"Apa maksud Tuan Kagura malam tadi? Dia cakap rasa sakit tu cuma ingatan tubuh Ace.." ujar Rin.

"Aku pun tak habis fikir lagi pasal tu.. ada satu benda lagi yang membingungkan aku." Balas Asyura pula.

"Apa?" Tanya Raizo.

"Waktu Tuan Kagura suruh tutup tirai jendela kelas tu, dia cakap jangan biarkan cahaya bulan purnama tu masuk? Korang tak rasa pelik ke?" Ujar Asyura.

"Memang pelik, tapi kita tak boleh buat spekulasi sendiri. Lagi baik kalau kita tanya sendiri dengan Tuan Kagura." Balas Raizo.

"Tapi tu kan urusan Klan Kiyomizu, aku rasa kita tak patut masuk campur." Ujar Mirae.

"Memang lah, tapi korang tak ingat ke pasal benda yang ada kat keliling Ace malam tadi? aku tak boleh lupa rasa sakit dia, sebab tu aku nak tahu apa yang jadi dengan Ace sebenarnya." Asyura membalas dengan wajah yang serius kali ini.

"Iya tak iya juga, aku tak pernah tahu ability macam tu ada." Ujar Shiro pula.

"Kalau benda tu ability Ace, kenapa energi shizen dia tak terasa langsung." Kata Raizo.

"Ha arh, yang tu sangat sangat pelik." Balas Rin.

"Bincang apa?"  tanpa mereka sedari Yuhiko Sensei sudah berada di belakang mereka.

"Eh, sensei.. sorry tak perasan." Ujar Raizo.

"Takpe, saya faham kamu masih terkejut dengan apa yang jadi semalam. Tapi pasal tu Klan kiyomizu dan pengetua akan uruskan, kamu tak payah risau." Ucap Yuhiko Sensei.

"Hmm tapi Ace tak apa apa ke?" Tanya Rin.

"Tuan Kagura dah maklumkan bahawa Ace tidak apa apa, cuma oleh kerana kekuatan nya lepas kendali malam tadi, dia masih belum dapat memulihkan energi tubuh nya." Jawab Yuhiko Sensei.

"Lepas kendali? Maksud nya apa yang jadi malam tadi memang berasal dari ability Ace?" Tanya Shiro pula.

"Iya betul, saya pun dah baca laporan latihan Ace dari Izuka Sensei dan Shizawa Sensei. Dari rekod tu, saya dapati Ace tidak pernah menggunakan ability nya sepanjang latihan ataupun perlawanan. Tuan kagura juga mengatakan hal yang sama. Dia kata Ace tidak pernah mengeluarkan ability nya sejak dulu." Ujar Yuhiko Sensei.

Mereka pun senyap dan merasa sedikit lega selepas mendengar hal itu.

"Kazuke dan Sai tak datang ke hari ni?"

"Hmm mungkin." jawab Asyura dengan ragu.

"Oh takpelah kalau macam tu, tapi Rin dan Mirae tak kisah ke tolong kelas ni? "

"Kami tak kisah, lagipun kelas kami mungkin dah siap semua tugasan dari kemarin." Jawab Mirae.

"Baik lah kalau macam tu."

Dewan itu menjadi sunyi seketika. Yuhiko Sensei melihat pelajar nya itu seperti masih tertanya tanya akan sesuatu.

"Lepas kendali? Tapi kenapa takde energi shizen yang terasa waktu tu." Gumam Raizo di dalam hati.

"Macam mana dia boleh guna ability tanpa energi shizen?"  Shiro juga bermonolog sendiri di dalam hati.

"Kamu ada apa apa nak tanya lagi ke?" Tanya Yuhiko Sensei.

"Dah takde, kami dah faham." Ucap Raizo sedemikian walaupun dalam fikiran nya masih ada beberapa persoalan yang belum terjawab.

Begitu juga dengan yang lain.

"Kalau macam tu, kamu semua boleh mulakan tugasan kamu." Ucap Yuhiko Sensei.

Mereka pun berdiri dan mula mengemas dewan yang telah mereka gunakan sebelumnya.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now