シ︎

Mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Hatinya sedang merasakan sesuatu yang tidak selasa.

  "Jantung dan hati, engkau buatkan lah diriku masuk ke dalam hati dia... sesungguhnya-"

PAK!

Bahu Khairul terhenjut apabila badan belakangnya terkena bantal yang baru saja dibaling oleh kakak terlahanat.

   "Kau kenapa, bebal? Baca mentera apa tu? Pahala kau banyak sangat ke sampaikan baca mentera macam bomoh?" Itu saja yang dapat keluar dari mulut Shaza.

Mahu saja dia memaki dan mencarut tapi bila saja dia teringat yang dia akan menjadi isteri Luqman, terus saja batalkan niat.

Haih, baru tadi dapat berita gembira dari Luqman.

Flashback

"Serius? Awak merepek apa ni?"

Tidak faham dengan apa yang Luqman katakan. Hati dia terus saja berasa gembira, sedih, risau ataupun senang kata, perasaan bercampur-baur.

   "Yes, my happiness ! Saya dah bincang dengan family saya dengan menceritakan tentang semua ni so finally diorang setuju juga. Awak boleh belajar mencintai saya sekarang!"

Wah ewah. Sedap saja dia berkata begitu kepada Shaza. Belajar mencintai? Ingat senang ke apa?

   "Ish awak ni, terasa gelojoh sangat. Lagipun saya baru kenal awal seminggu so macam tetiba, tak logik dan so sus..."

Luqman berdecit. "Kan saya dah kata, saya kenal awak 7 tahun lepas, awak je yang tak ingat. Pasal kerja tu juga saya kenal awak start dari baca nama awak then terus terima awak kerja tanpa bantahan sebab saya kenal awak!"

Otak Shaza masih belum berfungsi untuk memikirkan tentang 7 tahun lepas. Sejak bila Luqman kenal dia? Sejak bila dia mengenali Luqman? Semuanya macam manipulasi.

   "Haih awak ni. Ye ye jelah tapi bila ya? Lagipun saya ni orang miskin je. Kenapa awak boleh terima?"

Masih lagi Shaza mengungkit tentang kehidupannya yang miskin itu. Luqman tidak suka Shaza merendahkan kehidupan dia sendiri.

   "Hei..saya kata apa? Jangan sebut pasal benda camtu lagi. Awak berhak hidup bahagia, saya yang akan menyara awak dan awak jangan risau. Anything for you because you're my everything and always my happiness."

Nak tampar ke nak terharu ni? Dah rasa down dan insecure yang datang sendiri, macam mana nak elak? Terharu ke tampar? Tapi tampar lebih baik kan?

Eh tak jadi. Takut kalau Luqman semakin mencintainya. Bangga sebab dipilih menjadi bidadari dihati Luqman.

   "Iya my baby boy.. anything for your happiness, right? Anything for me, anything for you princess, for you soul, for you amour and saya juga sangat appreciate apa yang awak lakukan untuk saya," kata Shaza.

Shaza juga mahu menggunakan ayat manis. Asyik Luqman saja. Dia pun nak juga. Ingat orang perempuan ni tak tahu guna ayat manis ke?

  "Thank you."

End Flashback

Luqman senang apabila mendengar ayat terima kasih dari Shaza walaupun ringkas tapi bermakna baginya seolah-olah dia sudah membuat dengan cukup baik.

Kalau Shaza juga gembira, dia juga akan gembira. Tak lama lagi mereka akan diijabkabulkan tanpa bantahan dari sesiapa tapi adakah itu benar?

  "Woi!"

Terhenti lamunan Shaza apabila Khairul menjerkahnya dengan nyaring sekali. Mungkin ayahnya bertambah sakit apabila mendengar jerkahan itu.

  "Apa?" tanya Shaza.

Hilang semua apa yang berlaku kepada Khairul dan dia tadi. Tentang apa? Tentang mentera kan? Eh bomoh kan?

   "Apahal? Apa kes ni? Dah gila sejak baca mentera ke?" Ayat sindiran dari Shaza diberikan kepada Khairul, tidak dapat Khairul memahami.

  "Sejak bila Khai baca mentera?" cukup polos namun cukup bodoh. Ya, Khairul bodoh.

Shaza hanya mendiamkan diri. Rasa kasihan terhadap Khairul semakin meningkat. Khairul sungguh bijak tapi memang dia bijak sampaikan orang menyindirnya juga, dia tidak dapat mengesan.

   "Nothing.."


My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now