Bila diingatkan balik,betul apa yang Fang cakap. Evelyn tak ada menggedik dengan Solar macam selalu. Dan tak ada tarik-tarik or paksa Solar macam selalu.

"Eh,eh..Ya tak ya jugak kan?" kata Gopal.

"Wow,aku dah ada seminggu kebebasan daripada minah tu rupanya..."gumam Solar.

"Kau rasa ni ada kena mengena dengan kelakuan pelik Thorn dan Gempa ke?"tanya Yaya.

Yang lain menggeleng tidak pasti.

"Entahlah..aku tak tahu..Tapi tengoklah dulu macam mana. Dah,jom pergi rehat. Kang nanti tak sempat."saran Halilintar. Yang lain mengangguk sebelum bersama-sama keluar untuk ke kantin sebelum masa rehat tamat.

                                                             ∆**********∆

Bila dah habis masa rehat,mereka kembali semula ke kelas seperti biasa. Tapi yang jadi kepelikannya..Gempa dan Thorn masih belum kembali. Tapi cikgu-cikgu yang masuk tak cakap apa-apa pun.

Halilintar risau. Macam nak patah pensil yang dia pegang tu sebab dia rasa macam ada sesuatu buruk yang berlaku. Dengan sekarang mereka pun dah tahu rahsia Gempa dan Tuan Jason yang tengah buru dia,dia risau kalau-kalau ada apa-apa jadi pada Gempa ataupun Thorn.

Sampai waktu kedua sebelum tamat sesi persekolahan,bunyi interkom sekolah mengejutkan mereka semua.

"Perhatian kepada BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar dari kelas 2 JUJUR,sila datang ke bilik pengetua sekarang."

"Ha,Halilintar,Solar. Kamu berdua boleh pergi."kata cikgu yang mengajar pada masa itu. Halilintar dan Solar berpandangan sesama sendiri.

Kenapa ni?

Halilintar dan Solar meminta diri sebelum keluar dari kelas mereka dan berjalan menuju ke bilik pengetua.

"Weh,Hali..Aku rasa tak sedap hatilah.."kata Solar. Halilintar mengeluh perlahan. 

Kalau adik dia nervous,dia lagilah nervous.

"Alah,maybe tak ada apa-apa pun. Cuba fikir yang positif je okay?"kata Halilintar sambil menggosok kepala Solar perlahan.

Kuat mana pun diaorang gaduh,Halilintar masih abang kepada Solar. Jadi,wajarlah dia buat macam tu untuk tenangkan adik dia yang bongsu tu.

Ehek,jangan jealous.

Sebaik sahaja mereka sampai di bilik pengetua,Halilintar mengetuk perlahan pintu tersebut.Lepas dah dapat kebenaran masuk,baru dia buka pintu.

Dia expect dia dengan Solar cuma kena jumpa pengetua saja.

Tapi yang buat Halilintar dan Solar terkejut adalah pengetua ada dimeja mereka,kelihatan kecewa,guru disiplin...

Dan juga Gempa dan Thorn.

Halilintar terus menutup pintu bilik tersebut dan pergi ke Gempa manakala Solar ke Thorn.

Tangan kanan Gempa berada dalam keadaan yang abnormal. Terpusing kebelakang macam nak tercabut dari soket bahu dia. Tak campur lagi dengan torehan dekat muka dan tangan dia.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now