"kalau abang.. Abang suka rambut panjang.. " jawabnya. Aisyah mengangguk. Dia memusingkan dirinya memandang Luth Zafran.

"terima kasih abang.. " ujarnya sebelum mengucup kedua pipi Luth Zafran. Losyen dan sikat tadi di ambil lalu di letakkan di tempatnya semula.

"abang nak minum apa-apa ke? Aisyah boleh buatkan!" tanyanya sambil dia memandang wajahnya di pantulan cermin.

Luth Zafran tidak menjawab. Dia bangun dari duduknya sebelum memeluk tubuh Aisyah dari belakang. Wajahnya di letakkan di bahu Aisyah. Sempat di kucup di pipi Aisyah.

"tak naklah.. Tapi abang nak makan sayang boleh?" pintanya penuh makna. Serta merta wajah Aisyah membahang tiba-tiba.

Tanpa sempat Aisyah menjawab Luth Zafran terlebih dahulu mencempung tubuh Aisyah lalu di letakkan di katil mereka. Baru saja dia mahu menindih diri Aisyah, namun isterinya menahan.

"tutuplah lampu dululah abang.. " bisiknya perlahan. Terus saja Luth Zafran bangun. Lampu di matikan sebelum kembali menindih Aisyah.

"assalamualaikum sayang.. " bisiknya perlahan. Dapat di rasakan hembusan  nafas Aisyah dengan tangan isterinya yang mengigil sedikit.

"walaikumsalam abang.. " jawabnya perlahan. Dan malam itu Aisyah benar-benar menjadi miliknya. Luar dan dalam.







🌹🌹🌹🌹🌹










Senyuman masih terukir di bibir Luth Zafran lagi-lagi bila mengingatkan kejadian semalam di mana Aisyah kini milik mutlaknya. Di pandang isterinya yang masih melekat di dada bidangnya. Tangan mengusap lembut rambut Aisyah sebelum perlahan-lahan di selitkan di telinga isterinya.

Aisyah merengek kecil. Tangan halusnya mengaru tepi telinga sebelum kembali memeluk tubuh Luth Zafran. Erat tangannya melingkari di pinggang suaminya.

Luth Zafran tertawa kecil. Bahu Aisyah yang sedikit terdedah itu di tutup mengunakan selimut.

"sayang.. " panggilnya lembut. Namun langsung tiada sahutan dari Aisyah malah isterinya itu semakin mengeratkan pelukan di pinggannya sehingga dia terdorang sedikit akibat pelukan itu.

"sayang.. Bangunlah subuh.. " kejutnya kali ini Aisyah merengek kecil. Tangannya di bawa mengosok mata. Dengan perlahan dia mendongak memandang wajah Luth Zafran.

"kenapa?" tanyanya serak.

"solat dulu.. Lepas ni baru sambung tidur.. " ujarnya lembut sambil bermain-main di kening Aisyah.

"kejaplah.. 5 minit" matanya kembali di tutup. Sempat di cium sekilas bibir Luth Zafran sebelum kembali menyembamkan wajahnya di dada Luth Zafran.

"haiihhh.. Budak ni kan" tidak semena-mena Luth Zafran mengigit wajah Aisyah. Terjerit kegelian Aisyah jadinya.

"abang.. " rengek Aisyah sambil sedaya-upaya menolak wajah suaminya. Tercungap-cungap nafasnya mencari oksigen dek tertawa terlalu banyak. Awal pagi lagi dah riuh.

"nak bangun ke tak? Kalau tak abang gomol muka tu lagi.." ugut Luth Zafran. Aisyah mencebik. Dada Luth Zafran yang dekat dengannya di gigit kuat.

"auww.. Sakitlah.." aduh Luth Zafran. Jelas dadanya yang merah dan mempunyai bekas gigitan dari Aisyah. Di pandang wajah isterinya yang menayangkan sengihan itu. Langsung tidak rasa bersalah.

"padan muka" lidahnya di jelir. Dia bangun dari pembaring dengan membungkuskan diri mengunakan selimut. Baru saja beberapa tapak dia berjalan terasa dia di cempung. Nasib baik tidam terjatuh selimutnya kalau tidak... Dah free show pula tak fasal-fasal.

"abang ni.. " rungutnya sambil memukul dada Luth Zafran melepaskan geram. Luth Zafran tertawa kecil sebelum membawa tubuh isterinya masuk ke dalam kamar mandi. Aisyah di letakkan di singki. Pintu di tutup.

"arghh... " nyaring jeritan Aisyah. Luth Zafran yang baru mahu membuka seluarnya terkejut.

"kenapa?" tanyanya risau. Berkerut dahinya melihat wajah Aisyah yang sudah tercebik-cebik itu.

"ishh.. Abang ni kan" marahnya.

"abang buat apa?"

"tengo ni.. " tepat Aisyah menunjukkan kesan merah di lehernya. Bukan satu tapi banyak. Terus saja Luth Zafran tertawa kecil sebelum menundukkan wajahnya mendekati leher putih Aisyah lalu di kucup kesan-kesan merah itu. Mengeliat kegelian Aisyah.

"gelilah.. " rengeknya sambil menolak kepala Luth Zafran. Dia turun dari singki. Tubuhnya di pusing menghadap cermin. Di tilik lehernya. Sampaikan ke bahu pun ada. Berbahang wajahnya tika melihat senyuman nakal Luth Zafran dari pantulan cermin.

"bukan kat sini je tau abang buat.. Semua kat tubuh sayang abang dah buat" bisiknya perlahan sambil memeluk erat tubuh Aisyah dari belakang.

"abang nikan.. Malulah orang nampak nanti" rungut Aisyah. Luth Zafran tidak menghiraukan malah bibirnya sibuk mengucup bahu dan leher isterinya.

"dahlah.. " marah Aisyah. Tangan Luth Zafran yang berada di pinggang di pukul saat bibir itu semakin menjalar hebat.

"jom mandi" ajak Luth Zafran. Belum pun sempat Aisyah menjawab Luth Zafran terlebih dahulu membuka selimut yang menutupi tubuh isterinya. Serta merta Aisyah mencangkuk.

"ABANGGG.. "jeritnya. Luth Zafran buat tak tahu saja. Tubuh Aisyah yang tidak di tutupi seurat benang itu di angkat. Aisyah menyembamkan wajahnya di leher Luth Zafran. Terasa mahu menangis saja saat ini.

"nak malu-malu konon.. Macam lah orang tak pernah nampak" usik Luth Zafran selamba sebelum membawa tubuh isterinya ke dalam tab.

Dan sekali lagi sejarah manis itu berulang...











Yeah.. Bab 57 siap 😌🌼
Tolong tekan vote ye guys 🌟🌹

My PrincessWhere stories live. Discover now