"Tuan hakim, bukti saya tidak memelurkan kertas dan perkataan."

    "Lepas itu, apa bukti kamu?"

    "Saya bawa semua mangsa hari ni." Diana memandang Leo dan Leo menghubungi seseorang. Setelah selasai dia menghubungi seseorang, pintu bilik itu dibuka dan semua mangsa masuk ke dalam bilik bicaraan itu.

    Semua terkejut. Pendakwa cuba memujuk mangsa tetapi mangsa tetap tidak mahu. Bagaimana Diana berjaya pujuk mangsa? Jawapannya mudah, kerana Diana tahu apa yang mangsa fikir.

    "Adakah mereka semua mangsa rogol Tom Hanks?" Soal hakim itu. Pendakwa itu mengangguk, Diana juga mengangguk.

    "Korang tak payah nak menipu la! Aku kenal kauorang pun tidak." Jerit cikgu Tom. Menindakkan sesuatu yang benar.

    "Ye, saya mangsa rogol Tom Hanks. Bukti dia ialah anak ini. Anak ini ialah anak dia." Ingat lagi tak bila Diana pernah cakap ada budak umur 15 tahun mengandung. Betul, dia lah budak itu. 

    "Baiklah, semua mangsa boleh masuk dan sila berikan kerjasama." Hakim itu sudah mengurut kepalanya. Cikgu Tom memandang mereka semua dengan pandangan yang amat menyeramkan. Mangsa umur 15 tahun itu disoal terlebih dahulu. Dia membaca ikrar dan duduk di kerusi. Dia memandang Diana dan Diana mengangguk.

    "Lawyer, boleh tanya soalan dahulu."

    "Baiklah. Soalan saya senang, kenapa awak bersetuju untuk disentuh?"

    "Saya tidak pernah bersetuju." Semua mula berbisik-bisik selepas budak itu berkata sebegitu.

    "Kenapa kau datang ke bilik waktu itu?"

    "Sebab saya nak berbincang dengan cikgu waktu itu. Bila saya ketuk pintu bilik cikgu malam itu, saya sebenarnya ingin menyoalkan ada cara lain ke selain daripada itu. Kemudian cikgu cakap tak ada. Jadi, saya cakap saya tak mahu dengan idea gila tu. Lepas itu, dia mengamuk dan terus merogol saya." Diana sendiri pun tidak tahu dengan cerita itu. 

    "Kenapa kamu tidak report selepas kamu dirogol?" Diana tersenyum sinis. Soalan apa la. Lawyer cikgu Tom sudah mula cemas. Termasuk la cikgu Tom. 

    "Sebab saya takut. Saya takut sehinggalah saya diamkan tentang hal ini. Dia ugut saya." Lawyer itu sudah terdiam tidak tahu dia patut menyoalkan apa lagi. 

    Mana ada perempuan selepas dirogol terus report dibalai polis. Mesti mereka trauma dahulu, pulang kerumah dan menangis. Disebabkan itu banyak kes rogol didunia ini. Jadi wanita bukannya senang, pakai baju ketat jadi isu, pakai longgar pun jadi isu. Sedih bila kegiatan rogol ini hampir menjadi perkara kebiasaan. Diana boleh sahaja tidak memperdulikan tentang kes cikgu Tom ini tapi dia tidak mahu. Diana takut bila rogol mejadi kebiasaan. Pernahkah manusia terfikir sekiranya rogol ini dibiasakan apa akan jadi dekat generasi seterusnya. Mereka dirogol dihadapan khalayak ramai tetapi tiada sesiapa kesah. Macam tak masuk akal tetapi boleh jadi. 

    "Tom Hanks, kamu nak cakap apa-apa ke?"

    "Dia mabuk waktu tu." Semua terkejut mendengarnya.

    "Sebab cikgu bagi saya alcohol. Cikgu cakap yang tu air sparkling water." Budak itu mempertahankan dirinya.

    "Tapi kau tetap mabuk kan?" Budak terdiam, memang betul dia mabuk.

    "Boleh tak salah nak mencelah dalam hal ini?" Diana mengangkat tangan.

    "Mana boleh!" Jerit lawyer itu.

    "Boleh miss." Hakim itu membenarkan Diana terlibat dalam hal itu. Lawyer itu merengus tanda tidak puas hati.

    "Tadi Encik Tom cakap dia mabuk, bukan?"

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now