"sah.. "

"SAHH.. "

Jatuh air mata Irish saat mendengar ungkapan sah itu. Bukan tangisan sedih tapi air matanya jatuh dek terlalu gembira. Tangan di raup ke wajah bila tok kadi telah mengaminkan doa.

Terasa dirinya di peluk oleh Datin intan. Dia membalas pelukan ibunya. Selepas ini dia harus mengikut ke mana saja suaminya pergi. Tipulah kalau dia tidak akan sedih bila mengenangkan dia akan berjauhan dari keluarganya.

"jadi isteri yang baik" bisik Datin intan sebelum melepaskan pelukan. Irish mengelap air mata tatkala Afif datang mendekati.

Tanpa di suruh dia sendiri menyambut huluran tangan Afif setelah jari manisnya di sarungkan cincin. Saat dia mengangkat kepala Afif menariknya dekat sebelum teras dahinya di kucup lembut. Jatuh lagi air matanya. Susah di ungkap perasaannya tika ini.

"you are mine baby.. " bisik Afif perlahan. Dengan pantas pipinya pula di kucup. Irish menunduk wajah. Segan muncul dalam dirinya lagi-lagi melihat senyuman mengusik dari tetamu.

🌹🌹🌹🌹🌹

"rish.. Dah pergi naik sana.." arah Datin intan. Irish yang sedang menolong Aisyah menyusun pinggan itu berpaling.

"kejaplah lagi.. " jawabnya. Kadijah mengeleng. Tangan irish di tarik.

"dah rehat.. Jam berapa dah ni!" marahnya. Irish merengus. Jam di dinding sempat di kerling baru menunjukkan jam 10 malam. Walaupun badannya terasa letih tapi entahlah kenapa dia rasa takut sangat nak naik ke atas.

"pergilah.. " kali ni Aisyah menolak pula badannya Irish. Mahu tak mahu terpaksalah juga Irish naik ke atas biliknya.

Baru beberapa tapak dia mendaki tangga terserempak pula dengan alongnya. Luth Zafran tersenyum gatal memandangnya.

"along dah kenapa sengih-sengih?" tanyanya pelik.

"tak ada apa.. Nampak tak isteri comel along?" ujarnya sambil mata mencari bayang Aisyah. Irish mencebik kecil.

"ada kat dapur.. " beritahunya sebelum kembali meneruskan perjalanannya. Luth Zafran mengangguk namun dia memandang semula tubuh Irish yang sudah menjauhi itu.

"rish.. " panggilnya. Irish berpaling dengan kening berjongket tanda kenapa?

"good luck malam pertama" usiknya. Berbahang wajah Irish memandang Luth Zafran yang sudah berlari ke dapur. Dia mengigit bibirnya.

Sampai saja di pintu bilik dia menghela nafas panjang. Terasa berdebar-debar tiba-tiba bila mengingatkan usikan dari Luth Zafran.

Dengan berhati-hati dia membuka pintu. Terlihat Afif merangkap suaminya itu lena di buai mimpi. Bibir mengukir senyuman kecil sebelum perlahan-lahan dia menutup pintu itu tanpa bunyi takut mengganggu tidur suaminya.

Walaupun keadaan bilik itu malap tapi dia lagi sanggup daripada terang.  Rambutnya di sikat rapi. Losyen di ambil lalu di sapu di tangannya. Baru saja dia mahu berjalan ke arah katil susuk tubuh yang amat di kenali berdiri tegak di hadapannya.

"abang.. " perlahan saja suaranya. Afif tersengih. Terus tubuh Irish di cempung lalu di letakkan di katil. Dahi Irish di kucup.

"abang... " Irish sekali lagi menahan tubuh Afif yang semakin menindihnya. Dada Afif yang tidak berbaju itu di usap.

"kenapa?"

"erkk.. Rish tak bolehlah.. " bisiknya perlahan. Afif yang mendengar mengeluh. Wajahnya di sembamkan di leher putih Irish.

"kenapa tak boleh?" tanya biarpun dia tahi jawapannya. Irish mengigit bibir bawahnya terasa bersalah pula menolak permintaan suaminya. Tangan mengusap lembut rambut Afif.

"rish.. Cuti. Sabar erk.." ujarnya. Sekali lagi Afif mengeluh lemah. Tak menyabar betul. Tubuhnya di baringkan dengan betul. Kepala Irish di letakkan lengannya, manakal sebelah pula erat memeluk tubuh Irish. Pipi isterinya itu sempat di kucup. Selimut di betulkan.

"sorry. Abang gelojohkan.. " maafnya bersama tawa kecil.

"taklah.. " laju Irish mengeleng. Afif tersenyum. Tubuh Irish di peluk erat. Mata di pejam. Penat satu hari melayan tetamu.

"tidurlah.. " bisiknya perlahan. Irish dengan berani menyebamkan wajahnya di dada Afif. Tangan membalas pelukan sang suami. Buat pertama kalinya dalam hidup dia terasa tidur yang amat selesa. Akhirnya dengur halus kedengaran di bibir comel Irish.

Afif yang tidur-tidur ayam itu membuka matanya. Tangan mengusap pipi gebu Irish sebelum mengucup sekilas bibir yang berdengkur kecil itu. Penat sangat nampaknya.

"good night sayang" bisiknya perlahan sebelum turut menutup mata.







Kali ni kita bagi afif dengan Irish berbahgia dulu 😘
Siapa yg ingat nama penuh Irish? Sebab author dah cari tapi tak jumpa 😅..ke author tak bagitau lagi nama penuh Irish..

So jangan hairanlah nama irish lain time akad nikah tu sebab author lupa..😅

My PrincessWhere stories live. Discover now