Teaser 14

94 3 0
                                    


“Raf jaga adik Bang Wan baik-baik ya. Sarah tu takde bagitahu Bang Wan yang dia selalu kena buli dekat tempat kerja. Yang Bang Wan dapat tahu pun bila kekadang Bang Wan jumpa Sarah dekat kilang dan buat soal siasat. Sarah tu suka berahsia Raf. Suka pendam. Bang Wan haraf Raf boleh tahan dengan perangai degil dia.”

“InsyaAllah Bang Wan. Bang Wan doakan Raf ya. Raf sayang Sarah,  Bang Wan. Dah lama Raf ajak dia kahwin. Raf nak jaga dan lindungi dia. Tapi Sarah tu susah sangat bila Raf nak dekat dengan dia.. Lepas kejadian rompakan tu, Sarah rapat sikit dengan Raf.” Asyraf pula membalas.

“Hmm... tulah Sarah, Raf. Dari dulu macam tu. Dia cuma rapat dengan Kai dan Nan, kawan Bang Wan. Kalau dengan mereka berdua tu memang kami rapat sangat. Nanti Raf jangan cemburu pulak dengan diorang ya. Kai dengan Nan tu dah macam abang Sarah juga. Kalau Raf berani kecewakan Sarah, Raf kena berhadapan dengan tiga abang Sarah tau. Sanggup ke? Nan ada tali pinggang hitam tau. Kai pulak juara silat. Bang Wan bolehlah kalau setakat nak jadi macam ahli gusti dalam tv tu.”

Asyraf telan liur. Belakang tengkuknya diraba. Seram pula rasanya. Matilah dia kalau tersilap langkah nanti. Apa pun, demi sayangnya pada Sarah,dia akan berusaha untuk menjaga dan melindungi Sarah. Itu juga yang selalu dia buat selama ini walau tanpa atau disedari Sarah sendiri.

“Err... insyaAllah Bang Wan. Raf ingat.”

arenayidin23 Julai 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
23 Julai 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now