Bab 16

440 69 4
                                    

Otak masih berfikir. Hati masih tidak tenang. Diri masih mundar-mandir di depan pintu rumah. Dia tahu, memang Luqman tidak suka dia merendahkan diri sendiri tapi kalau keluarga Luqman tidak menerima mereka?

Perumahan di kawasan hutan. Rumah tidak lah buruk sangat cuma low class. Ayah dia sakit, Khairul sibuk dengan kerja dia.

   "Ish, macam mana ni? Nak ke family Luqman masuk ke rumah aku ni?" Dia masih ragu-ragu untuk menerima keputusan yang dia buat dan Luqman.

Bersediakah dia hidup dengan Luqman sampai selamanya? Dapatkah dia menjadi isteri terbaik? Semua itu masih berada di dalam kepala otak dia.

   "Ya Allah, Khairul lapar. Khairul nak makan nasi, tapi kaklong tak masak lagi. Macam mana dengan ayah nanti?"

Suara yang menyindir Shaza kedengaran di ruang tamu itu. Terus saja Shaza menoleh ke arah Khairul seperti kenit kelaparan.

   "Kesiannya awak, Khairul. Awak lapar kan? Nak saya bagi penampar tak, bagi awak kenyang. Nak?" Kalau Khairul main sindir, dia juga tidak mahu mengaku kalah.

Dasar adik-beradik fake kenit.

Khairul terus mendekati Shaza yang sambil tersengih seperti kerang busuk. Rasa menyampah melihat Shaza tersengih seperti itu.

   "Tak masak ke? Ayah dah makan? Khai bukannya apa, kalau boleh Khai nak beli makanan," kata Khairul.

  "Ayah dah makan. Masak sikit je tadi untuk ayah tapi kalau Khai nak beli, belilah untuk Khai sorang je," jawab Shaza.

Fikirannya masih kekal dengan Luqman. Dia berasa tidak tenteram. Takut, marah, gembira, risau, semua ada masuk ke dalam perasaan dia.

   "Kak tak nak ke?" tanya Khairul.

Bila masa dia tengok Shaza makan? Adakah Shaza makan diam-diam di dalam tandas? Oh sungguh menyakitkan hati. Kenapa Shaza makan dalam tandas tak ajak dia sekali?

   "Takpe, beli sorang je. Cepat sikit pergi, jangan balik lewat." Itu saja yang Shaza dapat nasihat kepada Khairul.

Masalah dia belum selesai. Siapa yang nak selesaikan masalah dia dan Luqman selain dua sendiri? Adakah Doraemon datang untuk memberikan barang yang ajaib? Masa depan?

Eottoke? Dia kena tahu juga apa yang berlaku nanti. Puan Khaira sungguh menggerunkan, tambah pula dengan Encik Hayyan.

Bala , bala. Belum jumpa lagi dengan Ariq Frandy Louise. Si bala , haih. Bala-bala pun tetap hensem. Ni tak, bala pun belum muncul tapi tanda-tandanya sudah muncul.

   "Apakah yang berlaku? Adakah aku perlu membatalkan perkara ini?" soal Shaza.

Pertanyaan ditanya kepada diri sendiri seakan-akan dia mempunyai penyakit dissociative identity disorder seperti Luqman.
  
   "Berlaku apa? Ada masalah ke? Cuba lah cerita, mana tahu Khairul hensem ni boleh bantu." Lah, masih belum pergi lagi budak ni.

Shaza menjeling tajam.

"Tiada apa-apa lah! Pergi lah beli makanan." Jangan menambahkan runsing boleh tak? Otak ni tak cukup besar menerima masalah baru.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now