"Tengah hari tadi selepas aku keluar dari bilik disiplin aku ternampak sesuatu dalam tong sampah berhadapan dengan pejabat." Ujar Diana pelahan-pelahan.

    "Ohhh, pasal tong sampah tu ke. Barang apa dalam tong sampah tu?" Leona tahu Diana akan bercakap hal ini.

    "Surat. Kau ingat lagi tak aku dengan Aaron dapat surat daripada stranger? Aku jumpa banyak gila sampul surat sama dalam tong sampah depan pejabat tu." 

    "Tapi tak semestinya kalau sampul surat tu sama, orang yang buang tu ialah orang jahat itu. Sebab sampul surat tu ramai sahaja orang pakai." Lewis memeluk tubuh memikirkan hal itu. Betul la apa yang dia cakap.

    "Satu benda yang korang tak tahu pasal surat itu. Jenis kertas dia berbeza." Diana menarik kerusi dan duduk diatasnya. Diana memerhati seorang demi seorang reaksi terhadap apa yang dia cuba sampaikan. Lewis, Leo dan Leona mengerut kening. 

    "Wait, wait what do you mean jenis kertas? What kind of kertas? Sand paper? Kardbod?" Leona pula yang kelam kabut memikirkan apa yang Diana cakapkan. 

    "Sampul surat tu menggunakan kertas uncoated. Sampul surat uncoated ni harga sepeket lebih kurang 100 lebih. Hanya orang noble sahaja yang mampu beli sampul surat uncoated ni. Tapi semalam aku tak nampak dengan betul sampul surat tu tapi aku boleh pastikan yang  sampul surat sama dengan orang jahat tu bagi kat aku and Aaron."

    "So, if memang betul sampul surat tu uncoated kau nak suruh kitaorang siasat siapa yang buang sampul tu?" Soal Leo. Diana mengangguk.

    " Yep. Just like Lewis and pengetua Henry said, penjahat tu mesti dia dekat sahaja dengan kita. Cuma kita sahaja tak perasaan. Kalau kita dah tahu siapa, kita akan tanya dia. Aku tak rasa para guru atau pekerja sekolah tu mampu beli sampul surat uncoated ni. Melainkan dia berkhawin dengan golongan noble. Kalau dia tidak, maksudnya ada something strange dengan dia." 

   "Diana, kalau dia dilahirkan kaya pulak macam mana? Kau tau kan banyak je keluarga noble muflis dan jadi rakyat biasa. Dan keluarga mereka masih tinggalkan duit yang sampai tujuh keterunan pun tak habis." Ujar Leo.

    "Kau ingat semua noble kaya raya sampai kalau muflis pun duit diaorang bergepuk-gepuk. Bila diaorang hampir muflis, mereka akan menggunakan duit dengan sejumlah yang agak banyak untuk membeli projek-projek dari company yang lain. Jadi, sekiraya mereka muflis, duit yang tinggal tidak akan jadi sebanyak itu. Mungkin diaorang ada duit muflis yang agak banyak tapi diaorang tidak akan menghabiskan duit itu dengan benda yang tida berfaedah." Panjang lebar Diana berhujah. Duit muflis itu ialah duit dari kerajaan untuk golongan noble yang muflis. Mereka boleh sahaja nak menerima tetapi disebabkan ego kebanyakkan noble tak akan ambil. Jaga nama keluarga la konon, sekarang keluarga hidup merempat.

    "Aku tahu tapi kau tak rasa ke macam agak bahaya untuk kitaorang siasat hal ni?" Lewis memandang Diana.

    "Lewis, listen. Aku nak korang buat senyap-senyap. Aku tak nak asrama tu jadi huru-hara. Kalau sampah tu sudah dibuang, aku nak kau check rakaman cctv tengok siapa yang buang."

    "Baiklah. Kau nak suruh aku buat kan, Diana?" Lewis menanyakan untuk dapatkan kepastian. Yelah siapa lagi yang nak buat, Leo dah ada kerja lain.

    "Ahah, aku nak kau take over. Okay our meeting is done. I don't want any question. Okay bye." Diana keluar dari bilik rahsia itu Leona mengekori Diana. Leona rasa ada sesuatu yang Diana tidak bagitau kepadanya. Petang tadi bila dia ingin beritahu pasal King Dean ajak dinner, Leona nampak Diana macam baru lepas nangis. 

    Diana langsung tidak sedar Leona mengekorinya, Diana jalan menuju ke taman bunga menjadi tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran. "Diana ni okay ke?" Omel Leona.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now