"Ha arh, tulah." Balas Syiryo tertawa kecil.

Kazuke dan Ace tidak mengendahkan pelajar lain dan hanya terus berjalan.

***

Tiba di perbatasan desa Kiyomizu...

"Kau ingat jalan balik dari sini?" Tanya kazuke.

Ace mengangguk.

"Kau berani jalan sendiri?" Tanya Kazuke lagi.

Ace mengangguk lagi.

"Kalau macam tu, aku hantar sampai sini je." Ujarnya.

Ace hanya mengangguk dan Kazuke pun berpatah balik untuk pulang ke desa nya sendiri.

Ace memerhati Kazuke seketika kemudian meneruskan perjalanan nya untuk pulang.

Dalam perjalanan, Ace bertemu dengan Kagura.

"Aku baru mahu menjmput mu.
Sai mana?" Kata Kagura.

"Ace tak tahu." Jawab nya perlahan.

"Jadi. kamu jalan sendiri? Bukankah kamu masih tidak ingat jalan." Kata Kagura.

"Orang hantar." Jawab Ace.

"Orang? Siapa? Dari Klan mana?"  Tanya Kagura bertubi tubi.

"Nakano Kazuke." Jawab Ace perlahan.

"Ohh Kazuke.."

Ace hanya mengangguk angguk.

"Ohh baguslah kalau begitu, mari kita pulang." Ujar kagura.

Ace pun berangkat pulang bersama Kagura.

***

Setelah beberapa hari kemudian.

Seperti biasa, Kazuke berdiri di luar gerbang academy menunggu seseorang.

Beberapa minit kemudian..seseorang yang di tunggu nya pun akhirnya tiba.

"Apesal kau lambat sangat." Kata Kazuke kepada Ace.

Ace memandang Kazuke kehairanan kerana dia tidak pernah meminta Kazuke menunggu nya.

"Tengok depan. Jangan tengok aku." Kata Kazuke.

Ace pun mengangguk faham dan berjalan beriringan dengan Kazuke sehingga ke kelas.

Raizo, Shiro dan Asyura masih merasa hairan melihat Kazuke dan Ace yang tiba bersama kebelakangan ini.

Sai pula tidak mengendahkan mereka dan hanya duduk di kerusi nya sendirian.

Tok tok tok..
Rin mengetuk pintu.

"Ohayou..  Izuka Sensei masih belum datang hari ni, jadi macam biasa korang boleh latihan sendiri kalau nak." Kata Rin.

"Tak datang lagi?" Kata Shiro.

"Ha arh, Izuka Sensei dengan team dia masih belum pulang dari misi lagi." Kata Rin.

"Maksud kau.. semua team 3 pergi misi ke? Jadi kelas korang pun takde yang ajar?" Tanya Asyura.

"Korang tak tahu ke pasal tu?" Kata Rin.

"Tak.. sebab Izuka Sensei terus pergi macam tu je lepas dapat misi." Jawab Shiro.

"Ouhh patut lah..
Ohayou Ace.." sapa Rin apabila sedar Ace ada di kelas itu.

Ace hanya diam memandang Rin.

"Kau kenal Ace?" Tanya Raizo.

"Ha arh.. haritu aku terserempak dengan dia kat kelas ni sorang sorang." Jawab Rin.

"Ohh.. patut lah."

"Dah lah.. aku pergi dulu." Kata Rin kemudian melambai Ace dan melangkah pergi.

Beberapa minit kemudian, Ace juga keluar dari ruangan itu. 

"Nak pergi mana pula budak ni." Gumam Kazuke di dalam hati.

***

Seperti biasa.. Ace pergi ke perpustakaan untuk membaca buku dan terserempak lagi dengan Mirae.

"Ohayou Ace.." sapa Mirae tersenyum.

Ace hanya menunduk membalas sapaan Mirae.

"Ace nak baca buku?" Tanya mirae.

Ace mengangguk untuk menjawab pertanyaan Mirae.

"Oh.. Mirae pun sama, kalau ada apa apa panggil je Mirae tau." Ujar nya

Ace mengangguk lagi.

Dia mencari beberapa buah buku dan membawa nya ke kawasan membaca dalam perpustakaan itu.

***

Shiro, Raizo, Asyura dan Sai sedang berlatih di gelanggang. Sai mengasingkan diri nya sendiri dan berlatih sendirian.

Manakala Kazuke pula hanya tidur di kelas.

"Sai okay ke tu?" Asyura tertanya tanya.

"Entah lah, aku tahu dia salah tapi aku boleh faham perasaan dia." Kata Shiro.

"Hm betul.. tapi biar jelah dia dulu, nanti okay la tu." Kata Raizo.

"Betul betul betul.." sokong Asyura.

"Tapi aku risau lah dengan Ace. Dia kan takde orang lain selain Sai kat academy ni." Kata Shiro

"Aku pun fikir benda yang sama, kan sebelum ni dia tu ikut apa yang Sai cakap je." Kata Raizo pula.

"Kalau pasal tu korang jangan risau.. aku dengar dari gadis gadis kat academy ni yang Kazuke selalu ada dengan Ace kebelakangan ni." Kata Asyura.

"Jadi, Kazuke betul betul jaga Ace macam apa yang dia cakap kat Sai haritu?" Tanya Shiro.

"Iyaa.. aku pun tak sangka dia buat apa yang dia cakap. " kata Asyura.

"Hmm.. bagus lah kalau macam tu kan,  tak payah lah kita nak risau sangat." Kata Raizo.

"Betul, betul, tapi Kazuke suka Ace ke?" Ujar Asyura lagi.

"Herm entah lah, macam iya tapi macam mustahil juga." Balas Shiro.

Mereka berbual seketika kemudian meneruskan latihan semula seperti biasa.

***

Waktu berlalu begitu pantas.. Ace bahkan tidak menyedari bunyi loceng menandakan waktu pulang sudah berbunyi.

"Balik." Kata Kazuke yang tiba tiba ada di belakang Ace.

Ace memandang Kazuke kemudian mengangguk. Dia berdiri dan mengembalikan semua buku yang telah dibaca nya.

"Kau baca semua ni?" Tanya Kazuke dengan wajah hairan nya.

Ace hanya mengangguk.

"Patut lah dari pagi tak balik kelas." Gumam nya sendiri.

Setelah selesai mengembalikan buku, mereka kemudian berjalan bersama untuk pulang.

Rumor tentang mereka berdua sudah mulai reda dan tiada lagi pelajar yang merasa pelik dan hairan melihat mereka bersama.

Kazuke menghantar Ace sehingga ke perbatasan desa Klan Kiyomizu dan berpatah balik semula untuk pulang ke rumah nya.

Ace kemudian meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Apabila tiba di rumah, Kagura sudah menunggu nya di luar rumah.

"Ace, Sai masih tidak menghantar mu pulang lagi?", Tanya Kagura.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Kamu belum berbaik dengan dia."

Ace mengangguk.

"Hmm iya lah, Aku harap kamu dapat selesaikan masalah kamu berdua nanti." Kata Kagura.

Ace hanya mengangguk kemudian masuk ke rumah dan menuju ke kamar nya.

To be continue
Jangan lupa Vote thank you.









𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now