Teaser 19

105 2 0
                                    

“Aku rasa kau patut lupakan Raf tu. Biar je dia dengan Sarah. Alah... paling koman pun, dua tahun, cerai. Takkan kekal punya.” Nana membuat andaian berhasil membulatkan mata Baizura.

“What? Apa kau cakap? Lupakan? Memang taklah! Si Sarah tu yang patut lupakan Raf. Bukan aku. Herh!” Baizura tepuk kotak di hadapannya. Geram pula dia dengan kata-kata Nana sebentar tadi.

“Look, Zura. Sekarang ni Raf dengan Sarah tengah bahagia berbulan madu. Kau dekat sini gigit jari duduk mengenang dia. Apa yang kau dapat? Come on la Zura. Tak payahlah macam ni. Jom, pergi kantin,” pujuk Tania pula.

“Kau jangan nak ingatkan aku boleh tak? Aku tahulah Raf tengah seronok berkepit dengan pompuan tiga suku tu. Sebab tu dah seminggu pun belum masuk kerja kan? Ada aku kisah ke?” Baizura mula naik angin.

“Eleh, cakap tak serupa bikin. Tak kisah konon. Habis tu, bermenung apa pun tak buat tu apa benda?” Nana pula menambah rasa jengkel Baizura. Dipandang temannya itu dengan tatapan berapi.

“Jangan cari pasal dengan aku boleh tak? Aku tengah sakit hati ni dok ingat je diorang tu tengah berkepit. Kononnya tengah bahagia sangat. Kau pulak nak bagi aku marah je. Kang tak pepasal kau yang aku cekik nanti. Sudahlah. Pergi sana. Jangan kacau aku!” teriak Baizura dengan lantang.

 Jangan kacau aku!” teriak Baizura dengan lantang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
28 Julai 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now