"Hai anak Daddy," Laju suami kepada Hana menunduk mendepa tangan kearah anak kecilnya yang baru menggelongsor turun dari riba Thaqif. Dan dengan mudah anaknya Luna didakap lalu didukung.

Lihat Ammar disitu, Thaqif bangun membetulkan kolar baju kemejanya.

"Aku tak dengar berita dari kau nak kahwin. Tiba-tiba muncul dekat butik kakak aku." Teguran Ammar buat Thaqif tergelak kecil.

"Nak cakap nak kahwin tu, aku tak dapat bagi jaminan apa lagi. Tapi aku datang sini bukan nak cari baju pengantin." Thaqif membalas.

"I see, mana perempuan kau?"

"Ee awak yang menyibuk kenapa?" Hana cubit lengan suaminya.

"Bukan menyibuk!" Ammar laju membalas, dia cuma berminat betulkah khabar angin mengatakan Thaqif hanya akan jatuh cinta dengan perempuan yang baik walau perangai lelaki itu serupa.. Nauzubillah. Kau memang betul-betul penyibuk Ammar.

"Dia tengah tukar.. Ah tu dia." Thaqif berpaling melihat tirai diselak Safa sambil gadis itu melangkah membetulkan baju dipakainya.

"Dah?" Thaqif menegur. Safa mendongak dengan senyum tipis.

"Dah." Saat Safa berpaling matanya menangkap sosok lelaki tegap memandangnya tanpa riak. Ada si kecil Luna dalam dukungan lelaki itu cukup menunjukkan lelaki itu pasti Daddy sebenar pada anak kecil itu.

"Terima kasih, Hana." Safa hulur senyum kepada Hana.

"No problem,"

"Ini suami you?" Safa tunjuk Ammar disebelah gadis itu.

"Yup, Ammar Danish. Suami saya," Hana peluk lengan suaminya. Safa pula tersenyum kekok.

"Nama you familiar,, mungkin.."

"Kita satu sekolah dan sekelas.." Celahan lelaki bernama Ammar itu buat Safa tergamam tak berkelip memandang sosok Ammar dihadapannya.

"Oh? Awak kenallah Safa ni?" Soal Hana terkejut.

"Agak kenal, tapi tak lama, lepas 3 tahun sekelas, dia pindah.." Sekilas mata Ammar memandang ke arah Safa yang jelas pucat tidak berdarah memandangnya. Dari respon gadis itu, dia tahu Safa mungkin tidak suka mengungkit kisah silamnya itu.

"Oh, wah tak sangka saya jumpa kawan sekelas Ammar." Manis senyuman Hana dihulur buat Safa.

"Sa-saya.." Safa teguk air liur. Jemarinya mula bergetar.

"Tak, I tak kenal you. Mungkin you salah orang." Safa tunduk pandangan. Ammar tenang tidak terkejut dengan respon gadis itu.

"Maybe." Balas Ammar mudah. Dia sendiri malas mahu peduli kisah silam orang lain. Lagipun ia tak ada kena mengena dengan dirinya juga.

"Oh," Hana terkebil-kebil. Ruang terasa janggal dengan Thaqif yang memilih berdiam diri dan Safa sudah berubah riak wajahnya.

"Kalau macam tu, Safa jom.."

"Safa jom.." Sekali lagi suara itu terngiang-ngiang bermain dalam ingatan buat Safa laju menepis tangan Hana.

"I boleh jalan sendiri." Safa senyum tawar lantas berlalu meninggalkan manusia-manusia itu disitu.

Ammar pandang dengan ekor mata, Thaqif yang berdiam diri mula hela nafas panjang.

"Ada masa kita jumpa lepak." Thaqif tepuk bahu Ammar sebelum melangkah membontoti Safa.

•••

"Kau okay?" Thaqif hentikan kereta tepat di depan pintu utama Safa. Lama dia tahan diri menyoal gadis itu tapi diam Safa buat perasaanya membuak-buak ingin tahu apa yang menjadi punca kejanggalan Safa dengan Ammar sebentar tadi.

Adakah mereka berdua pernah bercinta. Tapi lihat dari respon Ammar, rasanya tak. Tapi kenapa Safa perlu beriak janggal seperti tadi.

"Kau ada apa-apa dengan Ammar dulu masa zaman sekolah?" Thaqif menukar soalan apabila soalan pertama diam tidak dijawab gadis itu.

"Tak ada." Safa diam merenung ke depan, tiada tanda-tanda yang dia mahu keluar dari perut kereta.

"Then? Ada apa-apa yang berlaku masa zaman sekolah kau yang patut aku tahu?" Soal Thaqif lagi.

Safa terdiam.

"Okay, aku tak perlu tahu. Pergilah masuk ke..."

"Apa yang kau rasa bila aku cakap, aku dah bunuh seseorang.." Pintas Safa tanpa nada.

"Aku tak percaya." Jawapan Thaqif buat mata Safa berkaca. Tiga patah perkataan yang cukup buat hatinya sesak penuh dengan emosi.

"Safa.."

Buk!!

Kali ini Thaqif yang terkedu apabila tubuhnya dipeluk Safa tanpa amaran. Bukan kali pertama tapi pelukan yang diselit dua punca yang berlainan.

Kalau dulu angkara Adri,
Sekarang?

"Kalau kau pembunuh, dah lama kau bunuh Adri dengan Dila. Tapi kau tak buat semua tu."

"Sebabtu aku tak percaya apa yang kau cakap." Sambung Thaqif mendatar. kelu diri melihat senyuman terbentuk dibibir Safa saat gadis itu meleraikan pelukan. Bibir merekah sudah merah dek tangisan gadis itu, hidung Safa pula sudah bertukar merah jambu.

"Kau nak aku cerita?" Hampir Safa mahu mengesat air mata dengan jari, Thaqif terlebih dahulu menghalang beralih ibu jari lelaki itu bergerak mengusap air mata Safa.

"Aku tak nak jadi pendengar, tapi aku nak jadi pemadam." Jawapan Thaqif buat Safa terkedu merenung lelaki itu.

"If those story hurts your memory, there's no need to tell me what happened. I don't want you to rewrite anything that should have gone out of your life.."

Kalau kita hanya dirancang seketika, kenapa kau datang memberi rasa.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now