3.46 pagi,
Jam sebegini mengingatkan aku waktu aku umur 19 tahun.
Tahun itu, keluarga ku diuji berat.
Walid ditakdirkan sakit slip disc.
5 bulan juga walid tak drive kereta.
Aku pulak, waktu tu,
Baru tamat semester dua.
Sedang-sedang baru sahaja lulus ujian memandu di P.S Samy.
Exam tamat awal bulan 3,
Terus pecut balik rumah.
Dengan niat, nak berbakti pada ibu dan walid.
Adik-beradik tiada di rumah.
Along dah kahwin.
Angah kerja di Terengganu.
Alang belajar di USIM.
Ateh sambung Khassah di MATRI.
Yang tinggal, hanyalah aku dan adik ina.
Rutin harianku sama setiap hari,
Bangun pagi, hantar ibu pergi sekolah jam 7 pagi.
Balik rumah ambil adik ina dan walid untuk pergi makan pagi.
Lepas makan,
Hantar adik ina ke sekolah.
Dan terus bawa walid ke taman untuk rekreasi kaki supaya cepat sihat.
Habis jogging, balik rumah sebab walid nak rehat.
Lepas walid mandi, sudah menjadi rutin aku mengurut kaki walid sebelum walid tidur.
Sebaik sahaja mengurut,
Keluar lagi untuk beli makanan tengahari untuk walid.
Waktu 'me-time' hanya sekejap.
Masuk jam 2 petang, terus aku bergegas mengambil ibu di sekolah.
Beli makanan malam bersama ibu.
Seterusnya ambil adik ina di sekolah jam 3.30 petang.
Balik rumah,
Prepare makan malam.
Tepat masuk waktu malam,
Aku tidur awal.
Penat.
Setiap hari hidup dengan rutin yang sama.
Pernah juga diri mengeluh tapi cepat-cepat aku positifkan ia semula.
Sungguhpun begitu,
Aku gembira.
Kerana dapat berbakti buat ibu walid di saat ketiadaan anak-anak yang lain di sisi.
Terasa istimewa gitu.
