke? Aku tak tahu pun." Balas Asyura.

"Kan mula besok kita akan cuti selama sebulan sebelum ujian gabungan. Jadi lepas cuti nanti Izuka Sensei yang akan masuk.." Kata Raizo.

" Ye tak iya juga kan, tak sedar dah nak ujian pula. Jadi kelas kita akan gabung dengan kelas mana?" Ujar Shiro.

"Kelas kita akan gabung dengan kelas Rin dan Mirae." Jawab Raizo.

"Yeke? Tak sangka pula kita ujian sekali dengan diorang. Tempat ujian kita pula kat mana?" Tanya nya lagi.

"Yang ni korang jangan terkejut. Ujian untuk kelas gabungan kita akan di adakan di......." Raizo sengaja menggantung ayat nya untuk membuat rakan nya tertanya tanya.

"Kat mana.. cepatlah bagitau." Ujar Asyura.

"Kat kerajaan Gesshoku."

Asyura dan Shiro tersiam seribu bahasa.

"Kau serius lah? Kerajaan tu?"  Jantung Shiro mula berdegup kencang setelah Raizo menyebut nama kerajaan itu.

"Aku tak main main lah, Nekanda aku sendiri yang bagi tahu pasal tu." Kata Raizo.

"Tapi kerajaan tu kan tak sama macam kerajaan lain, pengetua yakin ke kita akan adakah ujian kat sana?" Ujar Asyura.

"Sebenarnya, Nekanda aku yang cadangkan tempat tu." Ujar nya sambil tersengih.

"Maksud kau, Raja Tarama sendiri yang cadangkan? Biarpun dia tahu cucu cucu dia yang akan ikut ujian kat sana?" Tanya Asyura

"Ha arh, dan Nekanda aku juga yang minta kelas kita dan kelas Rin digabungkan supaya aku dengan Rin sama sama dapat pergi kerajaan tu." Jawab Raizo sambil tersengih.

"Biar betul? Kenapa Raja Tarama buat semua tu?" Tanya Asyura.

"Tu semua untuk mengeratkan hubungan kekerajaan antara kerajaan Auzora dan kerajaan Gesshoku." Jawab Raizo lagi.

"Jadi, kiranya kita ni macam tumbal lah? Kalau jadi apa apa kat kita macam mana?" Ujar Asyura ketakutan.

"Pasal tu korang jangan risau, kedua dua kerajaan dah buat perjanjian pasal keselamatan kita. Dan dalam ujian nanti academy kita akan bergabung dengan pelajar academy hunters kerajaan Gesshoku."

Shiro dan Asyura semakin berdebar, mereka terdiam kaku.

"Aku tak boleh bayang kan pergi kerajaan tu. Korang tahu sendiri kan kerajaan tu satu satunya kerajaan yang cuma ada satu Klan. Dan Klan diorang adalah Klan terkuat antara semua Klan." Kata Shiro

"Hmm ye, sebab tu kita kena berlatih lebih dari sebelum nya. Anggap je semua tu cabaran kita untuk jadi Hunter. Korang cakap nak jadi hunter lagenda kan. Takkan baru ujian macam tu dah nak takut." Kata Raizo.

"Eh sape cakap aku takut. Aku dah bulatkan tekad aku.  Aku akan jadi hunter terkuat dari Klan Miura." Kata Asyura dengan bersemangat.

"Dah hampir seribu kali kau sebut ayat tu." Ujar Shiro.

Raizo hanya tertawa kecil.

"Kita kan sama sama dah janji nak jadi hunter lagenda suatu hari nanti. Jadi kalau setakat ujian gabungan ni tak payah nak takut lah. Masih ada ujian besar yang lain kita kena hadap nanti." Kata Raizo.

"Betul betul.." sokong Shiro.

Mereka pun saling tersenyum antara satu sama lain.

***

Tanpa di sedari, sesi persekolahan hari ini telah tamat. Sebelum cuti selama sebulan, para pelajar telah dimaklumkan tentang ujian gabungan dan tempat tempat ujian bagi setiap kelas gabungan. Oleh itu para pelajar di minta untuk bersedia dan berlatih lebih keras sebelum ujian bermula.

***

Seminggu setelah cuti, Rin, Raizo, Mirae, Shiro serta Asyura datang ke kediaman pemimpin Klan Kiyomizu iaitu kediaman Kagura untuk menjenguk Ace.

Setelah tiba di luar rumah, pintu rumah Kagura tertutup rapat dan tiada yang menyahut panggilan mereka.

"Tuan Kagura dengan Ace takde ke?" Gumam Asyura.

Tiba tiba, mereka mendengar geseran pedang dari belakang rumah dan mereka pun pergi ke sana. Tanpa disangka, bunyi geseran pedang itu berasal dari pedang Ace dan Sai.

"Eh, kat sini rupanya." Ujar Asyura.

Kagura yang sedang duduk di sebuah kerusi menoleh ke belakang setelah menyedari kehadiran mereka.

"Oh, kamu semua datang? Ada apa?" Tanya Kagura.

"Kami nak jenguk Ace. Tapi tak sangka pula dia dah sihat, dah main pedang pula tu." Ujar Shiro.

"Ha arh, dia sudah lama kembali pulih." Jawab Kagura.

"Ohh.. tapi, dia dengan Sai dah okay?" Tanya Mirae pula.

"Sai sudah mula datang ke sini dan menemui Ace seperti biasa, tapi mereka belum saling berbicara antara satu sama lain." Jawab Kagura.

"Ouhh.. baguslah kalau macam tu, harap harap semuanya kembali macam dulu." Ujar Raizo.

"Aku pun mengharapkan hal yang sama." Kagura tersenyum sambil melihat Ace dan Sai yang sedang bertarung.

Beberapa minit kemudian, Kagura memanggil Sai dan Ace.

"Kawan kawan kamu datang, mari kita masuk ke dalam." Ujar Kagura.

Ace melihat lihat sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Ace, cari apa?" Tanya Raizo.

"Kazuke." Kata nya perlahan.

Mereka agak terkejut apabila Ace mencari Kazuke setelah apa yang berlaku sebelum nya, namun mereka cuba bersikap seolah tiada apa yang pernah berlaku.

"Dia tak ikut." Jawab Raizo sambil tersenyum.

Ace pun diam dan mengambil sarung pedang nya yang berada di tepi kerusi Kagura.

"Kita masuk dulu, nanti kamu boleh berbual di dalam." Ujar Kagura.

Mereka pun masuk ke dalam rumah bersama.

To be continue..
Kalau ada apa apa yang membingungkan boleh tanya komen ya nanti saya jawab.. 🙊

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now