"betul ni?" Afif tersenyum mengejek. Irish yang terasa tercabar itu mengangguk yakin.

"okey then.. Abang gie beli tiket kejap.. " ujar Afif sebelum berlalu ke arah kaunter untuk membeli tiket.

"kah asal setuju?" mara Aisyah setalah tubuh Afif sudah menjauhi.

"Ehmm.. Sorrylah.. " maaf Irish dengan wajah yang sengaja di memek-memekkan. Aisyah mengeluh perlahan.

"kau ni buat malu je lah.. " Irish tersengih seperti kerang busuk. Dah tau takut tapi nak juga tengo wayang hantu tu.

"alahh.. Tak apalah sekali sekala tengo wayang macam tu" pujuk Irish. Lengan aisyah di goyang-goyangkan.

"aku tak taulah kalau ada yang terkencing kat dalam nanti" perlinya.

"elehh..cakap kita. Dia tu dulu bukan main menjerit lagi.." sindir Irish mengingatkan kembali kisah merema dulu.

"dah readyy.. " sampuk Afif. Aisyah dan Irish mengangguk sebelum bersama-sama masuk ke dalam.

"mehh.. Rish tolong bawakan" ujar Irish mengambil popcorn yang berada  di tangan Afifi.

Tanpa sempat Afif menghalang Irisg sudah terlebih dahulu mengambilnya. Kepalanya tergeleng kecil melihat sikap selamba Irish sebelum tersenyum sendiri.












🌹🌹🌹🌹🌹








"sumpah ni kali terakhir aku tengo movie hantu.. " bebel Aisyah yang sedari tadi tidak berhenti. Irish tergelak.

"ahh.. Gelak-gelak.. Macamlah dia berani sangat.. " perli Aisyah tidak puas hati.

"betul tu.. Bukan main lagi erkk peluk lengan abang." usim Afif pula. Kali ini Irish pula termalu sendiri mengingatkan kelakuannya ketika di dalam tadi. Dia tersengih.

"isshh.. Tak malu betullah.. " Aisyah pula yang mempertawakan irish.

"dahlah.. " rengek Irish. Segan.

"yalah... Jom kita lunch" ajak Aisyah. Afif mengangguk setuju. Senyuman terukir di bibirnya melihat Irish yang bermain-main dengan tudung bawalnya. Tak lain tak bukan ni mesti kes malu lah ni.

"kenapa?" tanya seperti berbisik. Aisyah yang berada di hadapan mereka memudahkannya untuk bermanja dengan Irish. Irish berpaling sebelum mengeleng kecil. Baru saja dia mahu mengejarkan langkah Aisyah tapi tangannya di paut membuatkan langkahnya terhenti.

"kenapa? Temanlah abang kat sini.. " pujuk Afif lembut. Irish tersenyum kelat.

"abang.. Rish"

"abang gurau jalah.. " potong Afif sebelum melepaskan pegangan tangan Irish.

"abang tak marah pun rish nak peluk lengan abang... Nak kiss abang pun boleh. Abang tak kisah" bisiknya nakal. Serta merta wajah Irish berbahang. Laju saja dia berjalan ke depan meninggalkan Afif sendiri.

"jom.. Makan kat sini" ajak Irish. Terus di tarik lengan Aisyah menuju ke restoran yang di katakan tadi.

Sesampai saja di restoran itu mereka duduk ke tempat yang kosong.

"okey ke kita duduk kat sini?" tanya Afif. Irish dan Aisyah menganggum sebelum melabuhkam punggung di kerusi.

"Rishh.. Nak ke tandan jap" ujar Irish. Berlari anak dia menuju ke tandas. Afif mengeleng kecil melihat perangai kebudakan-budakan Irish.

"Aisyah tak sangkah pula abang boleh sangkut kat rish.. " ujar Aisyah memecahkan kesunyian. Afif tergelak kecil.

"ehmm.. Abang dah lama simpan perasan kat dia sejak Luth kenalkan rish dengan abang tapi tak ada kekuatan nak luahkan" ceritanya. Aisyah tersentak sedikit mendengar satu nama itu.

"hmm.. Habis ni macam mana pula boleh lovely couple?" usiknya.

"abang beranikan dirilah. Tu pun nasiblah Luth tolong abang pikat Irish tu" sekali lagi Aiysah tersentak. Dia tersenyum hambar. Afif yang menyedari itu terus mengetap bibir. Keningnya di garu.

"sorry.. Abang tak sengaja pun" katanya perlahan.

Aisyah hany diam menyepi. Entah kenapa bila nama itu saja di sebut hilang terus semangatnya. Bagaikan di sedut jembalang.

"dah.. Order ke?" sampuk Irish yang baru tiba itu. Dia menarik kerusi di sebelah Aisyah sebelum melabuhkan punggungnya di situ.

"belum lagi.. Tunggu Rish.. " jawab Afif. Irish mengangguk faham. Afif mengangkat tangannya memanggil pelayan. Tidak sampai seminit terpacak seorang lelaki di hadapan meja mereka.

"nak order apa?" tanya Afif sambil membelek-belek menu di tangan.

"chicken chop.. " order Irish.

"kau nak apa?" Irish menyiku lengan Aisyah.

"sama jugalah dengan kau.. " ujarnya malas.

"air?" tanya pelayan itu setelah mereka bertiga selesai mengorder makanan.

"jus manggo.. " jawab Irish. Pelayan itu mengangguk.

"ehmm... Nak sama jugalah.. " balas Aisyah tatkala semua mata memandangnya bagai menanti jawapan darinya.

Pelayan itu pun berlalu setelah mengambil pesanan mereka. Riuh mulut Irish bercerita. Afif pula melayankan saja. Aisyah sedari senyap. Fikirannya melayang entah ke mana.


.

.

















Sorry lambat update 😅
Tak ada idea lagi.. 🤣
Jangan lupa tekan vote 🌟

My PrincessDove le storie prendono vita. Scoprilo ora