Dua hari yang lepas, selepas dia dapat tahu tentang dirinya yang sebenar, dia rasa sangat bahagia seperti dia lebih suka dirinya yang dulu dari yang sekarang walaupun dirinya yang dulu dan sekarang tiada beza. Dia hanya menyarungkan pakaian formal dia di istana. Dress labuh berwarna hitam dan coraknya bunga-bunga kecil berwarna putih dan merah jambu. Rambutnya diikat ekor kuda dan dia mengambil rantai yang berwarna silver itu dan memakainya. Ringkas sahaja.

    Dia keluar dari biliknya dan jalan menuju ke bilik makan. Dia dapat tahu bilik larangan itu sebenarnya mempunyai pintu lain daripada yang lain. Kerana pintu itu hanya boleh dibuka dari dalam, pintu itu tidak pernah dikunci cuma memang macam itu cara ingin buka pintu itu dari luar. Menggunakan kunci.

    Diana sudah sampai di hadapan pintu bilik makan  pengawal itu pula jalankan tanggungjawabnya untuk membuka pintu itu. Diana masuk ke dalam bilik itu dan duduk di tempatnya. Walaupun Diana sudah tahu tentang kebenaran tentang dirinya, dia masih memanggil King Dean dan Queen Dona, ayahda dan bonda. Mungkin sudah terbiasa. Dayang itu meletakkan makanan di dalam pinggan Diana dan Diana terus menyuapkan makanan itu di dalam mulut. 

    "Diana." Panggil Lewis.

    "Apa?"

    "Lepas ni jumpa kitaorang kat tempat biasa."

    "Okay." Semua kembali menjamu selera seperti biasa. 

    "Di." Panggil King Dean.

    "Ye, ayahda?" Dah kenapa semua panggil namanya.

    "Di, dah fikirkan ke apa yang patut kita lakukan untuk Nevera State?" Soal King Dean. Diana meletakkan kembali sudu dan garfunya kerana dia ingin menjelaskan apa yang patut kita lakukan untuk state itu. Nevera State sekarang mengalami musim panas yang agak teruk. State itu ialah punca utama makanan di Alfa Kingdom. Nevera State selalu mengeluarkan beras, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Jadi susah kalau Nevera State tidak berada dalam keadaan yang baik. Nanti Alfa Kingdom kena beli di Kingdom lain dan menyebabkan kerugian yang besar.

    Diana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah itu kerana kerabat diraja Nevera State agak sibuk keluar kingdom mencari baja.

    "Di fikirkan, kita cari tanah atau pun satu tempat yang luas untuk tanam makananan. Untuk sementara waktu. Kalau kita beli mesin untuk menyiram pokok kemudian besar juga satu kingdom akan kekurangan air dan kita lagi banyak kerugian yang akan berlaku. Jadi, Di dengan team  berfikir kita patut cari tanah yang besar di mana-mana state dan tanam apa yang patut dahulu. Di tahu nak tumbuh itu ambil masa yang agak lama, jadi Di suruh team Di mintak kat ahli sihir di Blue State reka satu air yang boleh membuatkan pokok itu tumbuh dengan cepat tapi dia kekal dengan khasiat yang sama. So, what do you think?" 

    "I love your idea but risiko dia besar tau Di. Apa yang Di nak buat untuk Nevera State? Apa pula yang berlaku kat tanaman di sana?"

    "Yang tu ayahda tidak perlu risau. Di dah suruh team Di juga kira berapa banyak kerugian dekat situ dan kami akan cuba buat sebaik yang boleh. Di masih lagi tidak mempunyai idea untuk selesaikan hal tu. Kami mungkin kena cari dulu apa yang patut kami beli."

    "Baiklah. Ayahda dengan bonda ada hal sikit kat Gold State kalau ada apa-apa cakap kat ayahda tahu."

    "Baik ayahda." King Dean dan Queen Dona bangun dan berjalan keluar dari bilik makan itu. Diana sambung kembali menjamu selera. Mereka kembali senyap. Diana sudah habis makan dan toleh ke sebelah lihat tiga adik-beradik yang tidak henti-henti menjamah makanan atas meja. Kenapalah kawan dia sebergitu? Tapi kawannya tidak pun gemuk malah bentuk badan ideal lagi. Price Damien dan Prince Danish sudah jalan keluar dari bilik makan, mereka ada hal masing-masing.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now