"taklah ma.. Kali ni Aisyah nak merajuk lama-lama.. Kalau boleh selamanya" kata Aisyah tanpa riak.

Luth Zafran yang mendengarnya tersenyum sinis. ' kita tengo sampai mana sayang nak merajuk.. ' bisiknya sendiri.

Aisyah bangun dari kerusinya. Nasinya yang masih lagi banyak itu di biarkan saja.

"nak ke mana pula tu? Nasi ni belum habis lagi" tegur Kadijah. Aisyah mengeleng.

"kenyang.. Aisyah nak tidur.. Rasa mengantuk pula.. " jawabnya sebelum berlalu mencuci tangan. Selesai saja mencuci tangannya dia terus berlari anak naik ke biliknya tanpa menoleh ke arah mata-mata yang memandangnya.

"biasalah perempuan kalau merajuk lain macam sikit" ujar Daut.

"makanlah luth.. " Luth Zafran kembali meyambung semula suapannya. Tiba-tiba hatinya teruja pula memikirkan bakal anaknya nanti.




🌹🌹🌹🌹🌹







Luth Zafran mengeleng melihat Aisyah yang baring membelakanginya. Siap tutup seluruh tubuh dengan selimut lagi. Dari atas sampai ke bawah. Perlahan-lahan dia mendekati biarpun bilik itu gelap yang hanya di terangi oleh lampu kecil saja tapi masih dapat di lihat olehnya dengan jelas.

Dia baringkan tubuhnya. Dengan selamba dia ikut masuk ke dalam selimut sebelum memeluk Aisyah dari belakang.

Aisyah yang memang sekadar tidur ayam-ayam itu tersentak. Tangan Luth Zafran yang melingkari di pinggang di tolak kasar.

"ishh..apa ni? Lepaslah.. " marahnya namun Luth Zafran buat dengar tak dengar saja. Bibirnya mula menari-nari di bahu Aisyah.

"tepilah awakk.. " jerit Aisyah. Luth Zafran terkejut mendengar esakan kecil dari Aisyah. Terus di pusing tubuh kecil itu menghadapnya. Tercebik-cebik bibir Aisyah menahan tangisannya.

Luth Zafran tergelak kecil. Wajah Aisyah terlihat lebih comel di lihat di matanya. Di kucup lembut mata yang mengeluarkan air mata itu. Giliran mulut Aisyah yang tercebik pula di kucup sekilas. Aisyah merengek. Dada Luth Zafran di tolak. Air matanya di kesar kasar.

"alolo.. Kenapa comel sangat" pipi Aisyah di kucup sehingga berbunyi kegeraman.

"tepilah.. " Aisyah menepis wajah Luth Zafran. Semakin di tepis semakin galak Luth Zafran mengucup wajahnya. Tanpa dapat di tahan terletus juga tawa Aisyah akibat kegelian.

"dahlah.. " mengekek dia tertawa bagaikan orang yang bahagia. Lupa terus akan masalah yang berlaku di rumah tangga mereka. Luth Zafran tersenyum senang melihat Aisyah yang tertawa itu. Lama dia memerhati wajah itu sebelum tiba-tiba tawa Aisyah mati dek renungannya.

Aisyah terpinga-pinga. Pipinya sudah bertukar warna. Mulutnya yang tadi riuh menjerit ketawa terus hilang. Sedar akan keterlajurannya pantas dia menolak Luth Zafran.

"abang minta maaf sayang.. Please janganlah macam ni" pujuk Luth Zafran. Aisyah terdiam. Matanya hanya memandang dada Luth Zafran yang masih di tutup oleh baju. Tiada kekuatan mahu menatap panahan mata milik suaminya.

"tak boleh ke kita hidup bahagia macam suami isteri yang lain. Lama tau abang tunggu sayang. 3 tahun abang sabarkan diri tak jumpa sayang. 3 tahun sayang.. Bukan 3 minggu" luah Luth Zafran.

"sebelum ni kita hidup bahagia ke?" sinis Aisyah berkata. Luth Zafran mengeluh.

"abang tau tapi kita boleh cuba untuk hidup bahagiakan.. " ujarnya lembut. Melihat tiada balasan dari Aisyah terus dia merebahkan diri kembali. Namun pinggang Aisyah Masih di peluk kemas.

"dah tidurlah.. Sweet dream.. " cuping telinga Aisyah di kucup sekilas. Selimut di tubuh mereka di kemaskan. Aisyah pula hanya terdiam kaku dalam pelukan suaminya. Bukan maim selesa lagi apabila kepalanya beralaskan lengan Luth Zafran yang selama ini di rinduinya. Alas yang sangat empuk baginya.

Luth Zafran bangun secara mengejut sebelum menarik baju di tubuhnya. Kepala Aisyah di tarik semula supaya baring di atas lengannya. Kepala Aisyah di tarik sehingga hidung Aisyah melekat di dadanya.

"tidurlah.. " bisiknya perlahan. Bibirnya bertemu dengan dahi licin Aisyah. Tidak berganjak sedikit pun.

Dalam diam Aisyah tersenyum suka. Sudah lama dia idamkan pelukan hangat sebegini yang menghangat hari-hari malamnya.

Akhirnya dia tertidur juga dalam dakapam suaminya dengan bibir Luth Zafran yang masih di dahinya.


















Done bab 53 😎
Vote ye tuan-tuan dan puan-puan🐿



My PrincessWhere stories live. Discover now