"Awak jangan cakap yang awak pun nak beli untuk diri sendiri" Auliya pandang muka Fayadh yang sudah pun tersengih.

"Saya pun nak lah. Takkan ayah je dapat baru" jawab Fayadh.

Auliya menarik tangan Fayadh. Dia ingin melihat tanda harga pada jam tersebut.

Hampir sahaja dia menangis apabila melihat harga jam tersebut. Mahalnya!!!

Takutlah tengok Fayadh kalau tengah shopping. Tag harga tak tengok langsung. Memang dari dulu lagi. Kalau beli apa-apa memang dia tak tengok harga. Memang dia tak kisah pun. Yang dia tau bayar. Tu je lah.

"Awak, pilih yang lain lah. Yang awak punya ni je dah 45 ribu. Tambah dengan yang ayah punya lagi dah berapa nak kena bayar ni" kata Auliya.

"Sikit je la ni. Sekali-sekala beli takpe" jawab Fayadh.

"Awak janganlah macam ni" haih risau betul Auliya. Harga dua utas jam ni je dah boleh beli sebiji Axia.

"Boleh kan kan kan. Saya dah in love tau dengan jam ni. Kesianlah kat kitorang kalau terpisah" Fayadh mengusap-ngusap jam yang ada di  tangannya.

Bahunya dipukul lembut oleh Auliya. Ada-ada je perangai.

"Beli je lah. Duit awak, bukannya duit saya" kata Auliya.

Selesai membuat pembayaran mereka berdua keluar.

"So untuk adik awak saya nak belikan dia...emm..haa saya tau" Fayadh sekali lagi tarik tangan isterinya. Auliya hanya ikut saya. Sekarang dia tau yang Fayadh lagi teruk shopping dari perempuan.

Nasib baiklah anak Datin Fatia ni lelaki. Kalau perempuan lagi teruk agaknya.

Mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang ada logo apple kena gigit separuh.

Ha sudah apa pula yang si Fayadh ni nak belikan untuk adik dia tu.

"Nak buat apa masuk sini?" Tanya Auliya.

"Nak belikan hadiah untuk Afiq, adik awak tu lah. Budak-budak sekarang semua tengah tergila-gilakan iphone ni. So apa salahnya kita bagi dia sebiji" Sebuah Iphone 12 di pegang oleh Fayadh. Dia membelek di bahagian belakang dan depan.

"Ehh takde-takde. Afiq tengah sekolah. Biar dia guna handphone kentang dia tu dulu. Nanti dia tak fokus dalam pelajaran. Lagi pun kalau dia balik asrama handphone tinggal kat rumah jugak" kata Auliya. Dia tak nak adik dia tu jadi malas nak ulang kaji kalau balik dari asrama nanti. Buatnya mata asyik memandang je screen handphone habis lah buku dia lupakan. Kenal sangat dengan adik dia tu.

"Awak ni kejam tau tak. Kalau saya jadi adik awak tak tau lah macam mana" kata Fayadh.

"Eleh. Saya ni kakak yang baik tau. Nanti lepas dia habis SPM lagi 4 bulan saya belikan lah dia phone baru" kata Auliya.

"Habis nak belikan dia apa ni" Fayadh melilau melihat di sekeliling.

"Haa saya tau" sambung Fayadh.

Haa sudah apa lagi lah idea dia ni.

Auliya ikut sahaja kemana yang Fayadh pergi.

*****

Mereka berdua keluar dari tempat itu.
Sebuah beg kertas yang berisi apple watch di pegang oleh Fayadh.

Sudah berbuih mulut Auliya memberitahu kepada suaminya agar tidak membeli memberi smart watch itu kepada adiknya.

Tetapi Fayadh tetap berdegil. Kalau Auliya dia belikan je baju kemeja untuk   Si Afiq tu. Itu pun akan membuatkan adiknya gembira.

Fayadh ni je yang over.

Sudahnya, ayah dapat jam, Afiq pun dapat jam. Haih.

"Awak, bukannya Afiq boleh download mobile legend pun kat dalam smart watch ni" kata Fayadh yang melihat muka isterinya muram sebaik sahaja mereka keluar dari apple store tadi.

"Tau lah. Tapi mahal sangatlah awak beli untuk dia. Kalau Afiq hilangkan macam mana? Dia tu dah lah duduk asrama" jawab Auliya.

"Ala dia takkan hilangkan punya. Dia dah besar dah pun tau nak jaga barang-barang dia" kata Fayadh.

"Eh hello...Afiq baru je call saya semalam cakap baldi dengan gayung dia hilang. Awak rasa?" Fayadh ketawa mendengar.

"Seriuslah kena hilang? Kelakarlah adik awak ni. Tak sabar saya nak bawa bersembang nanti. Dulu masa kita kahwin saya tak sempat sembang dengan dia" kata Fayadh.

"Heish awak ni kan" malas dia nak layan Fayadh ni.

"Awak nak tau tak" Fayadh bersuara setelah beberapa minit mereka diam.

Mereka berdua duduk di sebuah kerusi di tepi dinding pusat membeli belah itu. Penat pula nak berjalan.

Auliya melihat muka suaminya.

"Tau apa?" Tanya Auliya.

"Dulukan saya nak sangat tau ada adik. Boleh bawa main, lari-lari. Mesti best" kata Fayadh.

"Dulu mama pernah keguguran masa kandungan 4 bulan. Kalau tak mesti adik saya tu dah sebaya dengan Afiq sekarang" Fayadh senyum nipis. Teringat betapa happynya dia bila dapat tahu dia akan ada adik. Tapi tu lah Allah lebih sayangkan adik dia tu. Tak sempat pun dia nak jumpa. Mesti sekarang arwah Papa dia dah dapat jumpa dengan adik kat syurga tu kan?


"Ala janganlah sedih" kata Auliya apabila melihat muka Fayadh mula sedih. Dah lah tengah-tengah mall ni. Kalau orang nampak nanti salah faham pula.

"Nanti awak main je lah dengan adik saya tu. Perangai dia pun gila-gila. Nanti saya suruh dia bawa awak main selut kat longkang tepi rumah tu haa" Auliya cuba melawak.

Fayadh tergelak mendengar kata-kata Auliya.

"Awak ni. Mana lah Afiq tu nak main selut. Nak SPM dah pun" jawab Fayadh.

"Tau, saya saja je melawak dengan awak. Nak tengok awak senyum" kata Auliya.

"Eh tapikan. Macam best je main selut"

Auliya menepuk dahinya. Ada hati jugak dia nak main lumpur tu. Fayadh oh Fayadh.

.
.
.
.
.
.
.









Love You Mr Hot (Completed✔)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin