𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 17 | pak sanggup

18.2K 1.7K 509
                                    

"PICIT kuat sikit kepala saya ni." Ian merengek manja dengan suara lemahnya. Muka disembamkan ke perut Luna.

Kepala Ian terlentok manja di atas paha Luna sambil wanita itu memicit lembut di bahagian kepalanya. Sudah 10 minit mereka berkeadaan sebegini setelah Ian membuat lawatan ke jamban sebanyak beberapa kali. Muntah.

"Jom la kita pergi klinik, Ian. Dah berapa kali awak keluar masuk tandas. Asyik muntah je. Risau saya."

"Awak la ni, Luna. Entah apa yang awak letak dalam makanan kita tadi." Tidak henti-henti Ian menyalahi Luna. Masih pun begitu Luna juga la yang dicari untuk menghilangkan rasa peningnya.

"Kalau saya letak racun sekalipun mesti saya terkena juga. Gigit juga mulut lancang awak ni."

Ian menjelir lidah sekali.

Suasana kembali sunyi tanpa rungutan dari mulut Ian. Barangkali sakit lelaki itu sudah beransur pergi. Otak Luna ligat memikirkan sesuatu. Adakah ini masa yang sesuai untuk kongsikan berita gembira ini kepada suaminya?

Pasti Ian turut gembira dengan berita ini. Kerana, itu adalah impian para suami.

"Ian..."

"Ermmm..." Gumamnya malas.

"Saya nak beritahu awak sesuatu."

"Apa? Cakaplah. Nak duit ke?"

Luna menarik nafas dahulu sebelum belahan bibirnya terbuka kembali menuturkan sesuatu yang sudah lama dipendam. "I'm pregnant." Tangan Ian dibawa ke bahagian abdomennya. Berseri-seri wajah Luna khabarkan berita gembira itu kepada Ian.

"Jangan la bergurau." Keras suara Ian menuturkan. Matanya yang tadi terpejam rapat kembali terbuka mendengar 'berita' itu.

"Saya tak bergurau la, Ian. Tengoklah ni anak kita." Sekeping gambar hitam putih daripada imbasan mesin ultra bunyi diberikan kepada Ian. Namun, pemberiannya itu tidak diambil atau dilihat oleh Ian. Hanya wajah Luna direnung tajam oleh Ian.

"Berapa bulan?"

Luna mempamerkan dua jari tepat di hadapan muka Ian. Senyuman lebar masih lagi menghiasi wajah cantiknya.

"Belum terlambat lagi untuk awak gugurkan kandungan tu..."

Senyuman Luna terus mati. Dia tidak silap mendengar, bukan?

Ian bangun daripada paha Luna. Wajah sudah tegang semacam. Rambutnya disebak kasar ke belakang.

"I... Ian. Apa awak cakap ni?" Cahaya kegembiraan dalam mata bundar Luna diganti dengan satu lapisan kaca yang bakal pecah pada bila-bila masa sahaja.

"Saya tak mahu anak itu, Arluna. Itu anak luar nikah. Terjadi sebelum kita berkahwin lagi..."

"Tapi, Ian ini anak awak dan ini bukan..."

"Itu bukan anak saya. Mungkin anak dalam perut awak tu, anak awak dengan jantan lain. Awak sengaja nak jadikan saya pak sanggup, kan? Awak boleh buat benda tak senonoh tu dengan jantan lain selepas kita kahwin, Luna."

"Ian! How could you!" Luna menempik kuat di hadapan muka Ian. Empangan air matanya sudah pecah.

Allahu Akbar.

Sungguh Luna tak menyangka ini 'jawapan' yang dia dapat daripada seorang lelaki bergelar suami.

"Awak bukannya baik sangat Luna lagi-lagi perempuan yang berpakaian seksi macam awak ni."

"Murah sangat ke saya ni di mata awak, Tuan Ian Al-Fattah? Saya ni tak ada harga diri? Awak Tuhan ke nak hukum seseorang tu?" Luna mara ke hadapan lalu menunjal kasar dada Ian berulang kali.

Ian mengetap rahangnya. Sedikit tercabar.

"Cakaplah! Kenapa kalau Nawal yang mengandung, awak gembira sangat? Kalau saya ni... Awak sanggup suruh saya gugurkan kandungan ni. Awak tak adil, Ian! Nawal semuanya baik di mata awak... Saya ni pula hanya perempuan murah di mata awak!"

Ian menoleh kepalanya ke arah lain. Tidak tahan melihat wanita itu menangis.

"Sekarang awak boleh pilih, Luna. Sama ada awak pilih anak haram tu atau saya!"

Luna melekapkan tangannya di dada. Berulang kali dia beristighfar. "Ian... Saya tak sangka ini adalah diri awak yang sebenar."

"Pilih sama ada anak haram itu atau saya!"

"Saya minta 9 bulan je daripada awak. Tak lama pun. Baru seminggu awak layan saya dengan baik. Sekarang awak dah langgar perjanjian kita. Susah sangat ke nak berlakon yang awak sayangkan saya? Lakonan je Ian."

"Awak hanya nak jadikan saya pak sanggup, Luna!"

"Ini anak awak, Tuan Ian Al-Fattah."

Luna lelah. Tangannya jatuh mengusap perutnya sendiri. Sungguh, dia tak menyangka ini penerimaan Ian.

"Saya takkan gugurkan kandungan ni. Ini anak saya. Dia berhak untuk melihat dunia walaupun baba dia membencinya. Selagi saya hidup di atas muka bumi ni, saya akan cuba membesarkan dia. Sehingga ke akhir hayat saya."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now