Teaser 5

208 8 0
                                    


Baizura tayang senyum. Bunga ros diambil semula dari atas katilnya seraya dicium lama sambil terpejam matanya. Satu kad yang terselit di situ diambil. 

‘Tiga kuntum bunga sebagai tanda tiga rasa yang ada dalam hatiku. Dari ~ Secret admire. JDJ’

Baizura pandang Feeza dengan wajah pelik. “JDJ tu apa?”

“Mungkin…” Feeza letak jari di bawah dagu. “Mungkin nama dia? Jamaludin Jamil? Mamat tu orang panggil JD kan? So sweetlah!”

“Arrrrgh! Kau biar betul ni?”

Baizura bersorak riang. Gembira hatinya walaupun permulaannya sedikit kecewa kerana dia tahu itu bukan dari Asyraf. Buat masa ini, dapat bunga dari JD pun okeylah. Bukan dia nak tuan dia pun! Nak bunga dan hadiah je. 

“Hadiah tu? Bukalah. Tak sabar ni.” Feeza semakin teruja. Melebihi rasa yang Baizura ada. 

Baizura raih kotak berbalut bentuk hati berwarna merah itu pula. Digoncang sedikit.

“Zura jangan goncang. Kalau tu kaca ke, tak pasal pecah,” larang Feeza pula. 

“Okey, aku buka ya. Eh, tunggu kejap. Kalau katak macam mana?” Baizura tiba-tiba cuak pula. 

“Kau ingat cerita Ali Setan? Merepek je. Kalau ada katak, takdenya dapat bunga ni sekali, Zura. Kut ya pun nervous, tak payah sampai nak merepek sampai macam tu sekali,” seloroh Feeza lagi. 

“Ya tak ya jugak kan? Aku bukalah. Paling-paling coklat.” Sengih Zura. 

”Mak! Opocot engkau. Feeza!” Terpelanting hadiah yang baru dibuka Baizura dan Feeza. 

Kedua figura itu saling berpelukan sambil menutup hidung. Aroma yang kurang menyenangkan menusuk hidung mereka. Loya rasanya seakan mahu muntah. 

Semangkuk nasi basi beserta seekor ular plastik berwarna hitam ada di dalam kotak itu. Sama seperti yang diterima Sarah tempoh hari. Kini objek itu dikembalikan kepada Baizura semula. 

Terbatuk-batuk Baizura sambil menjerit kerana cadar katilnya sudah kotor. Baunya pula buat dia mahu muntah. 

“Setan betul! Siapa yang buat ni? Mesti Raf? Raf, tak guna kau Raf!” Baizura menjerit geram. Feeza di sebelah melopong tidak percaya. 

Satu kad berwarna kuning di dalam kotak itu yang sudah jatuh di atas tilam pula diambil Feeza. 

‘JDJ - Jahat dibalas jahat.’

“Oh my god!”

Feeza tepuk dahi sambil geleng kepala.

#gadiskumisslatah
#arenayidin
#penerbitanaha

#gadiskumisslatah#arenayidin#penerbitanaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
20 April 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now