"Macam mana dia boleh elak semua serangan aku? Dan nampaknya dia masih tak kerahkan semua kemampuan dia." Gumam Kazuke.

Wajah Ace tidak menunjukkan sebarang reaksi..

"Sampai bila kau nak bertahan." Kata Kazuke kemudian melaju ke arah Ace yang sedang tidak fokus terhadap nya.

Ace kemudian teralih ke serangan Kazuke yang menyasarkan lengan kanan nya. Dia berniat untuk menghindari serangan itu namun gerakan Kazuke terlalu cepat kerana dia menggunakan ability petirnya.

Pedang di tangannya terlepas dari genggaman secara tidak sengaja. Dan dia hanya mampu berdiri kaku melihat serangan Kazuke dengan wajah kosong.

Pedang Kazuke mengenai bahagian lengan kanan Ace dan perlawanan pun dihentikan.

"Kazuke ni takde belas kasihan langsung." Kata Asyura.

"Lawan tetap lawan." Balas Kazuke.

"Luka Ace teruk ke?" Tanya guru kelasnya itu.

Ace menggelengkan kepala nya.

Sai memerhati lengan Ace.

"Bukan pedang Kazuke kena dekat lengan kau ke tadi?" Tanya Sai.

"Tak, cuma baju Ace yang kena." Jawab Ace perlahan.

Mendengar kata-kata Ace, Kazuke terkejut. Dia yakin telah melukai lengan Ace sebentar tadi.

"Yeke? Tapi aku nampak dengan jelas pedang tu kena dekat kau lah tadi." Kata Shiro pula.

Ace menaikkan lengan baju nya kemudian menunjukkan lengan nya yang tidak terluka dengan wajah kosong nya.

"Betul lah takde.. sorry.." kata Shiro tersengih.

"Kulit dia macam mayat hidup, macam manusia tanpa darah." Fikir Shiro pula.

Kazuke tampak kebingungan tapi dia tidak mengatakan apa-apa.

"Baiklah perlawanan diteruskan dengan Raizo vs Sai. Sila pergi ke gelanggang ya. " arah Izuka Sensei.

Tanpa basa basi, mereka memulakan perlawanan.

Dalam masa yang sama, Kazuke memasukkan pedangnya ke dalam sarung nya dan menyedari ada cairan putih di hujung pedang nya.

"Apa benda pula kena dekat pedang aku ni." Kata nya di dalam hati.

Kazuke mempunyai penghiduan yang tajam sejak kecil, dia pun cuba menghidu cecair itu. Bau yang dia dapati dari cecair itu amat mengejutkan.

"Mustahill..." Kata nya dalam hati.

Perlawanan di gelanggang berlangsung agak lama, kedua- duanya hebat bermain pedang dan pelajar kelas lain juga masih bersemangat menonton perlawanan itu.

Setengah jam berlalu, akhirnya Raizo berjaya mengalahkan Sai. Perlawanan berakhir di situ. Pelajar kelas lain juga kembali ke gelanggang latihan masing masing.

"Bagus kelas, penguasaan pedang kamu berlima semakin meningkat dan saya tak sangka penguasaan pedang Ace juga sangat baik. " Puji Izuka Sensei.

"Hmm. Kamu boleh kembali ke kelas untuk berehat atau boleh teruskan latihan di sini. Saya ada misi kejap lagi." Katanya lagi.

"Wahh misi? semoga berjaga Sensei." kata Shiro

Izuka Sensei hanya mengangguk sekali sambil tersenyum kemudian melangkah keluar dari gelanggang.

Raizo, Shiro, Asyura dan Sai berdiri untuk kembali berlatih di dalam gelanggang.

Ace menarik lengan baju Sai.

"Kenapa?" Tanya Sai.

"Ace nak balik kelas." Kata Ace seolah berbisik.

"Ohh okay, aku masih nak buat latihan lagi." Jawab Sai.

"Teman Ace..." Kata nya perlahan.

"Alaa, pergi jelah sendiri." Balas Sai

"Ace tak ingat jalan." Kata Ace.

"Alahai budak ni." Rungut Sai.

"Ikut aku." Kata Kazuke yang mendengar perbualan mereka.

"Hah tu Kazuke nak pergi kelas tu. Ikut dia."Kata Sai.

Ace hanya mengangguk kemudian mengekori Kazuke dari belakang.

"Ace tu memang pemalu ke?" Tanya Shiro kepada Sai.

"Dia bukan pemalu, tapi dia memang tak banyak cakap dan aku sendiri pun tak pernah nampak dia senyum sejak jumpa sampai sekarang." Jawab Sai.

"Tak pernah senyum?.."

"Ha arh."

"Kau kata Atok kau yang bawa dia balik kan.?"

"Iya, 7 tahun lepas Atok aku bawa dia balik dan jaga dia. Aku tak tahu apa yang jadi, Atok aku cuma cakap dia sepupu aku."

"Ouhh... Erm.. tapi riak muka dia memang selalu macam tu ke?." Tanya Shiro.

"Hmm, waktu pertama kali aku jumpa Ace, dia menjauh dengan semua orang. Aku pernah nampak dia marah bila Atok dekat dengan dia dulu. Tapi itu kali pertama dan terakhir aku nampak reaksi muka dia, lepastu aku dah tak nampak reaksi lain selain muka kosong dia tu sampai ke hari ni." Jawab Sai.

"Maksud kau dia tiba tiba berubah jadi Ace yang sekarang?" Tanya Shiro lagi.

"Ha arh, dia tiba tiba pendiam, penurut,tak tahu marah, tak tahu sedih, tak tahu gembira dan seingat aku, aku tak pernah dengar suara dia mula mula tu, tapi  lepas 2tahun dia tinggal dengan Atok aku, baru dapat dengar suara dia." Ujar Sai.

"Maksud kau?"

"Entah lah, tapi dia macam orang yang tengah bingung dengan diri sendiri. Sebab tu aku tak pernah tanya apa-apa pasal diri dia." Jawab Sai

"Oh, mungkin dia ada masa lalu yang agak rumit." Kata shiro.

"Ha arh.."

***

Tiba di kelas, Ace terus duduk di tempatnya. Kazuke pula mengambil sapu tangan dari beg nya kemudian membersihkan pedang nya.

"Betul ke kau tak kena pedang aku tadi?" Tanya Kazuke secara tiba tiba memecah hening ruangan itu.

Ace memandang Kazuke dan hanya mengangguk.

"Aku terhidu sesuatu sesuatu dekat pedang aku."

"Apa?" Tanya Ace ragu.

"Bau darah."

Ace terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Kazuke.

"Maksud kau?" Tanya Ace perlahan.

"Pedang ni pedang baru, dan kau orang yang pertama bertarung dengan aku waktu guna pedang ni." Kata Kazuke.

Ace terdiam kaku. Mata nya mengelak pandangan Kazuke.

"Siapa kau? " Tanya Kazuke membuat Ace terkejut sekali lagi.

*Energi Shizen merupakan kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability. Setiap manusia mempunyai had energi Shizen masing masing. Oleh itu, ability seseorang tidak boleh digunakan sesuka nya untuk mengelakkan pengeluaran energi Shizen yang sia sia.

TO BE CONTINUE.
Jangan lupa vote thank you.





𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now