Selesai saja membuang hajat dia tersu keluar dari kamar mandi. Bajunya di tukar sebelum turut keluar dari bilik itu.









🌹🌹🌹🌹🌹










Melihat saja Irish yang sedang elok duduk di dapur terus saja Aisyah menariknya ke taman mini milik mamanya. Terpinga-pinga Irish mengikut. Dengan kasar Aisyah menarik Irish sehingga irish terduduk di kerusi sebelahnya.

"kau kenapa?" soal Irish. Aisyah memandangnya tajam. Siap berpeluk tubuh lagi.

"kenapa tak bagitau aku?" ujarnya tiba-tiba. Irish mengaru keningnya. Otak cuba memahami pertanyaan Aisyah.

"apa?" sungguh dia langsung tidak tahu apa yang Aisyah tanyakan.

"kak su dengan Abang Luth tu tak jadi kawin kan? Kenapa?" soalnya. Terus Irish mengangguk kepala. Kini baru dia faham soalan Aisyah.

"ingatkan fasal apa je tadi" omelnya.

"ishh.. Cakaplah cepat" desak Aisyah.

"ishh.. Sabarlah.. " Irish menepis tangan Aisyah yang mengoyang-goyangkan bahunya. Naik pening kepalanya. Nafas di hembus perlahan.

"sebab kak su curang.. " ringkas dia berkata tapi cukup membuatkan Aisyah terlopong.

"masa tu aku dengan along singgah kat kedai kejap..tiba-tiba pula kami terserempak dengan kak su dengan lelaki lain. Lepas tu pakain dia bukan main seksi.. " cerita Irish. Sekali lagi Aisyah terkejut.

"masa tu terus along pun bawa putus tunang.. The end.. Macam tu jelah cerita dia.. " ujar Irish.

"kenapa kau tak bagitau aku awal-awal.. " rungut Aisyah. Irish tergelak sebelum mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

"kau nak tau tak? Malam tu juga Along minta nombor kau. Masa tu muka dia serabut gila..." beritahu Irish.

"habis tu kau bagilah.. "

"tak lah. Kau ni pun satulah. Kalau aku bagi mestilah dia ada call kau atau pun mesej kau.. Ada ke dia buat macam tu" Aisyah mengeleng kepala. Ada benarnya juga kata Irish itu.

"kan kau cakap jangan bagi nombor kau kat dia aku pun tak bagilah.. " kata Irish lagi. Aisyah mengumam kecil. Masih lagi dia ingat bagaimana bersusah payahnya dia mahu memujuk Irish supaya jangan memberi nombornya kepada Luth Zafran.

Irish menoleh sekilas ke arah Aisyah yanh menunduk ke bawah itu. Dia mengeluh seketika.

"kau marahkan along lagi ke?" tanya Irish perlahan. Aisyah tidak menjawab. Mengeleng pun tidak mengangguk pun tidak.

"kau tau tak macam mana hidup dia selama 3 tahun ni. Dia serabut sangat. Aku cabar dia supaya jangan ganggu kau selama 3 tahun. Dia buat. Dia tak pernah minta nombor kau dengan mama dengan papa. Dan dari sana aku tau dia betul-betul menyesal dan aku tau dia cintakan kau.. " lembut Irish berkata.

"kalau dia cintakan aku dia tak kan pilih Suraya dulu. Aku yakin kalau suraya tu tak curang mesti dia akan terima juga Suraya tu. Dia buat semua ni sebab rasa bersalah je tak lebih pun... " balas Aisyah penuh nada sebak.

"memang...tapi aku yakin sebelum adanya suraya tu balik sini dia dah jatuh cinta kat kau tapi bila suraya datang dia bingung. Dia tak tahu nak pilih yang mana satu."

"tapi dia still pilih Surayakan.. " ujar Aisyah.

"yes.. Memang tapi dalam masa yang sama dia sayangkan kau tapi dia ego. Dia tepis perasaan tu sehinggalah kau tak ada di sisi dia baru dia sedar betapa kau penting dalam hidup dia" terdiam Aisyah mendengar kata-kata Irish. Lidahnya kelu untuk membalas.

"manusia takkan pernah menghargai selagi dia tak merasai kehilangan.. " sampuk Datin intan yang entah muncul dari mana. Serentak Aisyah dan Irish menoleh.

"ada bagusnya juga Aisyah tinggalkan dia selama 3 tahun.. Bagi dia pengajaran sikit" omel Datin intan.

"kalau Aisyah tak boleh nak terima Luth balik pun tak apa.. Ibu faham. Padan muka Luth tu.. Biar dia rasa. Aisyah jual mahal lah sikit biar dia rasa sakit.. " pesan Datin intan menyokong Aisyah. Tergelak Aisyah jadinya.

"ibu dah nak balik ni" ujar Datin intan. Aisyah terus berdiri menyalam tangan tua itu sebelum memeluk pula tubuh mentuanya.

"nanti Aisyah free Aisyah datang lawat ibu" ujarnya. Datin Intan mengangguk.

"jom.. Rish.. " ajak Datin intan. Aisyah hanya mengikut langkah anak beranak itu dari belakang. Terlihat Daut dan Kadijah sudah bersalam-salaman dengan Luth Zaruddin.

Matanya sempat melirik ke arah Luth Zafran. Nampak gayanya seperti Luth Zafran akan tinggal di sini. Keluhan di lepaskan lagi. Fikirannya buntu.













Jangan lupa vote ✌

My PrincessWhere stories live. Discover now