"Tapi tuanku, King Albert buat macam tu bersebab. Bukan dia saja-saja." Aku pegang tangan dia. Tangan ni la, tangan yang aku genggam sampai bila-bila. Tangan ni la yang akan mendukung anak-anak aku nanti. Tangan ni yang akan membelai aku. Tangan ni la yang akan menyarungkan cincin di jari ku. Dan tangan ni la yang memberikan aku ketenangan setiap hari.

    "Tuanku, tuanku okay? Kenapa tuanku tengok tangan saya macam tu?"

    "Aku okay. Tak apa-apa, tangan kau cantik." Dia tersenyum mendengarnya. "Xavier."

    "Ye saya."

    "Janji dengan aku, kau akan selalu jaga aku, selalu sayang aku, selalu bahagiakan aku. Janji?" Aku memerhati matanya lama, sangat lama. Dia tahan air mata daripada jatuh membasahi pipi. 

    "Saya janji, tuanku. Tapi saya tak boleh tengok mata depan, kalau saya mati..." Aku tutup mulutnya dengan tanganku. Aku menggeleng. Pantang aku dengar perkataan mati itu. Sungguh aku benci, aku tak suka perkataan itu keluar dari mulut kekasih aku.

    "Aku benci perkataan mati itu. Jangan sebut lagi dah." Dia tertawa lalu mengangguk. Aku bangun dari duduk aku dan jalan ke arahnya. Dia juga turun berdiri. Aku menolak bahunya menunjukkan aku mahu dia duduk kembali. Dia ikut arahan itu walaupun dia tidak faham kenapa aku buat sebegitu. Aku pelahan-perlahan duduk di atas ribanya dan memeluk tubuhnya.

    "Tuanku." Dia malu dengan tindakan aku yang aku tidak pernah lakukan sebelum ini. 

    "Jangan la malu, nanti lepas khawin aku nak setiap hari buat macam ni." Aku mendongak sedikit memandang wajahnya yang merah padam itu. Jarang nampak lelaki malu bila perempuan lakukan sedemikian rupa.

    Dia perlahan-perlahan membalas perlukan aku. Aku menghidu sedikit haruman yang dia pakai. Dia pakai minyak wangi yang aku belikan untuk dia. Baunya sangat sesuai dengannya. Sexy and masculine. 

    "Xavier, kau nak ada berapa orang anak?" Aku mendongak sedikit pandang wajahnya, jelas wajahnya malu. Aduh, Xavier kalau tanya dah malu nanti malam pertama macam mana pulak. Aku tertawa sendiri. Nampaknya aku la yang kena lakukan yang terbaik malam itu. (Otak jangan nak travel ehh).

    "Saya nak ada tiga orang anak. Boleh ke?" 

    "Kenapa kau tanya boleh ke tidak?" Aku pulak yang pelik. Boleh la takkan tak boleh.

    "Ye lah, saya takut saya nak tiga orang anak membuatkan tuanku sakit. Beranak bukannya senang, sakit tuanku. Lagi pun ni tubuh tuanku. Saya memang ada hak tetapi saya tidak boleh paksa tuanku kalau tuanku tak nak." Aku terharu dengan apa yang dia cakap. Alahai sweetnya cair la macam ni. 

    "Boleh la, tapi kita kena berusaha keras. Kau boleh ke?" Saja aku ingin mengujinya. Macam mana la aku nak goda dia ni. Tak apa la biar takdir yang menentukan.

    "Tuanku, kita tukar topic boleh, saya malu la." Aku ketawa terbahak-bahak dalam perlukannya.

    "Kenapa tuanku gelak?"

    "Sebab kau comel sangat. Kau buatkan aku tak sabar nak khawin." Dia tidak membalas langsung apa yang aku cakapkan malah perlukannya dieratkan. Aku suka dia memeluk aku, aku rasa selamat sangat.

    "Maaf kacau tuanku dan Sir Xavier, acara seterusnya akan berlangsung tak lama lagi." Aku yang masih dalam perlukan itu hanya menggangguk. Kacau daun betul lah. Entah dari mana tah muncul mamat itu.

    "Xavier, angkat aku."

    "Baiklah tuanku." Dia angkat aku dan aku mendekatkan wajah ku di lehernya. Aku suka haruman ni dan aku akan hidunya sepanjang hidupku. Itu janji aku terhadap diri sendiri.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now