" Shut up, Zen!" Marah Ryan Nathaniel. Dia memberikan jelingan maut kepada bodyguardnya.

" Maaf, Tuan."

Kyra tidak tau hendak percayakan cakap Zen atau tidak. Dia tidak mengenali mereka.

                       🌹🌹🌹

Kyra memandang ke hotel 5 bintang yang berdiri dengan megah di hadapannya. Ini adalah kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke hotel yang mewah.

" Jom." Ajak Ryan Nathaniel. Tangannya dihulurkan ke arah Kyra tanda ingin jari jemari mereka bersatu.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga Kyra hulurkan tangannya kepada Ryan Nathaniel. Demi membayar hutangnya.

Bagaikan terkena renjatan elektrik tubuh Kyra bila jemari mereka bertaut. Pandangan hangat Ryan Nathaniel jatuh ke arah Kyra.

" Buat biasa saja dalam tu. Buat macam pasangan kekasih yang lain." Ujar Ryan Nathaniel selamba.

Kyra sempat membuat muka sebelum menggangguk tanda patuh.

Bila saja kaki mereka melangkah ke red carpet, semua mata tertumpu ke arah mereka. Siapa je tak kenal dengan Ryan Nathaniel? Ceo RN company kot.

" Tetamu undangan kita sudah sampai. Sekarang mari kita persilahkan Tuan Ryan Nathaniel untuk memberikan sepatah dua kata untuk memulakan majlis malam ini." Tutur seorang lelaki itu selaku pengacara majlis.

Kyra terkebil-kebil memandang ke arah Ryan Nathaniel. Baru sampai dah kena suruh berucap? Memang majlis orang kaya ni pelik-pelik kan?

" Duduk diam-diam dekat meja tu. Nanti aku teman kau." Bisik Ryan Nathaniel di cuping telinga Kyra sebelum meninggalkannya.

Satu meja VVIP yang di maksudkan oleh Ryan Nathaniel menjadi sasaran untuk Kyra duduk.

Pantas dia memerhati langkah lelaki itu yang sedang berjalan menaiki pentas. Berjalan pun dah kacak apatah lagi senyum. Gugur iman.

" Saya nak ucapkan terima kasih sebab tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam majlis ni. Saya tak nak cakap banyak. Tapi saya harap agar kerjasama semua pihak dapat melancarkan lagi........"

" Hey, boleh saya duduk di sebelah awak?" Ujar satu suara yang menyebabkan Kyra kurang fokus dengan ucapan Ryan Nathaniel.

Kacaulah.

Diperhatikan lelaki itu yang masih berdiri di hadapan Kyra. Pada pandangan kasar Kyra memang lelaki ini orang berada. Pffff ni majlis orang kayalah. Memang semua tetamu kaya. Bukan macam kau, Kyra.

" Duduklah. Lagi pun ini bukan meja saya." Balas Kyra sopan.

Tersenyum lebar terus lelaki itu bila mendengar tutur kata Kyra yang lembut. Padan dengan wajahnya yang cantik. Digayakan lagi dengan dress labuh merah. Memang perggg!

Sekali lagi Kyra cuba fokus pada ucapan Ryan Nathaniel tapi suara lelaki disebelah Kyra masih menganggunya.

" Nama awak siapa? Kalau awak nak tau, nama saya---"

" Rayden? Lama tak jumpa." Celah satu suara maskulin. Siapa lagi kalau bukan Ryan Nathaniel.

Ehh jap. Bukan dia di atas pentas ke?

Pantas Kyra memandang ke arah Ryan Nathaniel. Mata hazel itu memandangnya tajam bagai memberi satu amaran.

Terus Kyra tunduk. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan jejaka mata hazel itu. Takut imannya goyah.

" Ehh Ryan. Cepat betul kau berucap. Aku baru nak kenal-kenal dengan awek cantik ni. Kalau kau nak kenal, kena tunggu giliran." Seloroh Rayden.

Ryan Nathaniel tertawa palsu. Sangat palsu pada pendengaran Kyra. Pandai berlakon.

 ARABELLE ROSE (OG)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum