Cahaya pantulan itu berhenti di satu anak tangga. Diana jalan mendekati anak tangga itu dan cuba mencari clue seterusnya tetapi dia jumpa kunci. Maksudnya itu ialah clue yang terakhir, cahaya pantulan. Bijak jugak orang dulu, ye ke edok. Diana mengambil kunci itu dan cuba menggunakan kunci itu untuk membuka pintu itu. Dan berjaya. 

    Diana masuk ke dalam bilik itu. Sama, setiap hiasan dalam bilik itu masih sama. Katil yang diperbuat dari emas, tilam yang empuk. Dalam bilik itu hanya terdapat katil dan tilam sahaja. Diana masih lagi tidak faham , Diana rasa dia hanya membuang masa untuk semua itu. Tapi kenapa bukan main susah lagi nak masuk ke dalam bilik, mesti ada sebab yang membuatkan bilik ini jadi istimewa. 

    Diana meyentuh katil itu dan 

    "Tuanku!"

    "Janji dengan aku, kau tak akan tinggalkan aku."
    "Saya janji."

    "Aku akan pastikan Alfa Kingdom jatuh ditangan aku! Kau tunggu!" 

    Diana terkejut bila ada beberapa memori yang keluar. Memori yang lain, Diana terduduk memegang kepalanya yang sakit kerana mengingati memori tu.

    "Tuanku! Princess Diana sudah sedar!" 

    "Saya Dean, ayahda kamu." 

    Pelbagai memori yang dia tidak mengingati keluar.

    "Saya ingin memberikan jawatan King saya kepada anak perempuan saya iaitu Diana George."

    "Hai nama saya Xavier. Saya sedia berkhidmat untuk tuanku."
    "Ini ke pengawal peribadi yang ayahda pilihkan macam tak layak je."
    "Dialah terbaik antara terbaik, Diana. Ayahda tak suka Diana cakap macam tu kat Xavier."
    "Baik, ayahda."

    "Tuanku, apa yang tuanku minum ni?!"

    "Xavier, I love you."
    "Tuanku, I love you too."

    "Aku akan bunuh kau setan disebabkan kau askar aku mati! Kau tunggu!"

    "Mungkin hari ini, hari terakhir kita bersama, Xavier. Aku minta maaf aku tak boleh hidup lama untuk kau. Semoga kau bahagia." Memori itu terus hilang.

    Diana lap darah yang keluar dari hidungnya menggunakan baju tidur yang dipakai. Tolong, tolong jangan cakap Diana ialah Princess Diana George. Diana bangun dan terus berlari keluar dari bilik itu. Dia menaiki tangga itu dengan kelam-kabut sampaikan dia hampir terjatuh. Diana sudah sampai di pintu utama itu dan membukanya. Diana mengangkat wajahnya bila dia melihat ada banyak mata memerhatikannya.

    "Ayahda." Ujar Diana perlahan. Wajah ahli keluarganya tidak menunjukkan perasaan marah malah hanya tenang.

    "Nampaknya, Di dah tahu hal yang sebenarnya." Ujar King Dean dengan tenang. Diana jalan beberapa tapak kehadapan. 

    "Betul ke apa yang Di nampak tadi?"

   "Betul." Balas King Dean yang lain hanya mendiamkan diri.

   "Di nakkan penjelasan." Ujar Diana.

   "Baiklah, Jumpa kat bilik kerja ayahda." Semua ahli kelurganya jalan dahulu sebelum dirinya. Diana masih lagi kaku di situ mengingati apa yang dia baru sahaja mengetahui. Dia rasa dirinya sudah gila. Benda paling karut sekali yang Diana pernah tahu selama ni. Diana Dean ialah Diana George. 

    Diana pula ingin berjalan pergi ke bilik kerja King Dean tetapi dia berhenti. Dia baru sedar, mimpi dia selama ini adalah memori dia tetapi diri dia yang lama. Dia tidak faham bagaimana dia masih hidup. Diana sudah sampai di hadapan bilik kerja King Dean. Diana hanya mengangguk sekali tanda mengarahkan pengawal itu ketuk pintu dan bukakan untuk Diana. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now