Tiba-tiba saja bayangan Aisyah muncul. Senyuman Aisyah. Gelak tawa Aisyah. Rajuk Aisyah. Suara tangisan Aisyah. Wajah cemberut Aisyah. Semuanya Aisyah. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

"kau rindu dia ke Luth?" omelnya sendiri. Bukan dia tak pernah cuba mahu menelefon Aisyah tapi panggilannya tidak terjawab. Dia tahu Aisyah sudah menukar nombor. Mahu minta dengan Irishh? Sejak dari hari mereka bergaduh tempoh hari sudah jarang mereka bertemu muka. Dia tahu adiknya itu tidak suka dengan Suraya.

"alahaiii Luth.. Siapa suruh nak kawin lagi. Dah ada bini pun masih gatal nak kawin lagi satu. Tau pun pening kepala.. " omelnya lagi. Seakan-akan mengejek diri sendiri.










🌹🌹🌹🌹🌹








Luth Zafran merebahkan dirinya di kantil. Penat sejak tadi lagi dia termenung. Tak sedar jam sudah menginjak pukul 9 malam. Tangannya di letakkan di dahi. Mata di pejam erat.

Baru saja dirinya mahu lena panggilan telefon menganggunya. Dengan merengus marah sebelum mengambil telefon yang berada bawa bantalnya.

"walaikumsalam.. " jawabnya lemah.

"buat apa tu?" lembut suara itu bertanya. Tak lain tak bukan mestilah Suraya a.k.a tunangnya.

"nak tidur.. " jawabnya.

"awalnya tidur.. Baru jam 9" omel Suraya. Hairan mungkin.

"penat" sepatah saja Luth Zafran berkata.

"ehmm...awak dah makan belum?"

"dah.. "

"ehmm.. Esok kita jadi dinner ke?" soal Suraya lagi. Luth Zafran diam seketika. Memang dia ada mengajak suraya keluar esok malam. Sengaja mahu keluar dating bersama.

"kalau awak busy tak pelah.. Lain kali je" ujar Luth Zafran.

"taklah.. Okey je" pantas Suraya berkata. Gembira sangat.

"okey then.. " jawab Luth Zafran sambil mengangguk kepala.

"okey.. Good night biy.. Love you"

"good night too" ujar Luth Zafran seraya itu talian di matikan. Hatinya tidaklah sedebar mana bila suraya mengungkapkan kalimah 'i love you' itu malah dia terasa tidak suka pula. Dulu bukan main suka.

"kenapa dengan kau ni Luth?" tanyanya sendiri. Dia mengeluh lagi. Mulutnya mula menguap besar. Penat seharian. Dia sendiri tak tahu penat kenapa. Walhal bukannya dia banyak buat kerja pun. Penat termenung atau penuh mengeluh mungkin.

Baru saja dia mahu merebahkan kembali tubuhnya namun sekali niatnya terganggu dek ketukan di pintu biliknya. Dengan gaya malas terpaksa juga dia membuka pintu.

"kenapa bu..?" tanyanya hairan melihay Datin Intan berdiri di pintunya.

"Luth dah nak tidur ke?" tanya Datin Intan.

"baru nak tidur" jawabnya. Datin intan tersengih.

"kenapa?" sekali lagi Luth Zafran bertanya.

"ibu nak minta tolong sikit boleh?"

"apa dia?" Luth Zafran mejongket kening.

"tolong ambil rish kat rumah kawan dia..kereta dia rosak pula tadi tiba-tiba. " beritahu Datin Intan. Bukan dia tak tahu hubungan Luth Zafran dan Irish diingin je sekarang.

"ehmm.. Okey" balas Luth Zafran. Dia terus tergesa-gesa dia mengambil kunci kereta. Datin Intan tersenyum melihat anak sulungnya itu sudah siap bersedia mahu keluar.

"Luth tau kan rumah kawan Irish tu?" tanya Datin Intan sambil mengekori  Luth Zafran dari belakang mahu turun ke bawah. Luth Zafran mengangguk. Sampai saja di pintu dia terus memakai selipar berjenemanya.

"hati-hati" pesan Datin Intan. Luth Zafran mengangguk sebelum berjalan menuju ke keretanya. Datin Intan melambai sedikit tanganya melihat bayang kereta Luth Zafran yang sudah menjauhi.

Apabila hilang saja kelibatan kereta Luth Zafran. Datin intan terus masuk ke dalam. Sempat di kunci pintu rumahnya sebelum menuju ke ruang tamu.















Ehmmm... Tau hambar..

Tak ada idealah.. Nantilah bila kat kedai...😆

By the way jgn lupa vote ✌❤

My PrincessWhere stories live. Discover now