Teaser 23

113 5 0
                                    


“Kenapa kau hantar ular plastik tu dekat rumah aku? Apa niat kau lagi? Kau tahu Sarah takut ular, jadi kau nak buli dia lagi? Kau tak puas hati lagi?”

“Raf! Itu cuma pengajaran untuk Sarah. Padanlah muka dia rampas kau dari aku.” Baizura melipat lengan di dada. 

“Kau cakap apa ni? Jangan mengarut boleh tak?”

“Betullah. Itu yang patut dia dapat. Pompuan tak guna!”

“Diam kau Zura. Jangan kau berani lagi cakap Sarah macam tu!” Kemarahan Asyraf semakin memuncak. 

“Apasal tak boleh? Dia memang macam tu kan? Memang tak guna pun,” cebik Baizura dengan nada mengejek. 

“Zura!” Tangan Asyraf naik ke udara hampir menampar Baizura. Sakit hatinya bukan kepalang. 

“Tamparlah. Tak berani kan? Aku tahu sebab kau memang sayang aku kan Raf?” Sengih Baizura dengan yakin. 

“Kau jangan cabar aku lagi Zura. Aku dah bagi amaran pada kau,  jangan buli Sarah lagi. Kau ingat tu Zura.”

“Aku ingat, tapi aku peduli apa? Aku nak buli dia sampai dia takut dengar nama aku. Biar dia tahu rasa, dengan siapa dia berdepan. Ini Zuralah!” Bongkak Baizura mendabik dada.

Tanpa diduga, Asyraf yang sudah hilang sabar menolak Baizura hingga ke dinding bangunan. Leher gadis itu dicekik Asyraf dengan kuat. Terbatuk-batuk Baizura menahan rasa sesak nafasnya. 

“Le... lepaskan uhuk! Raf!” Tangan Baizura meronta-ronta menumbuk dada Asyraf. Sesekali tangannya menarik tangan sasa Asyraf yang masih melekat di lehernya. 

“Jangan kau berani kacau Sarah lagi!” ugut Asyraf. 

Baizura masih meronta-ronta minta dilepaskan namun tanpa diduga kelibat Sarah muncul di situ bersama JD, Tania dan Nana. Baizura tersenyum licik. Dengan pantas tangannya yang meronta-ronta tadi memeluk pinggang Asyraf seraya tersengih kepada Sarah. 

Terkedu Asyraf di situ apa lagi Sarah dan JD. Namun Tania dan Nana bertepuk tangan tanda gembira. 

“Hoi lepaslah, bodoh!” jerit Asyraf seraya melepaskan tangan di leher Baizura dan menolak tubuh gadis itu sedikit kuat.

Pantas Asyraf berpaling ke belakang. Sarah yang terkedu di situ memandang Asyraf dengan riak wajah yang kecewa. 

“Sayang? Sayang buat apa dekat sini?”

“Raf sinilah. Kita belum habis lagi kan? Aku belum puas tadi,” rengek Baizura sambil menunjal dada Asyraf dengan niat menyakiti hati Sarah. 

arenayidin01 Ogos 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
01 Ogos 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now