✨ [ Episode 4 ] ✨

88 23 20
                                    

.

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.




EPISODE 4 :



EPISODE 4 :

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



             Kota raya Kuala Lumpur sudah dipenuhi orang. Kesesakan lalu lintas dah bermula itu menunjukkan jam sudah pukul tujuh setegah pagi.

              Pengangkutan awam sudah dipenuhi dengan umat manusia, jalan di tengah metropolitan itu sudah dibanjiri kenderaan. Ramai orang sudah kehulu kehilir untuk ke tempat kerja.

Saat itu lah, hati Putri mula gundah gulana.

Social phobia.

Trauma yang dialami sejak kecil yang mencetuskan penyakit panic dan anxiety attack -nya akan menyerang secara tiba-tiba.

          Putri yang berada di dalam bas waktu itu mula rasa gemuruh.

           Bas ini sungguh padat dengan orang awam, dan Putri sedang berdiri dihimpit orang yang tidak dikenalinya.

Dia memuluk tubuhnya mengawal perasaannya diam-diam.

'Jangan lah penyakit bodoh ni datang waktu ni!' jerit batin Putri.

Seorang lelaki dibelakang Putri mula menyentuh pinggangnya. Dengan perlahan tangan itu mengulus lembut di pinggang Putri.

            Putri kaku, badannya mula menggeletar teruk. Dia melirik siapakah yang berada dibelakangnya, ternyata orang yang melakukan gangguan seksual keatas diri Putri itu seorang pakcik tua.

Dasar tua tak sedar diri!

Lagi dua perhentian, barulah tiba di tempat kerja Putri.

               Kebetulan bas berhenti untuk menurunkan penumpang di perhentian lain, cepat-cepat Putri turun dari bas walaupun itu bukan tempat yang sepatutnya dia turun.

                Setelah turun dari bas, kaki Putri melangkah laju tanpa arah tuju. Tubuhnya semakin menggeletar dan tangannya sudah mula sejuk.

Air matanya mengalir tiba-tiba.

Panic attack! Penyakit itu sedang menyerangnya.

          Dia harus bersembunyi untuk menenangkan dirinya. Dia tidak boleh pergi ke tempat kerja dengan keadaan yang begini.

Air matanya tak henti-henti mengalir.

Kakinya semakin laju melangkah kehadapan, sehinggalah dia terlanggar seseorang.

"Aduh." Lelaki itu mengeluh.

Cepat-cepat Putri mengelap airmatanya dan menunduk memohon maaf.

Lelaki itu terdiam dan kaku apabila melihat Putri.

Lelaki itu menatap Putri cukup lama membuatkan Putri tidak selesa.

Lelaki berambut merah yang aneh!

Kenapa dia melihat Putri begitu?

Adakah dia sahabat kepada pakcik tua yang pervert di dalam bas tadi?

Putri memandang lelaki itu tidak puas hati dan menjeling tajam.

"Hey. Nama kau siapa?" Soal lelaki aneh berambut merah striking. Sakit mata putri dibuatnya.

Putri menggeleng dan mahu beredar.

"Jawab la, kau ni bisu ke?"

Putri mengeluarkan buku nota dan pen unicorn dari beg sandangnya lalu dia menulis sesuatu.

'Awak siapa? Saya takkan bagi tahu nama saya pada stranger rambut macam rambutan seperti awak!' tulis Putri kemudian memberi buku tersebut untuk lelaki itu membacanya.

"Oh-" kata lelaki tersebut setelah membaca buku nota milik Putri.

Putri menunjukkan bahasa isyarat 'okay' dengan tangannya.

Putri pun menyimpan buku notanya dalam beg kemudian melambai-lambai tangannya tanda dia mahu mengundur diri.

Dia pun berjalan meninggalkan lelaki itu.

Dia benar-benar meninggalkan lelaki itu dalam kebinggunggan.

"Dia bisu?" Bisik lelaki itu sendiri.

Baru sahaja lelaki berambut merah itu mahu pergi, dia seperti terpijak sesuatu benda yang keras.

"Telefon bimbit?" Lalu lelaki itu mengambilnya diatas tanah.

"Nokia 3310." Lelaki itu tersenyum mengejek.

Lelaki itu pun mengeluarkan telefon pintarnya dari poket dan mendial nombor seseorang.

Tak lama selepas itu, panggilan dijawab.

"Hello Ammar, aku dah jumpa."

"Jumpa apa?!"

"Minah Conjuring is real."

-

-

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



tag kasih sayang :

cherryjoongs raikurush jaynuckle masyiksejat brathaechan JAYWHYPIXS Hyuksflower hyucksflower azeleatakami httpseo bbyllamahynjin- eeknow LemonsTae- ne0tiny NCTZEN1995 -markme misskasa ten-minutes

『𝐎𝐆』Sweet Nightmare • yuta nct • rosé blackpink •Onde histórias criam vida. Descubra agora