Bang!

  Lima das tembakan dilepaskan secara rambang, ada yang mengena ada yang tidak kena. Dua das tembakan mengena tepat di bahagian tangki minyak kereta Sara Jane.

Bom!

  Kereta Sara Jane meletup. Rania tersenyum sinis, pistol tersebut dicampak dan Rania beralih pergi daripada situ. Langkahnya terhenti apabila seseorang memanggil namanya dari arah belakang, Rania beralih untuk memandang si pemilik suara.

"Ark!" Tubuh Rania serta merta jatuh di atas jalan apabila Sara Jane memukul kepalanya dengan kayu kecil. Kolar baju Rania ditarik dan Rania disuruh bangun secara paksa.

"Kau ingat kau senang-senang saja boleh bunuh aku macam tu? In your dream, Rania!"

Buk!

  Satu tumbukan mengena tepat di pipi Rania. Tubuh Rania ditolak di atas jalan, kaki Sara Jane naik memijak kuat perut Rania, tangan Rania cuba untuk menolak kaki Sara Jane daripada terus memijaknya. Tapi, dengam keadaannya sekarang ini yang sudahpun lemah mustahil untuk dia melawan Sara Jane.

  Rania beralih memandang ke arah keretanya, serpihan-serpihan kaca yabg agak besar diambil dan ditusuk ke kaki Sara Jane. Sara Jane terjatuh di atas jalan. Rania bangun dan membuka pintu kereta, satu kasut tumit tinggi diambil dan dihentak ke tempat luka Sara Jane dengan kuat.

"Argh!!" Sara Jane menjerit kuat apabila tumit kasut itu ditolak masuk ke dalam bekas lukanya. Rania mengambil kesempatan dengan duduk di atas perut Sara Jane.

Buk!

"Ini untuk apa yang kau dah buat dekat ayah aku!"

Buk!

"Ini untuk Rayyan!"

Buk!

"Ini untuk anak-anak aku yang gugur!"

Buk!

Buk!

Buk!

"Dan ini untuk apa yang dah buat dekat aku!"

"Argh!! Rania!" Serpihan kaca yang digunakan untuk menusuk kaki Sara Jane diambil dan dihiris kuat ke pipi Sara Jane. Rania bangun, kaca dicampak ke tepi. Dia memandang sekilas Sara Jane yang langsung tida bergerakm mungkin sudah mati?

"Ark!" Rania terjatuh kembali Sara Jane menarik kakinya. Kaca tersebut diambil dan ditusuk ke perut Rania, berkerut habis muka Rania menahan rasa sakit di bahagian perutnya. Kaca tersebut ditarik daripada terus menusuk perut Rania. Sara Jane tertawa besar.

"Walaupun nyawa aku di hujung tanduk, aku akan pastikan yang dendam aku terbalas. Aku nak kau mati, Rania. Kalau kau mati baru aku boleh pergi dengan akan. Kau cubalah 1001 cara sekalipun untuk bunuh aku, semua tu akan sia-sia selagi dendam aku tidak terbalas." tutur Sara Jane lalu mencekik leher Rania.

"Aku tahu apa yang kau dah lalui Sara, tapi percayalah cakap aku kifarah untuk Faliq itu pasti ada. Tapi kau pilih jalan ini untuk lepaskan dendam kau, sia-sia saja hidup kau. Manusia akan mula buta apabila hatinya dipenuhi dengan titik hitam. Itulah yang terjadi dekat kau, kau mula buta apabila hati kau dipenuhi dengan titik dendam. Dan di saat itu, mata hati kau buta..." Rania berjeda seketika, tangannya mula menggapai satu lagi serpihan kaca yang agak besar tanpa Sara Jane sedar.

"Allah tahu apa yang kau rasa, cepat atau lambat Allah akan balas apa yang Faliq buat dekat kau. Tapi sayang, kau ambil kuasa tuhan dan kau hukum orang. Kau juga hukum orang yang tak bersalah! Kau dah terlalu buat Sara!"

"Memang! Memang aku buta hati! Tapi semua ini terjadi sebab Faliq! Aku mengaku, aku bodoh sebab aku terlalu cinta dan sayangkan dia! Tapi aku buat semua ni untuk balas balik apa yang dia dah buat dekat aku." Tangan Sara Jane semakin kuat mencekik leher Rania.

"Dan aku akan balas balik apa yang kau buat dekat keluarga dan anak-anak aku!"

Zap!

Kaca yang digunakan untuk mengelar leher Sara Jane dicampak, tangan Sara Jane terlepas daripada terus mencekik Rania. Leher Sara Jane mula berlumuran dengan darah sebelum tubuhnya jatuh ke belakang. Rania bangun dengan begitu perlahan, pergelangan tangan Sara Jane diambil. Tiada denyutan nadi.

  Rania bangun dari duduknya, baru sahaja masuk ke dalam keretanya langkah Rania terhenti apabila satu kereta berhenti di belakang keretanya. Faliq terus berlari mendapatkan Rania, kemudian, mata Faliq jatuh memandang tubuh kaku Sara Jane dipandang lama.

"Faliq..." panggil Rania perlahan. Kedua-dua tangannya memegang perutnya yang mula mengalirkan darah. Faliq memapah Rania menuju ke kereta, pintu kereta dibuka. Dengan penuh berhati-hati Rania duduk.

"Awak tunggu sekejap." Pintu ditutup, Faliq berlari menuju ke arah kereta dan mayat Sara Jane. Tubuh Sara Jane diangkat dan diletakkan di tempat duduk pemandu dalam kereta yang dipandu oleh Rania sebentar tadi. Bata diambil dan diletakkan di bahagian pedal minyak. Gear dibawa ke huruf 'D'.

  Faliq cepat-cepat menutup pintu kereta dan berlari menuju ke belakang kereta. Dengan sekuat hati, kereta ditolak. Kereta yang dipandu oleh Rania turut terjatuh ke dalam lubang besar itu. Faliq masuk ke dalam keretanya semula. Tempat duduk Rania dibawa turun sedikit.

  Baru sahaja mahu memulakan pemanduan tingkah laku Faliq terhenti apabila panggilan daripada Rihanna masuk. Panggilan disambungkan ke skrin digital kereta, sekaligus membuatkan Rania juga boleh mendengar apa yang Rihanna ingin cakapkan.

'Faliq...' Suara Rihanna di dalam talian membuatkan Faliq dan Rania tertanya-tanya. Tambahan lagi, suara Rihanna yang seakan-akan lepas menangis.

'Qayden dah tak ada.'







.

2 bab lagi!

Happy ending untuk Rania dan Faliq tapi tidak bagi Rihanna Qayden.

Tips, untuk  bab 83 kalau nak lagi feel boleh baca sambil dengar lagu denting by melly goeslow.

Dan, happy 5k for Rania Ramanshah!

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now