Diana mencari kelibat Adrian, Malique, Juli dan Jasmin. Juli hanya disaman dia masih boleh pergi ke sekolah. Diana sudah nampak, dia kelam kabut berlari untuk buka ikatan tali di tangan Adrian. Diana berdiri betul-betul dihadapan mereka sebelum dia mencangkuk. 

    "Kau buat apa kat sini, Eryna? Nak jadi hero?" Soal Malique sinis. Tangan Diana laju cuba membuka ikatan tali di tangan Adrian.

    "Blah la wey, Eryna! Sampai hati kau saman Juli sebab Juli suka Aaron." Cakap Malique. Diana yang tadi fokus dengan ikatan itu berubah. Dia pandang Malique pula.

    "Apa maksud kau?"

    "Aku tahu la kau rapat dengan kerabat diraja atasan tapi kau bukannya sebahagian daripada mereka. Kau pujuk Princess Diana kan supaya saman Juli. Aku tahu la kau suka Aaron tapi apa  hak kau untuk tidak benarkan hati orang lain suka kat orang yang kau suka. Perempuan yang tidak kenal erti malu. SIAL!"Jerit Malique. Diana kembali fokus membuka ikatan tali di tangan Adrian, akhirnya berjaya. 

    "Terima kasih." Diana buka pula di tangan Jasmin manakala Adrian buka di tangan Malique. Diana sudah faham bagaimana orang jahat itu ikat tali itu jadi agak mudah dia buka ikatan tali itu. Dia pergi pula kat Juli, Juli pandangnya dengan wajah yang bangga.

    "Sedih, bila orang tu tak sedar pangkat dia macam ni la jadinya. Memalukan. Kalau dah princess of Blue State, tak perlu la berlakon macam princess of Alfa Kingdom." Ujar Juli sinis. Diana hanya tersenyum, dia sudah berjaya buka ikatan tali di tangan Juli pula. Kemudian, dia berdiri untuk beredr dari situ. Dia perlu cari cikgu Marcus. Diana langsung tidak menjawabkan tuduhan yang bagi dia memang kelakar. Mereka yang tidak sedar diri. Nampak sangat mereka masih lagi memandang rendah terhadap Blue State. Diana memerhati setiap sudut ruang dalam dewan itu.

    "AHHH SAKIT LA GILA!" 

    Diana pusing ke belakang, dia terkejut bila melihat tangan Aaron diikat dan mukanya penuh dengan darah. Mungkin kerana mereka baharu sahaja lepas menumbuk. 

    "KAU BOLEH DIAM TAK!" Jerit lelaki itu. Dia kemudian pusing ke hadapan dan mendapati Diana sedang menatap wajah lelaki itu. Selama ini orang yang dia nak rapat ialah orang yang nak bunuh dia. "Ehh, hero dah sampai. Hero? Sekejap. Kau perempuan jadi, Heroin la kan?" Cikgu Marcus sepak Aaron ke hadapan dan Aaron jatuh betul-betul di hadapan Diana. Belum sempat Diana ingin menolong Aaron, Leo sudah sampai sebagai penyelamat.

    "What is going on, Leo? I told you, jangan berpisah." Marah Diana. 

    "Ada sesuatu yang berlaku." Lewis tolong Aaron untuk bangun dan mereka cepat-cepat pergi dari situ tapi tidak bagi Diana. Diana hanya memerhati cikgu Marcus yang tenang sambil bibir dibetukkan senyuman. Diana suka dengan ketenangan itu. Sebelum cikgu Marcus mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu. Diana malas nak bergaduh di hadapan khayalak ramai lagi-lagi pelajar asrama itu. Diana tutup matanya memikirkan segala kemungkinan.

    "TUANKU!" Tercelik mata Diana bila mendengar suara itu. Itu kan suara Princess Eryna.

    "Kalau yang ni Princess Eryna, so yang tu siapa?! HAHAHA. Ohh, sekejap aku dah ingat yang tu bukan ke Princess Diana of Alfa Kingdom." Tutur Cikgu Marcus. Diana sudah agak dia akan membongkarkan rahsia teragung Diana itu. Diana terdengar ramai yang menutup mulut mereka kerana terkejut, siapa sahaja yang tidak terkejut bila dapat tahu kawan yang kau hina kerana darjat sebenarnya lebih tinggi pangkatnya dari mereka. Malique dan Juli sudah pandang sesama sendiri. Mereka sudah banyak kali memperlekehkan Diana. Adrian tidak berhenti dari pandang Diana yang berada beberapa meter daripadanya. 

    Diana tersenyum mendengarnya dan mengeluh, kelakar pula melihat melihat seseorang yang cuba jatuhkan kau tapi tahu caranya. 

    "Kau nak apa sebenarnya, Marcus?" Soal Diana. Rambut Princess Eryna dicengkam kuat oleh cikgu Marcus. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now