"jangan dekat.. " jerit Aisyah tatkala menyedari Luth Zafran berjalan menuju ke arahnya melalui celahan jarinya. Mata di tutup rapat saat Luth Zafran menarik tubuhnya.

"bukalah mata sayang.. " kata Luth Zafran miang. Aisyah mengeleng laju.

"bukalah.. " usiknya lagi.

"tak nak.. " jerit Aisyah. Terletus tawa Luth Zafran. Dia menarik tangan Aisyah yang menutup wajahnya sendiri itu. Sekuat manalah tenaga wanita jika berbandingkan lelaki. Aisyah kaku berdiri. Biarpun tangannya sudah di genggam tapi mata Aisyah masih lagi tertutup. Sangat erat.

"sayang.. " bisik Luth Zafran. Sengaja di kucup lembut cuping telinga Aisyah. Dapat di rasakan badan Aisyab mengigil.

Luth Zafrab tersenyum geli hati. Sedaya upaya dia menahan tawanya dari meletus. Kedua mata Aisyah yanh tertutup itu di kucup sebelum melepaskan pelukan. Tuala yang berada di tangan Aisyah di ambil lalu terus saja dia berjalan masuk ke dalam kamar mandi.

Aisyah yang masih kaku berdiri itu melepaskan keluhan nafas tatkala yakin Luth Zafran sudah tiada. Perlahan-lahan matanya di buka. Dadanya di usap lembut. Terasa bagaikan menunggu nyawanya di cabut.




🌹🌹🌹🌹🌹




"mama dengan papa ni tak balik-balik ke?" bebel Aisyah sendiri sambil memeluk tubuh di luar rumahnya.

"mama.. " jerit Aisyah tatkala tiba-tiba Luth Zafran menegurnya. Dia mengusap lembut dadanya sambil mata menjeling tajam wajah suaminya yang tersengih itu.

"sorry.. " lembut Luth Zafran berkata dengan mata di kedip-kedipkan. Bibir pula di cebik.

"ingat comel ke buat macam tu?" perli Aisyah.

"jomlah... " ajak Luth Zafran.

"tapi mama dengan papa tak balik lagi ni? Saya risaualah.. " omelnya. Luth Zafran yang sedang menyarung kasut itu terhenti. Dia memandang wajah Aisyah. Jelas menampakkan wajah yang keriasuan itu.

"tak apalah.. Abang dah bagitau mama dengan papa kita nak pergi sana. Insya allah tak ada apa" pujuknya.

"tapi.. "

"jomlah sayang" potong Luth Zafran sebelum sempat Aisyah bersuara. Akhirnya dia mengalah juga bila Luth Zafran menarik tangannya.

"jap lah nak kunci pintu" marahnya sebelum mengunci pintu rumah. Kakinya melangkah ke kereta mewah Luth Zafran. Bagaikan puteri dia di layan bila Luth Zafran membukakan pintu untuknya.

Setelah memastikan Aisyah selamat masuk barulah dia masuk ke dalam ke dalam kereta di bahagian pemandu. Melihat Aisyah yang siap memakai tali pinggang itu membuatkan dia tersenyum sendiri.

"sayang okey tak ni?" tanya Luth Zafran tatkala melihat Aisyah hanya mendiamkan diri. Dia mengerling sekilas ke arah isterinya sebelum kembali memandu.

"okey je!" jawab Aisyah sepatah. Luth Zafran mengeluh. Tangan kirinya menjalar memegang tangan kiri Aisyah. Di bawa tangan itu rapat ke bibirnya.

"lepaslah..." bentak Aisyah. Berkali-kali dia menarik tangannya namun tetap juga tidak berjaya.

"bahayalah bawa kereta macam ni" tegurnya dengan wajah cemberut tapi sikit pun Luth Zafran tidak menghiraukan.

"jawab dulu soalan abang.. "

"soalan apanya?"

"Aisyah okey ke tak?" sekali lagi Luth Zafran mengulang persoalannya. Aisyah merengus.

"dah jawabkan tadi.. " dengan sepantas kilat dia menarik tangannya dari genggam Luth Zafran. Di jeling tajam wajah suaminya sebelum memusingkan badannya membelakangi Luth Zafran. Siap berpeluk tubuh lagi.

Tergeleng kepala Luth Zafran. Dia beristifar dalam hati cuba menyabarakn dirinya. Matanya kembali fokus ke arah jalan raya.

"kita nak pergi mana ni?" tiba-tiba Aisyah bertanya setelah 5 minit mereka berdiam diri. Luth Zafran sekadar mengangkat bahu sengaja tidak mahu menyakitkan hati isterinya.

"awak.. " jerit Aisyah.

"kita nak ke mana ni?" tanyanya lagi dengan soalan yang sama.

"kan dah jawab tadi.. " Aisyah merengus marah. Tahu sangat suaminya mengenakan.

"saya tak bergurau.. " Luth Zafran tertawa kecil melihat wajah Aisyah yang sudah kemerah-merahan itu. Nampak sangat marah.

"balik rumah ibu lah.. " katanya. Berkerut dahi Aisyah. Matanya memandang kawasan sekeliling sebelum kembali memandang wajah Luth Zafran.

"ni bukan jalan rumah ibu" ujarnya.

"ehmm.. Memang pun" selamba Luth Zafran mengiyakan dengan kepala di angguk tidak bersalah.

"tadi kata balik rumah ibu.. " omel Aisyah. Sekali lagi Luth Zafran mengangguk.

"habis tu ni nak ke mana pula?" semakin meninggi suara Aisyah berkata. Sabarnya semakin nipis. Seolah-olah Luth Zafran memainkannya.

"okeyy.. Abang nak ajak sayang ke suatu tempat" beritahunya. Serta merta Aisyah memandangnya tajam.

"ouhh.. Jadi awak tipu sayalah kan.. "

"mana adalah. Lepas abang bawa sayang ke tempat tu baru kita balik rumah ibu.. " ujarnya.

Aisyah merengus marah sebelum kembali memalingkan tubuhnya membelakangi Luth Zafran.

















Seperti yg di janjikan author akan update lagi satu bab walaupun janji petang tapi ni dah malam 😅✌..
Tak apalah janji update 🌹
Vote tau😘

My PrincessWhere stories live. Discover now