"Ha arh... Kamu berlima kan dah ada jurus masing masing. Ace jer belum ada lagi."

"Dia dah ada jurus pedang." Ujar Sai.

"Eh.. ada yang ajar dia ke?"

"Takde, kalau tak silap dia cipta jurus tu sendiri." Jawab Sai.

"Hah cipta? Itu mustahil." Ujar Izuka.

"Herm saya tak tahu sangat tapi mungkin Atok Kagura yang tolong." Jawab Sai

"Oh yeke? Jadi dia dah namakan jurus dia?" Izuka kembali tenang.

"Rasanya belum lagi." Jawab Sai.

"Ouhhh.. kalau macam tu takpe lah, kamu semua boleh mulakan latihan." Kata Izuka Sensei.

Mereka mengangguk faham dan memulakan latihan masing masing.

***

Ace duduk sendirian di kelas. Dada nya terasa sakit, namun dia tidak tahu sakit apa yang sedang dia rasakan.

Selang beberapa minit kemudian, pintu kelas diketuk.  Ace menoleh dan melihat seorang gadis sedang berdiri dengan riak wajah yang aneh.

"Macam pernah nampak tapi kat mana?" Gumam gadis itu sendiri.

Ace hanya memerhati gadis itu tanpa berkata apa apa sehingga membuatkan gadis itu merasa agak tidak selesa.

"Raizo ada tak?" Tanya gadis itu dengan lembut.

Ace hanya menggelengkan kepalanya.

"Ohh.. dia ada kat gelanggang?" Tanya gadis itu lagi.

Ace mengangguk kepala nya pula.

"Ohh.. hmm awak Ace kan?" Tanya nya lagi.

Ace pun mengangguk lagi.

"Ouh.. saya Rin, adik Raizo." Ujar gadis itu sambil tersenyum.

Ace terdiam kaku memandang Rin.
Entah kenapa, Ace merasa senang melihat senyuman nya.

"Ace..? Kenapa? Ada sesuatu ke kat muka Rin?" Tanya nya kehairanan.

Ace menggelengkan kepala nya.

Rin tertawa kecil melihat tingkah Ace..
Dia melihat Ace seperti anak kecil polos.

"Takpe lah kalau macam tu Ace.. Rin pergi dulu ya. Ada masa kita borak panjang okay." Ujar Rin.

Ace hanya mengangguk kepala.

Rin pun berlalu pergi dengan senyuman nya.

***

Beberapa jam berlalu dan latihan pun tamat. Izuka Sensei mengarahkan para pelajar nya untuk kembali ke kelas kerana dia mempunyai misi yang diberikan secara mendadak.

Tiba di kelas....

"Ace okay?" Tanya Raizo.

Ace mengangguk kepala nya.

"Ohh.. kalau tak okay bagitahu." Katanya lagi.

Dia mengangguk lagi.

"Minggu depan Sensei nak Ace tunjukkan jurus pedang Ace. Jurus Ace dah ada kan?" Ujar Raizo.

Ace hanya mengangguk faham.

"Okay lah kalau macam tu.." kata Raizo kemudian pergi ke meja nya.

Ace merebahkan kepala nya di atas meja kemudian menutup mata. Sai sama sekali tidak berbicara kepada nya.

***

Di perpustakaan

"Ohayou Rin.." sapa Mirae

"Ohayou Mirae." Balas Rin pula.

"Cari buku ke?"

"Iyaa." Jawab Rin ringkas.

"Kau takde kelas ke?" Soal Mirae.

"Takde.. Mina Sensei ada misi mendadak tadi."

"Ohh sama, Hatako Sensei pun tiba tiba ada misi tadi." Ujar Mirae.

"Raizo kata, Izuka Sensei pun ada misi mendadak juga."

"Oh jadi dorang tengah jalankan misi team rupanya." Kata Mirae.

"Ha arh, mungkin misi yang agak berbahaya." Kata Rin.

"Ayah aku cakap, ada spesies roh jahat baru yang muncul kebelakangan ni." Kata Mirae.

"Aku pun ada dengar juga pasal tu dari pengawal istana. Roh jahat kali ni mirip monster, kekuatan dia tak sama macam roh jahat yang lain."

"Ha arh, ayah aku cakap kemungkinan roh jahat tu dah hidup bepuluh tahun, dan mungkin dah memangsa banyak manusia. Sebab tu roh jahat tu dah hilang rupa bentuk manusia."

"Hmm menyeramkan.. harap harap, Team sensei kita dapat selesaikan misi ni dan kembali dengan selamat. " Kata Rin.

"Ha arh, Aku dah tak sabar nak tunjuk jurus tempur aku yang baru nanti." Ujar Mirae pula.

"Kau belajar jurus baru lagi?" Tanya Rin.

"Iya.." jawabnya tersenyum.

"Dah berapa banyak jurus yang kau belajar ni."

"Hehehe.. aku pun tak ingat tapi mana lah tau jurus tu berguna kalau kita dah rasmi jadi Hunters dan dapat misi nanti." Ujar Mirae sambil tersenyum riang.

"Dah tak sabar nak jadi Hunters nampak." Kata Rin.

"Mestilah. Aku hari hari kat perpustakaan ni pun sebab nak kaji jurus yang sesuai dengan aku." Balas Mirae.

"Aku tahu.. "

"Hehe.. tapi, kau tahu tak?.. dua bulan lagi kelas kau dan aku ada ujian gabungan dengan kelas Sword." Kata Mirae.

"Hah? Yeke? Aku tak tahu pun." Ujar Rin.

"Iyaa.. Hatako sensei yang bagitahu sebelum dia pergi misi tadi." Jawab Mirae.

"Mina Sensei tak cakap apa pun. Raizo pun tak cakap apa apa pasal tu." Kata Rin kehairanan.

"Mina Sensei dengan Izuka Sensei lupa atau tak sempat lah tu kot.", Kata Mirae.

"Mungkin kot..
Hmm aku nak pergi kantin ni. Kau nak ikut?"

"Takpe laa, aku tak lapar lagi." Balas Mirae.

"Oh okay.. aku pergi dulu." Kata Rin kemudian berlalu pergi.

Mirae hanya melambaikan tangan nya.

***

Masa berlalu dengan pantas dan sesi persekolahan hari ini pun tamat.

Dalam perjalanan pulang, Sai dan Ace tidak bertegur sama sekali. Ace hanya mengekori Sai dari belakang untuk pulang.

Tiba di desa. Sai terus menuju ke rumah nya, manakala Ace pergi sendirian ke kediaman Atok nya iaitu kediaman pemimpin Klan Kiyomizu.

"Ace.. Sai tidak hantar kamu balik hari ini?" Tanya lelaki tua bernama Kagura.

Kagura adalah Atok kepada Sai dan Ace.

Ace menggelengkan kepala nya dan terus masuk ke dalam rumah.

Kagura mulai curiga ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

Selang beberapa minit...

Dia memanggil Ace dan menyuruh Ace duduk di hadapan nya.

To Be Continue..
Jangan lupa Vote thank you.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now