Bab 31

2.7K 220 2
                                    

William, dia mula berjalan-jalan mundar-mandir seakan sedang dalam keadaan bahagia tika itu. Boy, salah satu pembantu rapatnya itu mula bertanya dengan penuh hairan,

"Bos, bos sihat ke tak ni? Bukan main senyum harini?"

William, dia hanya mengabaikan sahaja soalan daripada boy tadi. Dia mula melabuhkan punggungnya ke atas kerusi lantas berkata kepada Boy,

"shut up, slut. sekarang kau kena tolong aku."

Boy menggulingkan bebola matanya sebelum mendekati diri William itu. William mula berkata kepada beliau sambil matanya memandang tepat kearah gambar Ayra yang terpapar di atas papan meja,

"i want her. Bring her out for me."
.
.
.
.

Ayra yang daripada tadi menanti diri Azriel Mikael itu mulai bosan. Dia mula melepaskan keluhan kecil. Azriel Mikael pula sibuk menyiapkan fail kerjanya yang bertimbun itu.

"ERGHH!" Erangan daripada Azriel itu mengejutkan diri Ayra sehingga dia mendekati ke arah meja kerja Azriel Mikael.

"eh, awak okay tak ni!?" soal Ayra dengan penuh risau. Tangannya mula mengurut perlahan bahu Azriel apabila melihat tangan Azriel mengurut bahunya.

Secara tiba tiba dan tak disangka sangka, pinggang ramping Ayra ditarik kuat sehingga dirinya terduduk diatas peha suaminya itu.

"Awak!?" terjerit kecil diri Ayra akibat tindakan drastik daripada Azriel Mikael tersebut. Azriel pula mula memeluk erat tubuh isterinya daripada belakang tubuh beliau sehingga terasa nafas Azriel pada tubuhnya.

" The world sees you as an ordinary person but in my eyes you are my world, Axel."

Ayra mula menggenggam blousenya erat. Membahang merah wajahnya ketika ini. Dia cuba untuk mengambil nafas dengan sempurna tetapi tersekat sekat jua nafasnya keluar.

Tangan kanan Azriel Mikael mula menyambung kerjanya manakala tangan kiri beliau sudah melingkari di sekeliling pinggang ramping milik Ayra. Ayra pula hampir meletus dadanya akibat debaran yang teramat laju. Matanya mula melihat ke arah kertas kerja milik Azriel dihadapannya.

'Project of Venice ( US$ 600 million dollar )'

Membulat besar mata Ayra tidak percaya. enam.. enam ratus million dollar!?

Azriel yang perasan akan kelakuan Ayra seakan terkejut akan project beliau mula ketawa kecil dan itu membuatkan Ayra berpaling ke arah diri beliau juga.

"Awak kenapa? Saya ada buat kelakar ke?" tanya Ayra dengan penuh hairan. Yelah, mana tak pelik tiba tiba je suka sorang.

"yes, you are. Tak payahlah terkejut sampai macam tu sekali, it's just project, Axel."

Ayra Amanda, dia masih memandang suaminya tidak percaya sehingga terpusing sedikit dirinya ke belakang. Projek je!?

Orang kaya senang lah sembang, aku ni!?

Ayra kembali memandang ke arah hadapan. Otaknya masih lagi terfikir bagaimanalah suaminya hidup selama ini. Tak seram ke duit banyak sangat?

Azriel pula hanya menyimpan senyuman emasnya dan kembali menyambung kerjanya tadi.

(1 jam kemudian)

"erghh.." terasa cahaya mula tercucuk ke dalam matanya. Terlihat tepi meja kerja milik Azriel terpapar di hadapannya.

Eh, kejap! meja Azriel Mikael!?

Dia mula merasakan seakan ada pergerakan dan bunyi satu degupan pada telinga beliau. Dia mula mengangkat kepalanya pantas. Terlihat mata Azriel Mikael bertembung dengan matanya. Rupanya, dirinya tertidur di dada bidang milik Azriel sejak daripada tadi.

MY TRAVIESO HUSBAND (OG)Where stories live. Discover now