"Maksudnya macam mana?, Tiga kubur ke?"soal Meyra

"Bukan mati la gila, pergi ambil barang tu..."Marah Rara

Nell tergelak,"apa salahnya tiga kubur"balas Nell

"Eh tak mau kita, aku nak terbang korea dulu jumpa oppa"balas Meyra

"Banyak lah kau oppa"Rara menjeling Meyra di sebelahnya

"Banyak cakap lah korang ni, makanan aku mana?"soal Nell

"Ni ha, nasi minyak mak eton peberet kau"Rara menghulukan bungkusan nasi kepada Nell

"Whoaaa "balas Nell excited,maklumlah orang lapar

"Hai ukhti"kata Daeng

Tak aku ..pelik ...kenapa mamat ni selalu ada setiap kali kitorang berborak

"Nak apa?"soal Rara geram

"Hamba nak memberi air kegemaran yang mulia Safura, maklumlah hamba ni memang kuli batak Nafis"Daeng menghulukan 3 botol air ribena

"Thank you ,kuli batak"balas Nell lalu tergelak,kuli batak hahahah sesuai dengan Daeng

"Auch , sakitnya "daeng meletakkan tangan di dadanya , berlakon sakit.

"Bye kuli , datang lagi"kata Meyra sambil mengunyah makanan, tak senonoh betul si MeyMey ni

"Kau ni tersembur sat gi"kata Rara

"Tersembor dalam nasi kau ke , tak kan?, Ke kau nak aku sembor betul betul?"soal Meyra

"Makan lah banyak bunyi betul korang ni"kata Nell kepada dua ekor anak itik di hadapannya

"Baik yang mulia safura"balas Meyra dan Rara serentak.

"Okay dah siap makan ,mari kita sambung kerja "kata Rara

"Awalnya korang siap makan"kata Nell ,mujur yang patah tangan kiri, boleh juga menulis dan makan dengan tangan kanannya.

Setelah siap makan Nell membasuh tangannya di singki

"Weh aku nak pi buang ni jap"ujar Nell , Meyra dan Rara sudah membuang awal awal lagi.

"Aku teman"kata Meyra

"Tak payah la, baik kau buat kerja, cepat siap"ujar Nell

"Kau sorang sorang ?"soal Meyra

"Bukannya jauh pun, tong sampah depan sana je"kata Nell

"Hehe, hati hati Nell"kata Meyra dan Rara

Nell mengangguk

Sampai di tong sampah,plastik makanan itu di buang

Dia membawa air yang di beri Penutup di buka ,namun terlalu ketat.

Susah betul tinggal satu tangan je .Aku dah nak tercekik dah tak minum air.

Dengan bersungguh sungguh Nell membuka penutup itu, masih tidak dapat dibuka...akhirnya dia pasrah .Dengan hampa dia berjalan ke bilik kesihatan semula

Tiba tiba botol airnya di ambil oleh seseorang

Dengan sekelip mata, penutup itu terbuka

Air itu di hulur kepada Nell."thank you"kata Nell gugup kepada Jimmy

Jimmy hanya mengangguk lalu beredar dari situ.Rasa seperti mahu pensan sahaja.

Baru ingin meneguk air itu ..."minum duduk,baik hati betul kau minum dengan setan"Ujar jimmy

Nell terkaku.Nasib baik dia tak minum lagi,kalau tak dah tersembur air di muka hensem lelaki itu

Macam lah dia tak pernah minum berdiri..hari hari Nell nampak Jimmy minum air kotak sambil berjalan

"Err okay"balas Nell lalu dengan segera ke bilik kesihatan

"Kau asal Nell?,Mario tu ada apa apa kan kau ke?.Lamanya kau pergi buang sampah"kata Meyra

"Tak ada lah, aku...aku terserempak dengan Nafis ha"kata Nell

"Ouhh, risau aku"kata Meyra

"Kuat betul kau buka penutup tu , aku tadi dengan Meyra sampai guna empat tangan nak bukak ,ouh Nafis eh yang buka?"soal Rara

Nell memandang ke arah Air di tangannya"haah "balasnya

"Okay lah, jom sambung buat, aku dah tak sabar nak balik tido"kata Meyra

"Tido je kerja, lepastu makan, patut gemuk"kata Rara

"Eh sorry sikit , Bila masa aku gemuk,kau cek balik mata kau tu "balas Meyra

Nell tergelak melihat reaksi Meyra

"Aku tolong la "kata Nell

"Tak yah la , kau duduk je nanti apa apa jadi ,mati Nafis cari kitorang"kata Rara

"Alah setakat Nafis tu tak ada apa"kata Nell lalu mengambil fail untuk di susun.









     

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now